"Terima kasih Encik,sila datang lagi" Aku menghulur duit baki kepada pelanggan dihadapan. Plastik bertukar tangan. Kemudian, berjalan keluar dari 7eleven. Fuh!. Aku duduk diatas kerusi yang ditempatkan dibelakang kaunter. Penatnya harini! Hm, jualan harini not bad jugak. Aku menuju ke belakang untuk menyusun air minuman di dalam peti ais sebelum syif aku tamat.
Aip! Sebelum nak judge aku dengan cakap, belajar jauh jauh sampai Korea takkan kerja convenience store je?
Ni kerja sementara, sebelum tunggu mana mana syarikat yang sudi nak ambil aku bekerja. Sambil nak feeling feeling kerja part-timer macam dalam drama korea. Tapi itu hanyalah angan angan. Penat ye anak anak sekalian. Eceh. Baik aku buat duit daripada goyang kaki, ternak lemak kat rumah kan?
Selesai restock minuman, aku kerling jam ditangan. Dah pukul 8.05 minit. Masa untuk balik. Aku kembali ke kaunter, mengemas segala barang peribadi. Beg digalas.
"Maya" Aku menoleh. "Nak balik dah ke?" soal Harraz, juga part timer seperti aku.
Not much information about him,walaupun dah nak masuk sebulan aku kerja kat sini. Yang aku nampak, dia ni tinggi melampai macam galah, pintu 7e tu pun sipi sipi nak sama dengan kepala dia. Muka? hmm macam budak baru baligh je. Tak adalah jambu tapi putih melepak dengan sikit freckles dekat bawah mata. Ada mix kot? Maybe. Ok done describe.
"Err Maya??" panggilnya. Aku tersedar.."Ha ye" Aku membalas. Ha kan dah kantoi usya anak teruna orang. Aku malu sendiri.
"I tanya you nak balik dah ke?" Harraz mengulang soalan. "Ohh, ha ah hehe" jawab aku. "Ok then, hati hati tau, malam malam, bahaya, you tu anak dara" katanya. Aku senyum janggal dengan kepala diangguk perlahan. Tiba tiba sangat ni, tapi tak apalah orang dah caring kan.
Aku menolak pintu. Lahh hujan. Aku mengeluh sambil mata memandang ke arah basikal yang dah sedia basah kena air hujan.Itulah,parking dekat tengah alam. Payung tak ada. Rumah aku 9km jauh dari 7e ni. Memang tidak nak redah sambil lari. Nak beli kat sini, stok payung pulak habis. Laku pulak payung ni. Tak ada cara lain, kena mintak tolong orang ambilkan.
Aku mencapai phone dari tote bag. Punat ditekan. Hm? gelap je. Haduh, habis bateri. Eii kau ni memang tak reti nak charge ke apa phone tu. Dahi ditepuk tepuk sebab cuai. Tapi biasanya memang tak charge pun sebab tak selalu guna.
Aku melangkah kembali ke dalam kedai. Harraz menoleh.
"Eh,tak balik lagi?" soalnya. Aku mengeluh dan mengangguk. Duduk dilabuhkan atas kerusi kaunter.Aku merenung mesin cashier. Tiba tiba idea muncul dalam kepala aku.
"Err Harraz" panggil aku.Harraz menoleh. " Um,kalau saya nak pinjam telefon awak boleh?Basikal basah, nak minta mama ambil" Kemudian aku sengih. Segan.
"Ohh, ha nah ambillah" Harraz mengambil phone didalam kocek seluar lalu dihulur kepada aku.
"Thankyou" jawabku.
>>>>>>
"Ha? Mama tak balik harini? Tak apalah nanti Maya tunggu sampai hujan berhenti. Tak adalah tak lebat mana pun. Ok ok, jangan boros sangat. Waalaikumussalam"
Aku mengeluh untuk kesekian kali. Mama dah pun selamat sampai di Kuala Lumpur. Ada ke lepak rumah kawan sampai melencong ke Sogo tu? Kadang kadang aku rasa mama yang lagi 'remaja' daripada aku.Aku pun tak ada hang out dengan kawan kawan.
Haih kalau lah bukan sebab 'tu'....
Dahla Maya, jangan ingat pasal tu. Move on. Bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor. Aku menyedapkan hati sendiri.
"Maya? Dah ke?" Harraz muncul dibelakang.
"Oh, dah dah thankyou kasi pinjamkan" Aku pulangkan balik phone dia.
"So macam mana? mama you ambil pukul berapa?" soalnya. Aku menggeleng. "Mama tak dapat ambil, ada hal. Nanti dah reda sikit saya balik, harap tak ganggu awak buat kerja, maaflah menyemak" Aku kemam bibir.
"Eh tak adalah tak kacau pun, better jugak ada teman, tak adalah sunyi. You fikir tak seram ke ha sorang sorang kat sini tengah tengah malam buta?" Harraz senyum. Aku pun senyum sekali. Nak gelak tapi macam pelik.
Aku labuhkan duduk dekat bangku disebelah stok biskut. Macam tak ada tanda tanda nak berhenti je hujan ni. Kang aku tidur kat sini baru tahu. Kepala dilentok pada kotak kotak Oreo.Bunyi hujan terdengar merdu pulak harini. Tambah pula dengan penat yang dikandung badan satu hari ni buatkan mata aku perlahan lahan tertutup....
"Mayaa, Mayaa" Sayup sayup kedengaran orang memanggil nama aku dengan suara garau. Alahai, lelaki mana pulak yang menyeru nama saya ni. Aku senyum.
Tiba tiba badan aku terdorong kebelakang. Mata cepat cepat buka. Eh?
"Ha bangun pun! I panggil nama you, boleh pulak senyum senyum. Mimpi best ke ha?" Harraz yang sedang menutup suis lampu stor belakang aku pandang. Tak, aku bingung sebenarnya ni. Kenapa aku ada kat sini, bukan dekat atas katil?
"Sekarang dah pukul 12 cik Maya, sat lagi orang syif midnight nak masuk. You taknak balik ke?" Dengar kata kata Hariz barulah aku sedar, hujan, tak boleh balik. Aku pandang ke arah luar. Hujan masib belum reda. Aduh. Mesti Masha risau. Buatnya dia bagitau mama, tak pasal pasal mama call police buat report anak hilang.
"You balik dengan I jelah, tinggal basikal kat sini ambil esok" Harraz peluk tubuh lihat aku yang tunduk sungul. Aku jongket kening pandang dia. "Awak naik balik apa?"
"Kereta. Dah cepatlah jom. I mengantuk ni" Harraz melangkah keluar dari 7e. Aku ambil tote bag lalu mengejar dia.
Aku menganga. Harraz naik kereta Mercedes? Biar betik budak ni. Aku bukannya tau sangat pasal kereta kereta ni, tapi nampak logo tiga anak panah tu tahula harganya memang telan air liur.Naik kereta mahal macam ni tapi asal kerja 7e?.Part-timer pulak tu.Budak bukan sembarangan budak dia ni. Tapi kenapa macam pernah nampak ye kereta ni?
"Oi cepatlah masuk!" Harraz yang berada di tempat duduk pemandu menjerit. Aku telan air liur sebelum melangkah masuk ke dalam
Anak mata aku bergerak pandang dia. Atas bawah.Still curious. Sebenarnya dia ni buat apa? Ke sebenarnya dia ni manager? bukannya part timer pun? Alah manalah tau ni salah satu trick nak tengok pekerja dia ni bukan setakat makan gaji je.
"Ada something ke kat muka I?" Soalan Harraz yang tiba tiba memecah sunyi tu buat aku terkejut. "Eh tak adalah kenapa?" soal aku balik. "Yela, you pandang pandang I dari tadi. Mana tahu ada something mengaibkan dekat muka I." balas Harraz sambil belek belek muka sendiri.
Mengaibkan tak ada, menghairankan adalah.
Sampai rumah, aku ucap terima kasih. Harraz angguk sebelum meninggalkan perkarangan rumah aku.
Aku menutup pintu rumah sebelum merebahkan diri atas sofa. Mata dirapatkan kejap.
"Akak! Lambat gila balik. Terlebih rajin ke apa harini?" Masha muncul sebelum menghempaskan badan sebelah aku. Hempas ye.
" Ah, senyaplah" malas nak layan sindir dia yang tak berapa nak sakitkan hati tu.
"Sapa hantar akak balik tadi? Bukan main lagi kereta" soal Masha lagi. "Kawan" Sepatah aku jawab. "Kawan? Kawan ke boyfriend baru ha?" Eh eh dia ni banyak pulak tanya. "Eh ingat akak macam kau? bercintan cintun? Yang kau ni pukul 12 tak tidur lagi kenapa? Esok sekolah kan?"
Masha sengih. "Alah Masha tunggu akak lah." Aku mencebik. Tunggulah sangat.
"Eh tapi kan kak, serieslah kawan? Macam hot je? Nama dia apa? Bapak dia kerja apa?" Eii dia ni. Luku kang. Aku cubit paha Masha. Sekolah tak habis sibuk pasal anak orang.
"Aduh! Sakitlah akak!"
050621 no idea at the moment. A boring bab.
YOU ARE READING
•coincidence• ¦ slow update
Romantizm' when its real, you can't walk away ' just a story based on imagination, slow update // need to think for a better description anyway enjoy the story :D