✨✨ Hope You Guys Enjoy ✨✨
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::Sambungan.....
Di Rumah Isaac.....
Setelah beberapa jam memandu, akhirnya mereka pun sampai ke rumah Isaac. Rumah Isaac hanyalah apartment biasa sahaja dan bukanlah rumah teres dua tingkat tu. Tetapi didalamnya dah macam kondominium cantiknya.
"Ha inilah rumah saya Tuan." Kata Isaac kepada Fattah sebaik mereka tiba didepan rumahnya.
"Ni ke? Biasa je aku tengok." Kata Isaac dalam nada agak berlagak. Maklumlah rumah si Fattah ni teres dua tingkat.
"Alhamdulillah ini sahajalah yang saya mampu." Kata Isaac senyum. Walaupun rumah dia biasa-biasa sahaja, dia tetap bersyukur dengan apa yang ada.
Setelah Isaac memutar tombol pintu rumah dia itu, tersergam indah lah rumah Isaac yang sudah kelihatan seperti kondominium mewah.
(Beginilah keadaan didalam rumah Isaac)
"Fuyyo! Luar setinggan, dalam macam kondominium!" Kata Fattah dalam nada teruja.
"Alhamdulillah, rezeki Allah SWT berikan." Kata Isaac sambil tersenyum.
"Masyallah....cantiknya rumah dia ni. Ah! Rumah aku lagi cantiklah." Monolog Fattah dalam hati. (Haih keras betul hati dia ni)
Dan setelah Fattah selesai mengemas segala barang-barang, dia pun pergi ke meja diruang tamu bersama dengan Isaac untuk menyusun strategi.
"Ok sekarang ni, kita akan intip Aiman.....atau nama sebenarnya, Muhd Aiman Bin Naim. Dia adalah Ketua Bahagian IT Kementerian Pertahanan. Dan boleh jadi jugak dialah orang yang telah menggodam server Kementerian Pertahanan dan telah mencuri maklumat-maklumat itu." Terang Fattah panjang lebar.
"Hmm baiklah Tuan." Isaac mengiakan je kata-kata Fattah.
"Dan sekarang ni aku nak kau siasat. Jadual si Aiman tu sekarang. Aku nak tengok semua aktiviti dia sama ada dirumah atau di pejabat." Kata Fattah.
"Baiklah Tuan. Kejap lagi saya akan cari." Ujar Isaac.
Selepas 10 minit mencari, akhirnya Isaac menjumpai jadual aktiviti Encik Aiman.
"Tuan, ni saya dah jumpa jadual aktiviti Encik Aiman." Panggil Isaac.
"Wah cepat betul kerja kau ya. Ni mesti ikut sikap aku yang tangkas ni hahaha," Kata Fattah dalam nada bangga.
"Hehehe..." Isaac hanya mampu tersengih je.
"Ni, kau tengok jadual ni. Ada tak aktiviti yang akan lakukan lepas ni." Arah Fattah kepada Isaac.
"Baik Tuan. Mengikut pada jadual ni, Encik Aiman akan menghadiri mesyuarat dengan orang-orang atasan Kementerian Pertahanan tentang isu penggodam yang tengah hangat sekarang ni." Terang Isaac.
YOU ARE READING
(SIRI AGENT 006 #1) BERMULANYA SEBUAH KISAH
ActionMalaysia telah dikejutkan dengan serangan cyber yang didalangi oleh seseorang misteri yang menggunakan kod 9191913. Serangan yang dibuat telah menjejaskan server sistem pertahanan negara. Semua fail-fail rahsia kerajaan telah bocor termasuklah bioda...