🥀Bab 15 - Brother ?!🥀

89 4 11
                                    


Apabila dia pusing kebelakangan , dia melihat Tengku Raymi terbaring dan kepalanya berdarah . Tidak lama selepas itu , dia pengsan kerana kepalanya diketuk dengan objek yang keras ... batu mungkin .

Mellisa POV

'Aku kat mana ni ? Kenapa aku rasa macam kepala aku tengah berputar ?'

"Abang Raymi" Panggilku perlahan apabila melihat Tengku Raymi diikat dengan kemas di kerusi berhadapanku dan kepalanya penuh dengan darah

"Abang ! Bangun lah , kita kat mana ni ?" Kataku sedikit kuat bercampur tangisan apabila melihat keadaan dia begitu

"Wow , heroin kita dah bangun ... tapi kenapa hero dia still tidur lagi ?" Soal seorang perempuan sambil tergelak .

End Mellisa POV

"Kau siapa nak culik kita orang ?" Tanya Mellisa kasar

"Takkan kau dah lupa 'kawan baik' kau sendiri kot ?" Sinis dia menyoal

"Tak sangka penculik pun 'bodoh' tak faham Bahasa Melayu ya ? Aku tanya ... kau , siapa untuk culik kita orang" Perli Mellisa

"Wow ! Tak sangka kau dah berubah , siapa ajar jadi kurang ajar ni ?" Soal perempuan tersebut sambil ketawa

"Mak kau yang ajar . Asal ?" Jawab Mellisa tenang

"Malas aku cakap dengan kau ! Dasar gila !" Ujar perempuan tersebut sambil berjalan untuk meninggalkan ruangan tersebut

"Ada aku suruh kau bercakap dengan aku ke perempuan ?! Bye the way , kau ke aku yang gila ? Siapa yang culik siapa sekarang ni ?!" Jerit Mellisa sehinggakan Tengku Raymi terjaga dari lenanya

'Aduh , kecut pulak aku tengok perempuan ni . Dulu bukan main lembut lagi , kalau kena pijak kepala pun dia diam aje' Bisik hati si penculik itu

"Okay , aku malas nak bertekak dengan kau . Kau nak tahu aku siapa sangat kan ?" Soal perempuan tersebut sambil membuka mask dimuka

"El-elya ?" Ujar Mellisa terketar ketar

"Ingat juga kau kat aku"

"Kau nak apa lagi dari aku ?! Tak cukup ke apa yang kau dah buat kat aku dan family aku dulu ?!"

"Kau tanya aku 'tak cukup' ? Yes , memang tak cukup untuk balas balik apa yang family kau buat pada hidup aku ! Orang suruhan papa kau bunuh abi aku , lepas tu family kau kutip aku . Jadikan aku orang gaji kat rumah kau . Semua tu disebabkan parents kau !" Jerit Elya lantang

"Kau salah faham ni , kit-"

" 'Salah faham' apa benda nya kalau sampai merosakkan hidup orang lain" Potong Elya , atau nama sebenarnya Sharifah Elya Nasuha

"Kita orang buat semua benda ni bersebab , kita ora-"

"Bersebab apa ? Cakap ajelah yang parents kau tak puas hati dengan parents aku . Parents kau dengki sebab company family aku lagi maju dari family kau" Sekali lagi percakapannya di potong oleh Elya

"What ? Kau nak cakap itu company family kau ? Hahaha , siannya tak tahu erk ? Tu sebenarnya comp-"

Tidak sempat untuk Mellisa menghabiskan ayatnya , sekali lagi Sharifah Elya Nasuha memotong percakapannya "Sebenarnya apa ?" Soal Elya tidak berpuas hati apabila Mellisa berkata begitu

"Kau boleh sabar tak setan ? Berapa kali kau nak potong apa yang aku cakap ni ?!" Jerkah Mellisa

"Uishhh , garangnya bakal bini aku" Disebabkan terkejut dengan jerkahan itu , tanpa sedar dia terlepaskan ayat itu tanpa sengaja .

Mellisa Andara (SU)Where stories live. Discover now