✨Hope You Guys Enjoy✨
[][][][][][][][][][][][][][][]Sambungan......
"Okay Isaac, apa aktiviti dia yang seterusnya?" Tanya Fattah.
"Okay Tuan, lepas Encik Malek akan keluar dinner dengan girlfriend dia." Kata Isaac.
"Aik? Sejak bila pulak dia ada girlfriend ni. Setahu aku, dia tak pernah ada girlfriend." Ujar Fattah sambil berfikir.
"Diorang baru je kenal Tuan. Itu yang Encik Malek nak bawa dia keluar makan malam esok." Terang Isaac.
"Hmm macamtu cerita dia.....Okay macamni, malam esok kita pun gerak ke sana jugak." Kata Fattah.
"Baiklah, Tuan nak saya booking meja ke?" Tanya Isaac.
"Eh tak payah. Kita akan lakukan benda ni senyap-senyap. Dan kau jangan memandai-mandai booking meja tanpa aku suruh faham?" Tanya Fattah.
"Baiklah Tuan." Kata Isaac mengiakan sahaja.
Dan Fattah terus berlalu pergi ke biliknya untuk membuat kajian tentang kod bernombor yang masih belum menjumpai jalan penyelesaian itu.
Di Dalam Bilik Fattah.......
"Hmm apa maksud nombor-nombor pelik ni? Haish punya lah banyak nama dalam dunia ni nak jugak pakai kod nombor. Kan aku dah susah nak teka siapa kau. Menyusahkan betul!" Gumam Fattah sendirian.
(Author : Bukan penggodam tu yang salah. Kau sendiri yang malas 🤣.
Fattah : Eh kau diam boleh tak! Aku dah lah tengah serabut sekarang ni. Baik kau sambung cerita ni. Kalau tak-
Author : Kalau tak apa? Kalau berani try lah lawan dengan aku. Aku matikan watak kau baru tahu. *Sambil tangan ready nak menulis di apps note phone. Nak?
Fattah : Eh eh tak nak lah author. Jangan lah macamtu ✨✨ author kan bijak dan hensem 🥺.Author : Ha tau takpe. Lain kali jangan buat lagi atau aku akan.....biar Isaac jadi watak utama....*serius.
Isaac : Hehehe boleh jugak tu. Penat jugak asyik nak ikut cakap Tuan Fattah je.
Fattah : Isaac! Kau pergi masuk dalam dunia buku sekarang!
Isaac : B-baik Tuan *terus menghilang
Fattah : Okay Author boleh sambung ye *menghilang jugak)
(Jangan hiraukan drama komedi di atas 🤣. Okay sambung ✨✨)
"Hmm selama beberapa harini, tak ada pulak aku dengar berita tentang kekacauan penggodam ni. Atau mungkin dia berehat sementara lepas tu sambung balik buat kejahatan dia tu..." Monolog Fattah dalam hati.
"Haih kalau fikir macamni, sampai bila-bila pun takkan habis. Baik aku tidur. Lagipun malam esok ada misi pemantauan." Kata Fattah dan terus baring kat atas katilnya.
Keesokan Harinya Pada Pukul 7:40 Malam....
"Semua dah siap ke Isaac?" Tanya Fattah.
"Semuanya complete Tuan." Balas Isaac.
"Pukul berapa dia akan sampai ke sana?" Tanya Fattah sekali lagi.
"Hmm dalam pukul 8 kejap lagi." Balas Isaac.
"Okay kita gerak sekarang jugak. Jom." Arah Fattah.
Mereka pun memasuki kereta, menghidupkan enjin kereta dan terus bergerak menuju ke sebuah restoran mewah yang berkonsepkan restoran di tepi laut. Setelah beberapa minit, mereka pun sampai ke restoran tersebut.
YOU ARE READING
(SIRI AGENT 006 #1) BERMULANYA SEBUAH KISAH
ActionMalaysia telah dikejutkan dengan serangan cyber yang didalangi oleh seseorang misteri yang menggunakan kod 9191913. Serangan yang dibuat telah menjejaskan server sistem pertahanan negara. Semua fail-fail rahsia kerajaan telah bocor termasuklah bioda...