🥀Bab 8🥀

114 9 1
                                    

Pagi (Sebelum Mellisa check out)

"Mama - mama" Panggil Mellisa manja sambil memeluk lengan mama angkatnya

"Iya Lisa, kenapa ni tiba - tiba jadi manja ni ... ni mesti ada something nak mintak kan?" Tembak Tengku Illany

"Eh mama ni macam tahu - tahu aja" Kata Mellisa sambil ketawa perlahan . "Boleh tak kalau Lisa nak duduk sekali dengan Abang Raymi lepas keluar hospital ni?" Soal Mellisa

"Apa yang Lisa merepek ni ... takkan la Lisa nak duduk dengan orang yang bukan muhrim?" Soal Tengku Illany tegas

"Bukan duduk dekat rumah Abang Raymi la ... Abang Raymi duduk kat rumah mak dia ... jadinya nanti Lisa duduk sekali dengan family dia" Terang Mellisa

"Ouhh ... cakap lah awal - awal ... ni tak buat mama terkejut je" Kata Tengku Illany sambil ketawa . "Mama tak ada hak nak halang Lisa ... jadi, terpulang pada Lisa la ... nak pergi atau tak" Sambung Tengku Illany sambil tersenyum lembut

"Ishh ... mama ada hak la . Kalau mama dah cakap macam tu ... Lisa nak pergi lah" Katanya sambil tersenyum . Tidak sabar dia ingin memberitahu perkara ini pada 'kesayangannya'




Tengah Hari (Selepas Mellisa keluar hospital)






"Betul ke lisa ni nak ikut Raymi tinggal kat sana?" Soal Tengku Illany dalam keadaan risau . Risau kerana dia takut kejadian di rumahnya berlaku sekali lagi .

"Betul la mama,lagipun Lisa dah lama tak jumpa mama dengan papa abang Raymi ni" Kata Mellisa dalam keadaan teruja dan ditambahkan lagi dengan perasaan tidak sabar.

Mellisa tersenyum melihat si buah hati yang berada di depan mata sampaikan dia tidak perasan akan pandangan mata semua orang yang berada di meja makan kedai tersebut.

"Okay...tapi kalau Lisa nak pergi Dian kene ikut sekali sebagai peneman...boleh?" Soal Tengku Illany . Diana pula sudah tercengang ... 'minah ni yang nak pergi why aku pulak yang kene ikut sekali' kata Diana di dalam hati sambil mempamerkan senyuman plastik . Kenapa senyuman plastik? ... sebab dia tak nak jumpa dengan bekas kekasihnya merangkap adik kesayangan Tengku Raymi.

"Betul jugak tu...mesti nanti Lisa bosan duduk rumah dah la kat situ takde perempuan kecuali mama" Ujar Tengku Raymi dipihak Tengku Illany sambil mengenyitkan sebelah matanya kearah Mellisa membuat gadis itu tersipu malu.

Aktiviti itu sempat ditangkap oleh Diana...terus dia membuat gaya seperti hendak muntah kearah Tengku Raymi dan Mellisa . Mellisa dan Tengku Raymi terus menjeling Diana .

"Eleh...Dian jeles la tuu" Kata mereka berdua serentak.Elehh kuat betul la chemistry (?) dia orang nii

"Takde masa aku nak jeles dengan korang...lagi pun korang bukan sweet sangat" Kata Diana sempat juga dia memerli

Selepas Diana berkata begitu suasana di meja makan itu kembali senyap seperti sedia kala

Tidak lama kemudian seorang demi seorang menghabiskan makanan mereka
sehingga Tengku Kushairy berkata "Lisa dengan Dian nak pergi terus ke nak balik dulu? Kalau nak pergi terus papa minta pekerja papa hantarkan pakaian kamu berdua.." Soal Tengku Khusyairi

"Dian tak kisah...mana - mana pun boleh" Kata Diana sambil memandang kearah Mellisa

"Lisa rasa nak balik dulu la papa nak ambik apa yang patut. Abang ikut sekali eh boleh kita pergi sekali nanti" Kata Mellisa sambil tersenyum manis memandang ke arah Tengku Raymi yang sedang minum air itu

Tengku Raymi yang sedang minum air itu menganggukkan kepala dan membalas senyuman manis si gadis yang berada di hadapannya ini .

"Okay lah kalau macam tu...tapi nak balik rumah ni Lisa nak naik dengan papa ke dengan Raykal?" Soal Tengku Khushairy

"Lisa nak naik dengan abang lah boleh lepas kan rindu" Kata Mellisa sambil mengenyitkan matanya kearah Tengku Raymi . Perkara itu telah mengundang jelingan dari Diana dan cubitan manja dari mama nya

"Abang tengok lah anak dara abang ni gatal tak bertempat bila jumpa dengan buah hati dia tu" Kata Tengku Illany membuatkan semua di situ ketawa termasuk Tengku Raymi

"Mama apa cakap macam tu malu la Lisa" Kata Mellisa dengan mukanya yang sudah kemerahan itu

"Biar la sayang..bagi dia merasa zaman bujang dia" Kata Tengku Khushairy sambil ketawa besar

"Ishh..abang ni asyik back up anak je..isteri ni selalu di biarkan" Kata Tengku Illany seakan berjauh hati

"Ayok..papa buat mama merajuk..Lisa dengan Dian tahu...papa pergi lah pujuk mama" Kata mereka di selangi ketawa termasuk Tengku Raymi

"Amboi papa selama ni dah la selalu back up korang...tapi ini balasan untuk papa eh? Sampai hati korang berdua" Kata Tengku Khushairy dalam nada merajuk

"Dah la dari tengok drama tak berbayar ni baik kita balik siap - siap kan apa yang patut" Kata Mellisa

"Eleh kau sebenarnya tak sabar nak bermanja dengan buah hati kan?" Sinis Diana berkata

"Kau tahu apa buah hati pun tak ada...aku ni sentiasa nak bermanja dengan Abang Raymi tau" Kata Mellisa bersama ketawa, tanpa sedar dia sudah membangkitkan kisah lama

Mendengar apa yang Mellisa katakan membuatkan air muka Tengku Raymi dan Tengku Diana berubah

Perubahan itu telah membuatkan Mellisa tersedar,segera dia menutup mulut nya itu

Lama kelamaan mereka berdua ketawa...membuatkan Mellisa pelik.'Kenangan pahit macam tu boleh dia orang ketawa?' soal hati kecil nya itu

"Asal pandang aku macam tu aku tahu aku cantik" Kata Tengku Diana sambil ketawa

"Eiii...menyampah aku dengan kau ni" Kata Mellisa bersama muka menyampahnya. " Takde la aku cuma pelik asal korang berdua ketawa benda tu kan sepatutnya buat korang sedih dengan marah" Sambung Mellisa lagi

"Sebenarnya...

🥀Bersambung...🥀

🍃Sorry kalau hambar🍃

✨Please vote and comment✨

Mellisa Andara (SU)Where stories live. Discover now