"Maya, Aleeya minta tolong kamu jadi pengapit dia nanti." Ibu yang sedang scroll facebook memandangku yang sibuk kunyah kerepek. Aku memandang Ibu sedikit hairan. "Pengapit? Dia minta tolong Maya?" Aku menyoal balik. "Iyelah" balas Ibu. "Eh takpe ke? Iyela kan Maya ni jiran dia je, lagipun kitaorang baru je kenal."
Aleeya, anak jiran yang aku baru terserempak minggu lepas. Ini semua salah Fredo, kucing si Masha yang pergi berak dekat pokok bunga rumah dia. Tebal muka aku pergi minta maaf dekat si Aleeya yang waktu itu tengah jemur kain. Nasib baik dia tak bengang ataupun maki hamun aku. Sejak haritu, kitaorang rajin bertegur sapa.
"Asalnya Aleeya minta tolong kawan univesiti dia tu, tapi hari kahwin dia tu nanti, kakaknya dah sampai due nak bersalin." terang Ibu dengan mata masih pada handphone. Aku hanya mengangguk faham sebelum sambung melantak kerepek.
Esoknya aku pergi ke rumah Aleeya memandangkan Aleeya dah ajak aku teman dia pergi ambil cincin nikah.
"Hihi sampai pun. Masuklah dulu,Maya. Aku nak pakai tudung kejap." katanya sebelum kembali ke bilik untuk pakai tudung. Aku mengangguk sahaja sebelum melangkah masuk. Mata aku mula meliar melihat dekorasi rumah Mak Jah ini. Klasik tapi tak adalah nampak ketinggalan zaman. Aku melabuhkan punggung di sofa panjang. "Eh, Maya ye?"
Aku mengalih pandangan pada seorang wanita yang tersenyum manis."Iye, Mak Jah saya Maya" Aku membalas senyumannya."Terima kasih lah ye sudi teman si Aley tu. Itulah dia semua benda last minute, menyusahkan Maya pula". Aku hanya senyum tipis."Tak adalah Mak Jah, lagipun Maya memang bosan sekarang ni. Tak ada kerja sangat pun. Setakat teman Aley, apalah sangat. Seronok jugak ada kawan." Balas aku, sopan gitu.
"Mak tengah kutuk Aley ye? Apa lah mak ni tak baik tau. Kitaorang baru nak kamcing kamcing" Aleeya kembali setelah siap memakai tudung. "Kitaorang pergi dulu tau mak, apa apa Aley wasap mak nanti" Aleeya menyalami tangan Mak Jah. Aku juga buat benda sama. "Jangan lama sangat, itu anak dara orang tu." gurau Mak Jah. Aku sengih lagi. Lagaknya macam si Aleeya ni boyfriend aku.
"Kau dah lama ke ambil lesen kereta, Aley?" soal aku kepada Aley yang mata tak lepas dari pandang ke hadapan. Mungkin amatur lagi. "Lama la jugak, 3 bulan lepas result SPM keluar dulu, Abah memang suruh ambil lesen. Sebabnya? Entahlah. Tapi aku rasa mungkin sebab Along aku dah kahwin jadi Along aku dah tak boleh nak jadi driver tak berbayar aku sangat. Yelah kan dia dah ada anak bini." terang Aleeya panjang lebar. Aku hanya meng'oh'kan.
Aku pun ada niat nak ambil lesen, tapi confident tak sampai lagi. Baru jalan kedepan sikit dah lupa nak break, sampai hancur kereta orang. Tiba tiba aku teringat mamat annoying tu. Urgh, kau ni Maya macam tak ada benda lain nak ingat.
Tanpa aku sedar, kami dah sampai dekat mall. Aku keluar dan mula melangkah beriringan dengan Aleeya.
"Eh ha tunang aku dah sampailah! Jom Maya" Aleeya merangkul lengan aku lalu melangkah semangat ke cafe dihadapan kami. Teruja jumpa buah hati. Hati single aku terasa sakit sikit. "Hai sayang, dah lama sampai ke? Sorry la Leeya sampai lambat sikit." Aleeya mengambil tempat duduk dihadapan tunangnya dan aku disebelah dia. "Tak lama sangat pun. Its okay. Btw siapa....?" Tunangnya mengerling ke arah aku sedikit.
"Oh lupa nak kenalkan. Ini Maya, jiran Leeya,dia jadi pengapit Leeya nanti." kata Aleeya lalu merangkul lagi lengan aku. Touchy sungguh la anak Mak Jah ni, nasib dia bukan jantan.
"Maya Hanania" aku sebut nama penuh sambil mengangguk sikit. "Aidil Izham. Nice to meet you, Maya" Aku senyum nipis. "You datang sorang ke, Aidil?" Aleeya menutup menu selepas memesan minuman. "Oh ha, I ada ajak Farhan. Hm lambat lah tu, biasalah Farhan." Aleeya mengangguk angguk. Mungkin memang sedia kenal dengan kawan Aidil tu. "I tak pernah nampak pun Maya sebelum ni?" soal Aidil lagi.
YOU ARE READING
•coincidence• ¦ slow update
Romance' when its real, you can't walk away ' just a story based on imagination, slow update // need to think for a better description anyway enjoy the story :D