✨Hope You Guys Enjoy✨
[][][][][][][][][][][][][][][]Sambungan.....
Keesokan harinya, mereka berdua bergegas keluar dari rumah dan terus bergerak menuju ke Ibu Pejabat I.S.S untuk menemui agent yang bertugas di bahagian IT agensi terbabit. Mereka pun sampai ke sebuah bilik yang tertulis IT di depan pintu bilik itu. Isaac pun membuka pintu dan.....
Dengan mukanya yang sangat hensem ketika senyum, Isaac pun menegur. "Assalamualaikum...Agent Nadia. Sudah lama kita tidak berjumpa...apa khabar awak sekarang?"
Agent Nadia dengan mukanya yang ayu pun menjawab. "Alhamdulillah saya sihat-sihat sahaja. Itulah sekarang ni banyak betul kes godam laman sesawang...tapi jangan risau semua penggodam tu level-level bawahan je. Jadi secara saintifik saya mengatakan bahawa saya baik-baik sahaja."
Fattah dengan muka yang bingung hanya memerhati sahaja Isaac dan Nadia berborak kosong. Rasa macam dia tu dipinggirkan pulak. Ye lah, sejak dari tadi lagi Isaac tak memperkenalkan Fattah langsung kepada Agent Nadia.
Malas hendak menunggu lama, akhirnya.. "Ehem!" Fattah berdehem kuat agar Isaac perasan yang dia masih lagi wujud di sebelah.
"Eh err sorry-sorry Tuan. Tadi rancak sangat berborak sampai terlupa yang Tuan ada sekali tadi." Balas Isaac sambil tersengih.
"Ok Nadia, inilah dia Agent Fattah. Agent yang handle kes penggodam yang sekarang ni tengah viral tu." Jelas Isaac.
"Hai Agent Nadia, saya Agent Fattah. Umur saya 30 tahun dan masih lagi single." Balas Fattah dalam nada menggoda.
"Hmm minta maaf lah Fattah atau...abang Fattah calon suami saya orang yang berumur 20-an dan bukan 30-an. So I can say, Not my taste.." Balas Nadia sambil mempamerkan riak muka tidak berminat. (Nampak sangat kau dah tak lalu Fattah 🤣)
Isaac yang sedang menahan gelak pun menegur Fattah. "Pfft- Tuan, nampaknya Tuan kena cari orang lain lah sebab dia dah cakap yang orang umur 30-an bukan taste dia."
Muka Fattah sudah berubah menjadi warna merah. "Hei! Kau nak kena rejam dalam sungai ke!" Ancam Fattah yang kelihatan sangat marah kerana ejekan Isaac tadi.
"Erk! M- maaf Tuan, saya janji tak buat lagi." Senyuman Isaac tadi terus bertukar menjadi takut.
"Hish! Banyak cerita betul lah...Kau pergi terangkan dekat dia niat sebenar kita datang sini cepat..." Arah Fattah.
"B- baik Tuan....Erm Nadia, kami datang ni sebenarnya ada benda nak minta tolong dengan awak ni." Terang Isaac sebelum dia menyambung semula
"Begini, kami sebenarnya ada sebuah telefon yang berjaya kami dapatkan dari seseorang yang dipercayai bersubahat dengan penggodam yang kita cari sekarang. Kami cuba membuka kata laluan telefon tersebut tapi kami tidak berjaya sebab kata laluan tu menggunakan cap jari dan hanya Tuannya sahaja yang boleh membuka telefon ni. Jadi kami nak minta tolong awak untuk menggodam telefon ni dan membuka password telefon ini." Terang Isaac panjang lebar.
Nadia yang memang semua orang tahu dengan kepakarannya pun membalas. "Lah benda tu je ke yang awak berdua nak minta tolong saya? Setakat buka password handphone, tiada masalah pun. Petik jari pun dah boleh buka lah. Bagi sini telefon tu..."
"Ini dia Nadia." Balas Isaac sambil menghulurkan telefon itu kepada Nadia.
'Eleh berlagak betul minah ni. Entah betul entah tidak dia boleh buat ni.' Monolog Fattah di dalam hati.
Dan memang betul. Kemahiran yang dimiliki oleh Nadia sangat hebat. Dalam masa beberapa minit sahaja dia sudah boleh membuka password telefon tersebut.
YOU ARE READING
(SIRI AGENT 006 #1) BERMULANYA SEBUAH KISAH
AcciónMalaysia telah dikejutkan dengan serangan cyber yang didalangi oleh seseorang misteri yang menggunakan kod 9191913. Serangan yang dibuat telah menjejaskan server sistem pertahanan negara. Semua fail-fail rahsia kerajaan telah bocor termasuklah bioda...