EPISODE 9

98 35 129
                                    

Hope You Guys Enjoy
[][][][][][][][][][][][][][]

Sambungan......

Selepas selesai sahaja majlis pengebumian jenazah Haikal, semua orang pun meninggalkan tanah perkuburan tersebut. Yang tinggal hanya Fattah dan Isaac yang juga turut datang ke sana. Fattah hanya memerhati dengan pandangan murung.

"Tuan, sabar banyak-banyak ye Tuan..."

"Aku nak sabar apa lagi Isaac? Sahabat baik aku...hiks...dah tak ada...hiks...dia dah tinggalkan aku..." Kata Fattah sambil menangis.

"Tuan, anggaplah ini sebagai ujian...ingat tuan...Allah takkan uji hambanya melebihi kemampuan...itu maknanya Tuan mampu mengatasi semua ini." Isaac berusaha menenangkan Fattah.

"Terima kasih lah Isaac dah tenangkan aku...tapi aku masih perlukan masa..."

"Baiklah Tuan, saya faham dengan keadaan Tuan...saya tunggu dekat kereta dulu ye." Isaac terus pergi ke arah kereta.

"Haikal...cepat betul kau tinggalkan aku...baru je kita borak-borak, gelak-gelak semalam...Harini kau dah tinggalkan aku. Mana pergi janji kau dulu!" Fattah menahan air mata yang akan keluar bila-bila masa sahaja.

"Kau masih ingat tak janji kita yang kita buat dulu.."

<><><><><><><><><><><>

"Fattah, kau bila nak kahwin? Kau tu dah tua tau tak. Tak lama nanti kau dah nak masuk 30-an tau. Umur-umur macam kau ni dah kahwin tau. Dah ada anak dah sepatutnya." Haikal bertanya Fattah.

"Ish kau ni membebel dah macam nenek tua dah tau tak! Aku tak merancang nak kahwin lagi lah Haikal...bukan apa aku ni tak ready lagi."

"Banyak lah kau punya tak ready Fattah! Takkan kau nak tunggu sampai umur kau 40 baru nak kahwin...itu dah lewat sangat tu."

"Alah kau ni! Kau pun cakap orang bila kau pulak nak kahwin...kita ni sama umur je. Cuma aku tua 3 bulan je dari kau!"

"Hehehe aku memang tak lah nak kahwin sekarang. Kau ni takkan dah lupa aku kan takde rumah lagi sekarang ni. Aku sendiri pun tumpang rumah kau lagi nak kahwin. Kalau macamni sampai aku mati pun tak kahwin hahahah." Haikal berkata.

"Ish apa pulak kau ni cakap pasal mati ni! Aku yakin kau akan kahwin aku pun akan kahwin! Aku yakin..."

Fattah berkata lagi. "Haikal, aku nak kau janji dengan aku."

"Janji apa tu Fattah?"

"Aku nak kau janji...yang kita takkan berpisah tau...kita sahabat selama-lamanya!" Kata Fattah.

"Hmn begitu eh...tapi kalau aku mati, kau masih lagi sahabat aku ke?" Haikal bertanya.

"Ish kau ni kan dah cakap jangan bercakap tentang mati! Mesti lah kau sahabat aku. Kau sahabat aku dunia dan akhirat! Kau jangan tinggalkan aku tau!"

"Yelah aku berjanji dengan kau...kita akan menjadi sahabat selamanya...hanya maut je yang dapat memisahkan kita." Balas Haikal tenang. Setelah berkata begitu mereka pun berpelukan...

"Dah lah tu sedih jom kita makan. Aku ada buat cekodok pisang kegemaran kau ni!" Haikal berkata untuk menghilangkan rasa sedih.

"Wah kau macam tahu-tahu je aku tengah lapar! Jom!" Kata Fattah terus menuju ke meja makan.

"Haih bertuah punya bapak budak hahaha." Haikal membalas.

<><><><><><><><><><><>

(SIRI AGENT 006 #1) BERMULANYA SEBUAH KISAHWhere stories live. Discover now