prologue

305 37 0
                                    

"Baiklah. Murid-murid sila beri perhatian semua," Miss Angely menepuk-nepuk tangan meminta muridnya untuk fokus kepadanya.

"Hari ini kita akan menerima seorang pelajar baharu," ucap Miss Angely dengan senyuman lebar.

"Awak boleh masuk," Guru itu memandang ke pintu kelas menunggu budak baru itu masuk.

Tetapi 5 minit sudah berlalu, tiada tanda-tanda yang pelajar itu akan masuk. Warga kelas 3 Victory mengerutkan dahi dan mula berbisik sesama sendiri.

Miss Angely keluar dari kelas. Dia kemudiannya masuk semula bersama seorang gadis yang memakai gaun paras lutut berwarna biru cair. Rambut gadis itu menutupi hampir keseluruhan mukanya kerana dia sedang menunduk.

Langkah gadis itu sangat perlahan sehingga Miss Angely terpaksa menarik gadis itu agar berdiri di hadapan kelas.

"Baiklah. Perkenalkan diri kamu,"

Gadis itu masih menunduk. Tangan kanannya menggenggam kuat kain gaunnya. Bibir diketap. Tubuhnya menggigil. Kedua-dua tangannya sejuk bak ais.

"Perkenalkan diri kamu," ulang Miss Angely sambil menepuk bahu gadis itu.

Perlahan-lahan gadis itu mengangkat muka. Wajahnya kini seperti mahu menangis apabila melihat semua mata memandang ke arahnya. Wajah orang baru buat dia rasa takut untuk mengucapkan sebarang kata-kata.

"Selamat berkenalan. Saya Dian Sofia. Saya...em," kata-kata dia tergantung. Tubir matanya sudah penuh dengan air mata. Dia cuba tahan tapi akhirnya air mata itu jatuh jua.

Dia menangis teresak-esak di hadapan kelas. Guru dan warga kelas 3 Victory mula hairan. Miss Angely menenangkan gadis itu.

"Baiklah semua. Sila layan Dian dengan baik ya. Jangan buli dia. Kalau saya dapat aduan siaplah kamu," tegas Miss Angely.

Guru itu kemudiannya memimpin Dian ke tempat duduknya iaitu belakang sekali betul-betul bersebelahan dengan tingkap memandangkan di situ sahaja yang kosong.

Dian pula masih menunduk sambil terhenjut-henjut menangis di mejanya. Kedua-dua belah tangannya menggigil kuat. Belakang gaunnya sudah lencun dibasahi peluh.

Warga kelas 3 Victory mula tertanya-tanya sebab dia menangis tiba-tiba. Tetapi tiada seorang pun yang berani menegur budak baru itu.

anxiety n̶o̶t̶。Where stories live. Discover now