n

122 28 0
                                    

"Feliks, petang ni lepak rumah aku jom," ajak Daniel.

Mereka sekarang berada di sekolah. Walaupun hari ni hari Sabtu, mereka sebagai pelajar tingkatan empat perlu hadir bagi kelas tambahan. Tapi, Daniel dan Feliks nak fokus dalam kelas? Memang taklah.

Feliks terus mengangkat wajahnya dari telefon. Game among us yang dia main sudah tak dipeduli.

"Er..tak boleh kot, Dan,"

"Alaa baby why? Kau dah tak sayang aku ke, hurm?" Keluar dah suara gedik Daniel. Feliks yang sudah biasa hanya mengabaikan saja.

"Bukanlah. Petang ni aku ada hal,"

"Sejak bila? Kau tak cakap pun,"

"Aku tengah cakaplah ni,"

Daniel menggulingkan biji matanya. "Semalam pun kau tak datang. Jomlah hari ni. Kata nak tengok cerita Rang Zong sama-sama,"

"Lain kali jelah. Aku ada hal dengan Dian petang ni,"

Mata Daniel membulat mendengar kata-kata Feliks itu.

"Kau cakap apa tadi? Dian?"

Feliks mengangguk.

Daniel membawa tangannya menutup mulut yang terbuka. "Kau...dating dengan dia ke? Oh my, aku tak percaya kawan aku ni dah ada girlfriend,"

Feliks menggulingkan biji mata tanda menyampah. Overreacting betul Daniel ni.

"Mana adalah. Dahlah malas aku layan kau," ucap Feliks. Dia fokus semula pada telefonnya.

Daniel pula masih lagi bising di sebelah bertanya macam-macam pasal Dian. Feliks buat-buat pekak je.

•••

"Jom berlatih," ucap Feliks teruja.

"Huh? Kat sini?" soal Dian.

Feliks mengangguk laju.

"Tapi, kenapa taman?"

Ya, mereka sekarang berada di taman rekreasi berdekatan sekolah.

"Er.. sebab taman best?"

"Tapi ada ramai oranglah," ujar Dian perlahan. Dia memandang ke arah beberapa orang remaja dalam lingkungan usianya yang sedang beriadah di taman itu.

"Eh mestilah kena ada orang. Kata nak berlatih,"

Dian menghembus nafas berat. Ada benar juga kata-kata Feliks itu. Sampai bila lagi dia mahu begini?

"Okay, saya cuba,"

Feliks menarik senyum lebar. "Jom kita start!"

Dian perlahan-lahan mengambil kertas skrip di atas meja gazebo. Debar dia jangan cakaplah. Dahlah ada Feliks yang jadi penonton. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mula berbicara.

"'Diri Anda ialah Apa Yang Anda Makan'. Sebelum itu, selamat sejahtera saya ucapkan kepada guru-guru dan rakan seperjuangan sekalian. Pada hari ini, saya akan berbicara tentang kepentingan makanan seimbang,"

Dian tak sedar sejak bila kertas skrip yang dipegangnya mulai basah dengan air mata. Ya, dia menangis. Feliks yang melihatkan itu terus gelabah.

"Kita berhenti dulu," ucap Feliks. Dia mengambil kertas skrip dan letak di atas meja. Dia risau dengan Dian yang semakin teresak-esak menangis.

Feliks mengalih tempat duduknya dari depan Dian ke sebelah gadis itu. Tangannya naik menggenggam tangan gadis itu untuk memberinya kekuatan. Teruk sangat dah tangan dia menggeletar tu.

Setelah tangis Dian mulai reda, Feliks membuka mulut.

"Kau tunggu sini kejap eh?" Feliks bangun dan berlalu dari gazebo.

Dian tak membalas. Dia menunduk saja memandang kertas skrip.

Seketika kemudian, Feliks kembali semula bersama sebotol air mineral dan kipas mini.

"Nah kau minum ni dulu," Feliks menghulurkan air mineral.

Dengan tangan yang masih lagi menggeletar, Dian sambut juga huluran. Pegangan pada botol dikuatkan supaya dia tak terjatuhkan botol tu. Yalah, tengah menggeletar kan semua benda pun akan jadi susah nak pegang. Dia sampai tak boleh buka penutup botol sebab tangannya teruk menggeletar.

Feliks juga yang bantu dia buka penutup botol itu. Masa Dian sedang minum air tiba-tiba dia terasa angin sejuk. Rupanya Feliks menghalakan kipas mini itu ke arahnya.

"Lain kali bawa air. Tekak kau akan cepat kering kalau kau tengah nervous. Lepas tu ni. Kipas ni untuk bagi kau sejuk. Kau selalu berpeluh, kan? Kalau kau nervous memang cepat berpeluh jadi jangan lupa bawak kipas ni," ucap Feliks panjang lebar.

Mata Dian membulat ketika Feliks cakap pasal peluh.

"Ma..mana awak tahu yang peluh tu?"

"Obvious lah Dian oi. Belakang baju kau tu macam baru lepas berlari 10 km tau,"

"Ouh," Dian menunduk malu.

Feliks menarik senyum.

"Okaylah. Aku rasa sampai sini je kot kita berlatih hari ni. Nanti esok kita berlatih lagi. Kau jangan lupa practice cakap depan cermin tau balik ni,"

Dian mengangguk perlahan. "Thanks, Feliks. Saya akan practice nanti,"

Feliks hanya membalas dengan senyuman.

anxiety n̶o̶t̶。Where stories live. Discover now