"Tiada apa - apa yang serius berlaku pada anak Tengku ... dia cuma kekurangan air dalam badan dan kekurangan rehat ... banyak berfikir juga salah satu faktor dia pengsan . Boleh saya tahu apa yang pesakit buat sebelum dia pengsan?" Soal Tengku Raymi
Semua di situ sudah mengungkapkan kata syukur di dalam hati
"Kami berdua pun tak tahu lah ... sebab orang yang terakhir duduk dengan anak kami ialah Diana" Kata Tengku Khushairy
Semua yang di situ terus memandang Diana seperti meminta penjelasan darinya
"Saya ada bagi satu surat kat dia ... lepastu saya tinggal dia sorang - sorang dalam bilik tapi saya buka lah sikit pintu bilik dia takut jadi apa - apa kat dia ... mula - mula saya dengar dia menangis ... lama lah jugak . Lepas tu , saya dengar bunyi ada something jatuh dari dalam bilik . Bila saya buka pintu , saya nampak dia dah ada dekat atas carpet muka dia merah dan badan dia panas" Kata Tengku Diana dengan nada yang perlahan
"Okay , saya faham . Mungkin ada sesuatu dalam surat tersebut membuatkan pesakit tertekan sampai pengsan" Kata Tengku Raymi
"Doktor kalau saya nak berjumpa dengan anak saya boleh?" Tanya Tengku Illany seperti tidak sabar untuk melihat anaknya
"Tengku boleh berjumpa anak Tengku tetapi tak boleh buat bising sebab keadaan pesakit masih tidak stabil dan dia memerlukan rehat yang secukupnya buat masa sekarang" Jelas Tengku Raymi . Sebenarnya keluarga pesakit tidak di benarkan melawat sebab pesakit perlukan rehat , tetapi melihat wajah wanita di hadapannya ini jelas menunjukkan riak risau
Dia berfikir akan Diana , mungkinkah wanita itu memaafkan dirinya tentang kesilapan yang lepas menyebabkan diri wanita di hadapannya ini putus hubungan dengan adiknya
"Tengku kalau saya nak bercakap dengan Diana sekejap boleh?" Tanya Tengku Raymi dengan nada yang lembut agar keinginannya dapat dilunaskan
"Eh , apa panggil tengku laginya panggil umcle sudah la"kata Tengku Kushairy . Apabila melihat anggukan dari Tengku Raymi dia berkata."Dian kamu pergi lah bersembang dengan Doktor Raymi ni ... papa nak pergi tengok keadaan Lisa"kata Tengku Kushairy sebelum dia melangkah masuk ke bilik anaknya itu dan meninggalkan Tengku Diana sendirian bersama Doktor Raymi
Setelah Tengku Kushairy pergi suasana sunyi menyapa diri mereka
"Ehem" Tengku Raymi memecahkan suasana sunyi mereka dan seperti mahu memulakan perbualan.Tetapi
1 minit ...
2 minit ...
3 minit ...
Tengku Raymi tetap mendiamkan diri . Pekara itu membuatkan Diana bengang , ingin saja dia meninggalkan lelaki ini dan pergi melihat keadaan Mellisa mana tahu Mellisa rindu kawan baik dia yang cantik ni ke...ehek masuk bakul angkat sendiri pulak Diana ... tetapi dia masih ada adab supaya tidak meninggalkan orang tanpa pamitan
"Tengku nak cakap apa dengan saya?" Tanya Tengku Diana dalam keadaan bengang ... jangan tanya kenapa dia guna panggilan Tengku dan saya ... dia masih ada sifat hormat pada orang yang lebih tua
"Ermm sebenarnya boleh tak awak tolong balik semula pada adik saya?" Tanya Tengku Raymi dengan berhati hati
"Mudahnya Tengku minta saya kembali pada adik Tengku ... Tengku ingat saya ni apa?Hah ... Tengku ingat saya ni takde maruah ke dah putus lepastu nak couple balik dengan adik Tengku tu?!"Tengking Tengku Diana dalam keadaan yang sangat marah
Tengku Raymi pula sudah semestinya dia terkejut
🥀
"Mama , papa mana Diana?" Tanya Mellisa
"Ada tu dekat luar dia tengah berbual dengan doktor yang rawat lisa" Jawab Tengku Kushairy
Tiba - tiba mereka terdengar suara Diana seperti sedang marahkan seseorang di luar bilik . Selepas mendengar Diana menjerit mereka terdengar satu suara lagi seperti lelaki
Mereka bergegas keluar ingin melihat kejadian tersebut ... mula - mula Tengku Illany dan Tengku Khushairy menghalang Mellisa dari bangun tetapi apabila Mellisa merayu - rayu baru lah mereka berdua membenarkan Mellisa ikut ... Mellisa dipapah oleh Tengku Kushairy dan Tengku Illany
Apabila keluar dari bilik yang menempatkan Mellisa ... dapat mereka melihat seorang lelaki melutut di hadapan Tengku Diana tangan di cantumkan seperti memohon maaf
Mellisa pula seperti ingin melihat wajah lelaki tersebut dengan lebih jelas kerana dari depan pintu ke tempat Diana berdiri dia hanya dapat melihat sisi wajah jejaka tersebut
"Diana kenapa ni?" Tanya Tengku Kushairy pada anaknya
Terus Tengku Diana dan Tengku Raymi berpaling kearah Tengku Kushairy yang berdiri di hadapan pintu bilik Mellisa
Terpaku pandangan Mellisa terhadap jejaka tersebut ."Abang Raymi?" Soal Mellisa kepada jejaka tersebut . Perkara tersebut telah menarik perhatian mereka semua kecuali Diana kerana dia sudah tahu
Terus Tengku Raymi memandang ke arah Mellisa , sangat sangat lama sehinggakan dia mengingati semua kenangan yang lepas ...
🥀Bersambung...🥀
✨Jgn lupa vote✨
🍃Keep waiting🍃
YOU ARE READING
Mellisa Andara (SU)
Romance× My First Story ! × Sorry , story description kat dalam sebab panjang ~ × One more thing , sorry kalau hambar ~ Status : On Going (Slow Update) Start : 6 December 2020 🔓 End : - 🔒 _________________________________________ × NOTES ✓ AND WARNING ⚠️...