🥀Bab 5🥀

171 14 5
                                    

Semua kenangan manis yang pernah dia cipta bersama gadis yang berada di hadapannnya ini ...

Flashback


"Abang tunggu lah Lisa habiskan ice cream ni dulu" Kata Mellisa dengan nada yang seakan merayu ... macam mana dia tak merayu nya ... kalau Tengku Raymi punya ice cream dah nak habis ... yang dia punya banyak lagi 

"Lisa ni kan ... abang dah kata jangan order ice cream , order waffle je Lisa tu dah la kalau makan benda sejuk ni lambat ... kalau nak ice cream boleh je kongsi dengan abang" Kata Tengku Raymi lebih kepada berleter tetapi dia menggunakan nada lembut

"Ishhh ... abang ni Lisa say sorry la sebab tak dengar cakap abang ... ni last Lisa degil - degil lain kali Lisa dengar cakap abang okayy " Kata Mellisa sambil bangun dan memeluk lengan sebelah kanan Tengku Raymi manja

Tengku Raymi pula sudah tersenyum - senyum

🍃🥀🍃🥀🍃🥀🍃🥀🍃

"Lisa jangan main dekat dengan tepi kolam tu nanti jatuh" Kata Tengku Raymi seperti berpesanan . Selepas saja berkata , terus dia menyambung membuat kerja yang tidak sempat dia menyiapkan sepenuhnya di pejabat tadi

"Alaa ... abang ni jangan lah risau , kalau jatuh dalam air nanti abang lah yang sambut . Boleh?" Kata Mellisa manja

"Yelah Lisa ... nanti abang sambut Lisa . Kalau Lisa jatuh nanti lah"Kata Tengku Raymi dengan nada yang seakan merajuk . Orang pesan  untuk keselamatan dia ... dia pulak macam tak kisah kalau dia jatuh dalam air nanti ...

"Alaaa ... abang jangan lah merajuk ... nanti abang tak handsome baru tahu"  Kata Mellisa seperti bergurau sambil berjalan mendekati Tengku Raymi 

Sebenarnya dia orang nampak satu sama lain ... kolam ni je yang pisahkan dia orang berdua . Entah di mana silapnya Mellisa tergelincir di kolam hadapan Tengku Raymi  sehingga jatuh masuk air .

"Lisa" Jerit Tengku Raymi lantang . Sambil bangun dari kerusi untuk menolong Mellisa keluar dari kolam

Sesampainya dia di sana terus dia menghulurkan tangan untuk menolong Mellisa keluar . Tetapi perkara yang lain pula yang terjadi , perkara itu adalah Mellisa pula yang tarik dia untuk masuk ke dalam kolam sekali . Disebabkan Tengku Raymi belum bersedia , dia kehilangan keseimbangan badan dan terus dia terjatuh masuk ke dalam kolam itu sekali

"Hahahaha" Ketawa Lisa kedengaran

Tengku Raymi pula sudah menunjukkan muka masam mencuka

"Hahaha ... co-comel la abang buat muka ma-macam tu ... hahaha" Kata Mellisa bersusah payah kerana ketawa dia masih belum reda bertambah pula tengok muka Tengku Raymi lagi lah bertambah ketawa nya

"Siapa yang ajar jadi nakal macam ni?" Soal Tengku Raymi sambil memicit sedikit kuat hidung Mellisa sehingga meninggalkan kesan merah

"Ish abang ni sakit la hidung Lisa" Kata Mellisa sambil menggosok - gosok hidungnya itu . "Apa - apa pun abang lah yang ajar" Sambung Mellisa bersama ketawa yang semakin kuat

"Pandai - pandai je budak kecik ni" Kata Tengku Raymi sambil menggeletek badan Mellisa

Selepas itu ruang kolam renang itu di penuhi oleh ketawa Mellisa dan Tengku Raymi

End Flashback

"Li-lisa" Ujar Tengku Raymi tergagap - gagap . Dia seakan tidak percaya setelah kejadian 4 tahun lepas dia akan berjumpa kembali dengan gadis yang berada di hadapannya ini . 

"Be-betul k-ke ni Li-lisa?" Soal Tengku Raymi . Dia takut yang berada di hadapannya ini adalah pelanduk dua serupa Mellisa

"Betul lah ni Lisa . Kenapa pandang Lisa macam nampak hantu?" Soal Mellisa . Perlahan - lahan dia berjalan mendekati Tengku Raymi yang berada di hadapan Diana . Apabila sudah sampai terus dia memeluk Tengku Raymi . Erat seperti dia tidak mahu melepaskan . Dia terlampau rindu akan Tengku Raymi ... 4 tahun mereka tidak bersua muka disebabkan satu peristiwa yang hanya , Diana , ibu bapa Mellisa dan juga ibu bapa Diana sahaja yang tahu sebabnya .

Tengku Raymi masih lagi mendiamkan diri dan hanya membiarkan tubuhnya di dakap oleh gadis kecil yang mengaku dirinya sebagai Mellisa

Lambat - lambat Mellisa melepaskan pelukan apabila dia merasakan yang pelukannya tidak akan terbalas

Mereka hanya mendiamkan diri sehinggalah Tengku Raymi bersuara

"Kalau betul awak ni Mellisa tunjukkan bukti"

Sejurus Tengku Raymi berkata begitu . Terus Mellisa menarik tangan Tengku Raymi supaya masuk kedalam bilik yang menempatkan dirinya .

Sesampainya mereka di sana terus Mellisa menarik lengan bajunya sehingga ke paras siku dan menunjukkan bekas luka yang tidak berapa jelas kerana kejadian yang membuatkan sikunya luka sudah lama berlalu .

"Sekarang ni abang percaya tak yang kat depan abang ni Mellisa yang abang kenal? " Soal Mellisa apabila melihat Tengku Raymi terkaku melihat bekas lukanya itu .

"Saya masih tak percaya yang awak ni Mellisa yang saya kenal" Mellisa menunjukkan riak sedih sambil menundukkan kepalanya memandang lantai ... apabila mendengar Tengku Raymi menyambung bicara terus dia mengangkat kepalanya kembali . "Tapi kalau awak boleh tunjukkan suatu tempat yang hanya kita berdua sahaja tahu dan dapat jawab soalan saya , saya percaya yang awak ni Mellisa yang saya kenal" Kata Tengku Raymi sambil memandang wajah yang sangat dirindui olehnya dari dahulu sehingga sekarang .

Mellisa hanya mengangguk sebagai balasan

🥀Bersambung...🥀

   Kejadian apa yang jadi 4 tahun lepas?

🌹Keep waiting ... saya citer kejadian 4 tahun lepas kat next chapter k?🌹

✨Jgn lupa vote and comment✨

🍃Sorry saya lambat update and sorry kalau story ni semakin hambar🍃

Mellisa Andara (SU)Where stories live. Discover now