EPISODE 1

473 84 447
                                    

Harap Korang Enjoy 👌👍✨
______________________________________

Pada pagi hari Isnin tahun 2002...

Seorang lelaki misteri memakai hoodie berwarna hitam sedang bersiap sedia untuk melakukan sesuatu yang jahat dengan komputer yang ada di depan matanya sekarang ini.

"Heh...inilah masanya untuk aku melakukan perkara ini..aku nak tengok kuat sangat ke sistem pertahanan data kerajaan ni hehehe. Maaf lah ye, selain "menguji" server sistem pertahanan, bolehlah aku "meminjam" data-data kerajaan ni untuk dijual di negara-negara lain hahaha" Kata orang misteri itu sambil tergelak sinis.

"Dari kiraan 3....2....1...And...Let The Show Begin !" Kata orang misteri itu sambil menekan butang keyboard tanda dia telah bermula.






Kementerian Pertahanan...

"Eh kenapa ni ? Apa yang dah berlaku ni ? Kata Aiman, Ketua Bahagian IT Kementerian Pertahanan. Dia merasa pelik kerana tiba-tiba sahaja berlaku glitch di screen besar di situ.

"Malek ! Kau check apa yang dah jadi ni... tiba-tiba je jadi macamni" Kata Aiman sambil menyuruh Malek, Pegawai Bahagian IT menyiasat perkara ni.

"Tuan ! Nampaknya server sistem pertahanan kita telah digodam ! Dan semua data-data penting kerajaan telah bocor !" Kata Malek dalam nada cemas.

"Hah ! Kau siasat punca dia sekarang" Suruh Aiman kepada Malek.

"Tidak diketahui Tuan ! Tetapi dia ada tinggalkan sebuah kod yang pelik Tuan." Kata Malek

"Kod apa tu ?" Tanya Aiman

"9191913...." Kata Malek dalam nada serius.

"Hmm...kau siasat perkara ni sampai dapat...aku akan mintak.pertolongan dari I.S.S" Kata Aiman.

"Baik Tuan !" Balas Malek dan terus menyiasat.

Ibu Pejabat I.S.S......

"Tuan ? Boleh saya masuk ?" Tanya seseorang yang bernama Razi, Pembantu Peribadi Tuan Ismail.

"Silakan masuk Razi....Ada apa-apa masalah ke ni ?" Tanya Tuan Ismail, Presiden I.S.S (Intelligence Secret Service) dalam nada tenang.

"Tuan, saya dapat pesanan dari Kementerian Pertahanan, server mereka telah di hack oleh seseorang yang tidak dikenali" Terang Razi.

"Kenapa mereka tidak siasat je tentang perkara ni ?" Tanya Tuan Ismail.

"Mereka dah cuba siasat Tuan. Tapi mereka tidak menjumpai siapa dalang di sebalik pencerobohan maklumat ni" Terang Razi.

"Hmm nampaknya, berat masalah ni...Ok baiklah. Awak kerahkan ejen-ejen kita untuk siasat tentang perkara ni" Arah Tuan Ismail.

"Tapi Tuan, semua ejen-ejen kita tak ada di sini. Mereka semua sibuk dengan kes masing-masing di lain negara. Jadi semuanya sibuk Tuan." Kata Razi

"Hmm susah ni. Macamni lah. Awak pergi ke bilik fail rahsia, ambilkan fail-fail ejen lama kita" Arah Tuan Ismail.

"Baik Tuan" Kata Razi dan terus bergerak ke bilik fail rahsia.

"Ini dia Tuan." Kata Razi sambil memberikan fail-fail ejen kepada Tuan Ismail.

Kebanyakan fail-fail yang ada semuanya sudah berhabuk kerana tidak pernah diusik selama bertahun-tahun.

Setelah beberapa jam memeriksa fail itu, Tuan Ismail masih tidak menemui ejen-ejen yang sesuai. Ada yang usia failnya sudah berpuluh tahun. Ada yang baru beberapa tahun. Kebanyakan ejen telah pencen dan ada yang telah dipecat atas sebab-sebab tertentu.

(SIRI AGENT 006 #1) BERMULANYA SEBUAH KISAHWhere stories live. Discover now