🥀Bab 13 - Tak setuju ?!🥀

84 6 0
                                    

"Lisa tak setuju lah ..."

"Tak setuju ?!" Terjerit mereka semua yang berada ni ruang rehat tersebut

"Lisa tak setuju sebab takut kalau kawin nanti cerai" Luah Mellisa sambil menitiskan air mata

"Buat apa nak bercerainya ?" Soal Tengku Firdaus

"Fir , abang Raymi cuma sayangkan aku bukannya cintakan aku" Kata Mellisa perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Tengku Raymi

"Boleh semua orang keluar sekejap tak ? Ray nak bincang something dengan Lisa" Pinta Raymi . Selepas itu , mereka semua terus beransur keluar dari ruang tersebut

"Lisa , Lisa nak tahu tak kenapa abang tak cari peganti bekas tunang abang sampai sekarang ?" Soalan Raymi dibalas dengan anggukan dari Mellisa

"Abang tak cari sebab abang tunggu Lisa , sebenarnya abang terpaksa bertunang dengan bekas tunang abang tu ... Abang terpaksa !" Kata Raymi sedikit kuat bersama keluhan

"Kenapa abang terpaksa ? Bukan ke abang sendiri yang cakap dekat mama yang abang nak bertunang ?" Soal Mellisa sedikit sinis

"Lisa , abang terpaksa bertunang dengan dia sebab haishh ... Susah nak cerita . Macam ni , satu malam tu kami buat kerja group sama-sama ... Dia adalah belikan abang air ... waktu tu abang tak sedar yang abang dah termasuk dalam perangkap dia ...

Lepas abang minum tu , abang rasa pening dan terus abang pengsan ... Esok harinya bila abang bangun abang dah ada kat satu bilik dengan keadaan abang baring dengan dia dekat atas katil

Dia ugut abang , dia kata kalau abang tak bertanggungjawab keatas dia ... Dia akan sebarkan gambar kita orang berdua ... At that time , abang buntu ... Abang dah tak tahu nak buat apa . Disebabkan abang tak nak malukan family jadi abang terpaksa kawin dengan dia , dengan syarat kita orang kene bertunang dulu baru kawin

Dia pun setuju dengan syarat abang , tak lama selepas kamu bertunang tu ... Abang dah mula terima hakikat yang mungkin dia tu jodoh abang dan abang pun dah mula sayang dan cintakan dia ...

Tapi , satu hari tu abang datang rumah dia sebab nak buat assignment sama-sama dengan dia ... Tapi bila abang masuk ... Abang nampak dia dengan sorang lelaki kat atas sofa tengah berpelukan sambil tengok tv ... Jadi abang keluar dari rumah dan abang fikir tu mungkin abang dia"

"Lepas tu , apa jadi ?" Soal Mellisa

"Satu hari tu , abang upah penyiasat untuk cari maklumat tentang hubungan dia orang dan perhatikan dia orang . Lepas sehari dua tu , spy abang tu bagi tiga keping gambar yang mengaibkan dia orang berdua . Spy abang pun cakap yang dia orang berdua tu pasangan kekasih and bla , bla , bla"

"Macam mana abang boleh putus dengan dia ?"

"Abang pergi jumpa dia pastu tanya dia siapa lelaki tu , apa motif dia nak kawin dengan abang and sebagainya" Jawab Raymi

"Abang cakap macam mana kat mama waktu abang dah putus tunang tu ?" Soal Mellisa lagi

"Abang cakap kat mama yang abang dengan dia tak sebulu , so mama pun okay aje"

"Ouh , okay" Balas Mellisa sambil merenung karpet berbulu berwarna biru gelap itu

'Eyhh budak ni , aku yang kemain hensem ni dia tak pandang ... Karpet yang buruk tu jugak dipandang nya' Kata Raymi di dalam hati sambil memijak-mijak karpet di kakinya

"Lisa , kenapa pandang karpet tu ? Abang tak cukup hensem ke untuk Lisa pandangan ?" Soal Tengku Raymi seperti tidak berpuas hati . Nak cakap dia cemburu ? Cakap la ... sekarang ni memang dia tengah cemburu . Cemburu dengan karpet tu .

Mellisa Andara (SU)Where stories live. Discover now