i

137 30 0
                                    

"Daniel," panggil Feliks semasa mereka keluar dari dewan selepas habis perhimpunan.

"Hm?" balas Daniel pendek.

"Kau tau ke budak yang em..." Feliks sudah menggosok belakang lehernya sebab dia tak tahu macam mana nak menyusun ayat yang sesuai.

Daniel mengangkat kening memandang Feliks. Menunggu dia menyambung kata.

"Erm... tadi kan ada petah bicara kan?"

"Jadi?"

"Kau tau ke orang yang kena tadi?" akhirnya soalan yang ingin ditanya Feliks terkeluar jua.

"Huh? Siapa?"

"Alah, orang yang menangis tadilah," Feliks menjelaskan lagi kepada Daniel.

"Oh, budak tu ke?" ujar Daniel apabila dia dapat menangkap maksud soalan Feliks.

"Haa, budak tu. Kau kenal ke?" soal Feliks teruja.

Daniel tiba-tiba berhenti dan berpaling ke arah Feliks. Dia memandang Feliks dengan wajah serius.

"Kau..."

Feliks menelan air liurnya melihat Daniel yang sudah mengecilkan mata memandangnya. Kenapa dengan Daniel ni?

"...betul-betul tak tau ke?!" Daniel berkata dengan penuh dramatik. Dia siap menutup mulutnya dan membulatkan matanya yang sudah sedia bulat.

"Kenapa?" tanya Feliks hairan. Perlu ke dia terkejut sampai macam tu sekali? Soalannya tadi tak logik ke?

"Dian tu famous kut,"

"Huh?"

Berkerut dahi Feliks mendengar kata-kata Daniel. Kalau budak tu famous kenapa dia tak pernah tahu kewujudan gadis itu sebelum ni?

"Budak tu orang gelar dia hantu," kata Daniel dengan suara perlahan lagaknya seperti berbisik saja. Nasib baik telinga Feliks masih berfungsi dengan baik dapatlah dia menangkap bait-bait bicara Daniel.

"Perlu ke bisik-"

"Shh," Daniel meletakkan jari telunjuk di bibir Feliks tanda suruh diam.

Daniel kemudiannya menarik Feliks melencong dari arah laluan menuju ke kelas. Lagi berkerut dahi Feliks melihat rakannya bersikap begitu. Mereka berhenti di hadapan papan kenyataan yang diletakkan di sebelah pintu masuk dewan utama.

"Tu," Daniel menunjukkan satu baris nama yang tertera di papan kenyataan tersebut. Feliks memandang pada tempat yang ditunjukkan Daniel.

"Untuk pengetahuan kau, dialah budak baru yang famous tahun lepas sebab dia pandai gila,"

Feliks terangguk-angguk. Dia ingat lagi tahun lepas ada gosip pasal budak baru yang mampu mengalahkan rekod Thea, gadis yang sering mendapat tempat pertama dalam tingkatan itu.

"Dia tu selalu ponteng kelas tapi kau tengok ni kat sini. Ujian pertengahan tahun, dia dapat straight A+," Daniel menunjukkan keputusan ujian pertengahan tahun Dian.

"Dan satu lagi yang aku pernah dengar, cikgu tak bagi dia dapat tempat pertama sebab dia selalu ponteng. Sebab tu kau tengok kat sini semuanya tempat kedua je," sambung Daniel.

"Tapi kan Daniel, kenapa orang panggil dia hantu?" soal Feliks ingin tahu.

"Macam ni, dia tu macam tak wujud tau. Orang kata dia selalu muncul masa minggu peperiksaan je. Hari lain langsung tak nampak muka dia. Sebab tu orang panggil dia hantu. Ada jugak orang kata dia hantu sebab dia tak pernah datang kelas tapi dapat semua straight A's. Mana ada manusia yang mampu buat macam tu," jelas Daniel.

Feliks terangguk-angguk mendengar penjelasan Daniel. Tapi masih ada satu perkara yang dia musykil. Bayangan Dian semasa pertama kali dia berjumpa dengannya tiba-tiba muncul dalam mindanya.

"Tadi pertama kali aku nampak Dian depan mata aku sendiri. Sebelum ni aku tak pernah tengok muka dia," ujar Daniel.

Feliks tidak mengendahkan kata-kata Daniel. Dalam benaknya penuh dengan pelbagai soalan mengenai Dian.

Feliks cuba membandingkan khabar angin yang baru didengarnya dengan bayangan Dian semasa mereka berjumpa buat pertama kali. Tapi dia semakin musykil pula. Lagi-lagi apabila bayangan Dian yang sedang membuat petah bicara semasa perhimpunan tadi menjelma. Lagilah Feliks pening.

"Oh ya Daniel, kau tau tak Dian kelas mana?" Feliks merancang mahu bertemu sendiri dengan Dian untuk bertanya tentang hal tersebut.

"Kau takkan tak tahu kut kan tadi kau fokus masa dia buat petah bicara,"

"Huh?" Berkerut dahi Feliks mendengar kata-kata Daniel.

"Dia sekelas dengan kitalah!"

Feliks ternganga sekejap mendengar jawapan Daniel.

anxiety n̶o̶t̶。Where stories live. Discover now