4 Tahun Lepas (Dan di sebabkan kejadian ni dia mencari pengganti Mellisa ... tetapi dia tersalah pilih sehingga dia menutup pintu hatinya untuk menerima mana - mana gadis sekali pun ... yang dia mahukan hanya Mellisa Andara miliknya dahulu) ...
"Ray ni mama nak pesan sikit ... nanti sampai sana terus call mama tau . Jangan tinggal solat , jangan pernah teringin dan ikut budaya belah sana kalau tak mama kejar Ray dengan parang . Last , ingat yang Ray nak pergi sana bukan nak bersantai , bukan nak 'cari calon menantu' untuk mama ... pergi sana hanya untuk belajar dan cari pengalaman bekerja" Kata Tengku Syafira sambil di tekan kan sedikit nada suaranya pada 'cari calon menantu' .
"Iye la mama . Mama jangan lah risau ... Ray takkan cari calon menantu untuk mama masa Ray ada kat sana ... Ray dah jumpa seseorang ni ... dan Ray tekad ... lepas je Ray dah habis semua ni ... Ray nak minta mama masuk meminang dia" Kata Raymi sambil tersenyum mengingatkan si buah hati . Tengku Syafira pula hanya menganggap apa yang dikatakan Raymi sebentar tadi hanya lah sebuah gurauan
"Disebabkan papa bukan macam mama kamu bercakap panjang . Papa cuma nak pesan jaga mata , hati dan kelakuan kamu jangan nak ikutkan budaya barat sangat ... kalau papa tahu kamu ikut budaya barat dari Ivan (Ivan ni cousin kepada Raymi yang paling rapat dengan dia) papa datang jumpa kamu papa cincang kamu nanti ... jangan main - main dengan papa " . "Dah pergi kat Mellisa , papa tengok dia dah nangis tu ... pergi lah pujuk dia ,tenangkan dia sebelum kamu pergi" Sambung Tengku Rushaydi sambil menepuk perlahan belakang badan anak sulungnya
"Okay papa ... Ray pergi dulu" Pamit Tengku Raymi sebelum pergi ke arah Mellisa yang hanya menundukkan kepalanya dan bahunya terhinjut - hinjut di sebalik tiang yang membelakangi keluarganya dan keluarga Raymi
Sesampainya Raymi di sana terus dia menarik Mellisa ke dalam pelukan . Mellisa yang masih menangis itu terus mengangkat kepala memandang si 'makhluk' yang berani memeluknya . Apabila melihat Tengku Raymi yang memeluknya terus dia membalas pelukan tersebut dengan erat , sangat erat seperti tidak mahu melepaskan Tengku Raymi pergi .
"Hey baby abang ni kenapa menangis? " Soal Tengku Raymi lembut . Melihat air mata Mellisa makin lebat mengalir keluar terus dia mengelap air mata tersebut dan melonggarkan sedikit pelukan
"Tak boleh ke kalau abang tak pergi sana? " Soal Mellisa tanpa menjawab soalan Tengku Raymi terlebih dahulu
"Tak boleh la baby ... itu salah satu persetujuan antara abang dengan papa kalau nak buka hospital sendiri . Baby pun tahukan impian abang nak buka hospital sendiri"
"Kalau macam tu , Lisa ke hospital impian abang lagi penting?" Soal Mellisa bersama tangisan nya
"Tak boleh la Lisa soal abang macam ni ... Lisa memang lah penting untuk abang sebab Lisa buah hati abang ... tapi hospital tu impian abang dari kecil lagi " Jawab Raymi sambil mengelap muka Mellisa yang penuh dengan air mata menggunakan tisu yang baru diambil dari beg sandang miliknya
"Ab-bang dah ta-k say-yang Lisa kan?" Tanya Mellisa sebelum semakin galak dia menangis
"Mana ada abang tak sayang Lisa ... abang sayang sangat dekat adik perempuan abang yang sorang ni"
"Hmmm" Hanya itu yang Mellisa jawab sebagai balasan . Dia sedikit kecewa kerana Raymi hanya menganggapnya sebagai adik .{Dh tu kau nk si Raymi tu anggap kau sebagai apa?} (Ofc la sebagai buah hati dia 😏) {Sudah la kau}
"Still sedih ke?" Soal Raymi
"Mesti lah sedih . Tapi kalau abang nak Lisa hilang rasa sedih ni ... abang janji eh setiap dua bulan sekali mesti abang kene balik Malaysia jumpa Lisa ... jangan pernah tak balik pun ... kalau sekali je abang tak balik ... Lisa tak nak dah jumpa abang lepas tu" Kata Lisa lebih kepada ugutan
"Iyalah , abang janji dengan Lisa abang akan balik Malaysia setiap dua bulan sekali"
"Okay abang ... tapi Lisa nak pesan something ni ..."
"Apa dia?" Soal Raymi
"Lisa nak pesan ... walau apa pun yang jadi Lisa takkan pernah berhenti sayang kan abang" Kata Lisa bersama senyuman yang susah di tafsirkan .
"Itu abang tahu lah" Kata Raymi dan selepas itu mereka berdua ketawa bersama sama .
4 bulan selepas itu ...
(My♥✨ = Nama Raymi yang Lisa save dalam phone)
(My Babyy🌼💕 = Nama Lisa yang Raymi save dalam phone)
My ♥✨
Assalamualaikum ...
Sorry baby ... bulan ni abang tak dapat balik Malaysia sebab busy ... banyak assignment yang lecturer bagi ...
My Babyy🌼💕
Waalaikumussalam ...
Hmm ... okay
My ♥✨
Aikkk ... pendek nya reply ... merajuk ke baby abang ni🤔?
My Babyy🌼💕
Mana ada merajuk ... kan abang cakap abang busy banyak assignment yang lecturer bagi😤
Tiba - tiba ...
Video Call From My ♥✨
"Hello? ... Assalamualaikum baby"
"Hello ... Waalaikumussalam ... abang nak apa ni?" Jawab Mellisa dingin
"Abang nak pujuk Lisa lah ... takkan nak jemput Lisa datang majlis kawin abang pulak" Kata Raymi sambil ketawa kuat
"Kalau abang call ni sengaja nak sakitkan hati Lisa baik tak payah" Kata Lisa dalam nada marah dan berura - ura hendak meletakkan talian
"Alaaa ... takpe la Lisa macam dah tak nak tengok muka abang je ... okay la ... abang letak dulu" Kata Raymi seakan merajuk
"Ishh abang ni ... sepatutnya Lisa yang merajuk dengan abang tau ... bukannya abang yang merajuk dgn Lisa" Kata Lisa kegeraman
"Alololololo adik abang ni ... abang nak gurau sikit pun tak boleh" Kata Raymi seperti merungut
"Ray , kau punya assignment dah siap ke?" Soal seorang lelaki yang berdiri di belakang Raymi tapi hanya nampak bahagian belakang tubuh tersebut sahaja . Kawan Abang Raymi ke tu eh? ... tapi biasanya orang yang panggil nama abang Raymi 'Ray' ni orang terdekat dengan dia je , kata hati Mellisa
"Aku dah mula buat tadi ... tapi tak siap lagi sebab aku nak pujuk buah hati aku ni😉 ... tapi , boleh kau keluar kejap tak Ivan?" Kata Raymi sambil mengenyitkan mata kearah Lisa dan perkara itu membuatkan Mellisa malu
"Boleh ... tapi aku nak tengok buah hati kau dulu boleh?" Kata Ivan tiba - tiba
"Tak payah la ... nanti kau terpikat aku jugak yang susah" Kata Raymi seperti bergurau
"Hmm ... dasar kedekut ... nak tengok sikit pun tak boleh ... lagipun dia tu buah hati je ... belum tentu jadi milik kau" Kata Ivan seperti memerli
"Aku bukan kedekut lah. Ishh ... yelah nah ... tengok la ... tengok puas - puas sampai tidur" Kata Raymi pula . Selepas sahaja dia berkata begitu terus dia memusing kan laptop tersebut ke arah Ivan
"Lisa???" Jerit Ivan kuat kerana terkejut yang amat sangat
🥀Bersambung...🥀
📌Kita flashback balik semua sekali okyh👌🏻
📌Sorry lambat update🙏🏻 ... busy skit😅 . Disebabkan saya rasa chapter ni sikit sangat ... saya buat satu lagi okyh👌🏻
✨Jgn lupa vote and comment✨
🍃Keep waiting🍃
YOU ARE READING
Mellisa Andara (SU)
Romance× My First Story ! × Sorry , story description kat dalam sebab panjang ~ × One more thing , sorry kalau hambar ~ Status : On Going (Slow Update) Start : 6 December 2020 🔓 End : - 🔒 _________________________________________ × NOTES ✓ AND WARNING ⚠️...