KRINGGG
Kayla membuka matanya perlahan lalu mencapai telefon pintarnya yang berada di atas meja sebelah katilnya.Lalu dia menutup alarm tersebut dan bangun duduk dalam keadaan yang mamai.
"Huh ngantuknya!"keluhnya.
Kayla bangun dan melangkah ke arah tandas untuk mandi .Hari ini merupakan hari pertama dia bersekolah di sekolah barunya,iaitu Star Highschool.
Kayla menilik penampilannya di cermin.Skirt kotak kotak (macam corak kain pelikat) berwarna biru gelap kehitaman hampir pada lutut.Kemeja putih lengan pendek dan vest merah yang style korea ,rambut diikat gaya 'half - up'.
Perfect!
***************
"Morning Ma!Morning pa!"sapa Kayla ceria.
"Morning Kayla"jawab Puan Marissa dan Encik Iskandar serentak.
"Kayla,meh sini duduk makan.Mama masak nasi goreng special untuk Kayla"pelawa Puan Marissa.
Kayla duduk di meja makan dan makan nasi goreng yang dimasak mamanya.Nasi goreng mama dia memang tak pernah fail lah.Always sedap hehe!
"Kayla,nanti pergi sekolah dengan pak samad ye.Maaflah harini first day kamu sekolah di sekolah baru tapi papa tak dapat hantarkan pula."
"Eh takpela.Kayla tahu papa and mama mesti sibuk.Don't worry Kayla ok je.Lagipun memang sebelum ni dari tadika lagi pergi sekolah dengan pak Samad."ujar Kayla sambil tersenyum ke arah papa dan mamanya.Ibu bapa dia memang selalu sibuk jadi dia sudah biasa.
"Thank you sebab faham kami ye Kayla"ujar Puan Marissa pula.
"Kayla pergi dulu ye.Takut terlambat nanti susah pula baru first day dah lambat "
"Erm ok hati hati ye sayang.Belajar rajin rajin.Ingat tahun ni kamu SPM."Kayla mengangguk lalu menyalam tangan kedua ibu bapanya.
"Kayla pergi dulu ye.Assalamualaikum "
"Waalaikumusalam "jawab Puan Marissa dan Encik Iskandar.
********
'Besar and cantik gila sekolah ni'"Cik Kayla,dah sampai ye"ujar Pak Samad.
"Ok.Terima kasih Pak Samad"Kayla tersenyum pada Pak Samad.
Kayla melangkahkan kaki masuk ke dalam pagar sekolah tersebut.Memang tidak dinafikam sekolah tersebut memang kelihatan cantik,mewah dan elegan.Yuran dia pun elegan!
"Hai awak mesti budak baru yang masuk sekolah sini kan?Nama saya Cikgu Syahirah binti Azman.Saya merupakan guru kelas awak."
"Hai cikgu syahirah!Saya Kayla Sofea.Cikgu boleh panggil saya Kayla."balas Kayla mesra.
"Ok kayla.Mari ikut saya tunjukkan kelas awak."
Mereka berdua berjalan menuju ke kelas Kayla .Sambil dalam perjalanan,ada juga Cikgu Syahirah menunjuk serba sedikit kawan di sekolah itu.
**********
"Ok perhatian semua."Seluruh murid kelas 5 Saintifik itu diam dan fokus ke arah Cikgu Syahirah."Ok hari ini kita ada budak baru.Mari sini masuk"pelawa Cikgu Syahirah sambil tersenyum pada Kayla.
"Hai semua!Nama saya Kayla Sofea.Awak semua boleh panggil saya Kayla."seluruh kelas 5 Saintifik terpana dengan kecantikan semula jadi yang dimiliki Kayla.Kayla tersenyum malu apabila semua memandang ke arahnya.
"Ok Kayla awak boleh duduk di tempat yang kosong di belakang sana.Kalau nak berkenalan , boleh berkenalan waktu rehat ye ."kata Cikgu Syahirah pada anak murid nya.
***********
"Hai Kayla!Nama saya Aira"sapa Aira ceria."Nama aku pula Insyirah.Boleh panggil Syira je"
"Oh.Hai Aira,Syira.Salam perkenalan"
"Ok sekarang ni kau dah jadi geng kami ok"kata Aira sambil tersenyum ke arah Kayla.
"Ok.Terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya."Kayla tersenyum ikhlas.
"By the way,boleh saya tahu tempat sebelah saya dan tempat yang kosong kosong ni sebenarnya tempat siapa eh?"tanya Kayla kepada mereka berdua.
"Err sebenarnya tempat tempat yang kosong ni tempat The Star Boys."ujar Syira.Kayla pula mengerutkan dahinya.
"The Star Boys??Sapa dia orang tu?"
"The Star Boys tu badboy paling teruk dekat sekolah ni."ujar Aira pula.
"Apa yang dia orang buat?"
"Dia orang suka ponteng,buat masalah,buli dan lain lain.Pernah ada kes dia orang sorokkan kasut salah satu cikgu dekat sini sebab ketua dia orang tak puas hati dengan cikgu tu"ujar Syira lagi.Kayla pula membulatkan matanya.Mak Ai sampai sorokkan kasut cikgu?Berani gila!
"Dahsyat gila dia orang!"
"Tulah.So kau jangan nak pandai pandai buat masalah atau terserempak dengan mereka.Karang tak pasal pasal kau jadi salah satu mangsa buli dia orang."ujar Syira.
"Erm oklah kitorang nak pergi jalan jalan pusing sekolah ni.Kau nak ikut tak memandangkan kau baru di sini jomlah boleh kita orang tunjuk sikit sikit laluan di sekolah ni"pelawa Aira.
"Errr takpelah aku nak pergi kantin.Boleh korang tunjukkan kantin dekat belah mana?"
"Erm boleh!Jom kami tunjukkan."lalu mereka bertiga memberi tahu jalan untuk ke kantin pada Kayla.
**********
Kayla membeli sepinggan nasi lemak bersama air sirap.Diar berjalan dan duduk makan di kawasan yang sedikit jauh dengan kantin memandangkan hanya di situ yang agak kosong.Tapi still boleh nampak kantin dari arah pandangan situ ok!"Erm.Kau ni siapa"soal seorang budak lelaki yang kelihatan sama umur dengannya.
"Hai.Saya Kayla Sofea.Awak boleh panggil saya Kayla."balas Kayla mesra sambil tersenyum.
"Oi Haziq!Kat sini kau rupanya .By the way kau ni perempuan mana pula?"soal Danish pula.
'Oh nama lelaki ni Haziq'bisik hati Kayla.
"Hai awak!Saya Kayla.Awak berdua ni siapa ye sebenarnya?"
"Kau tanya kita orang ni siapa?Kita orang ni—"
"Apasal korang tak duduk lagi.And kau pula sapa ?"pintas Adrian yang baru datang bersama Adam.
'Omg!Hensem gila!'
"Hai!Nama saya Kayla.Saya pelajar baru di sini.Baru masuk hari ini.Awak semua pula siapa?"Adrian dan yang lain tersenyum sinis.
"Oh kau budak baru rupanya.Kalau kau nak tahu,ni lapak kita orang.Jadi kau boleh bangun berambus"kata Danish sinis .
"Tapikan saya sampai dulu.Lagipun takde pun kat meja ni tulis nama awak semua.Jadi tempat ni bebas sesiapa je nak guna."balas Kayla selamba.
The Star Boys sudah mula geram dengan perempuan di hadapannya ini.Belum pernah lagi sesiapa yang berani melawan arahan mereka.Kayla merupakan orang yang pertama.
"Memanglah takde nama tapi tak de sapa lagi berani ambil hak kita orang kecuali orang tu nak mampus"kata Mikael sinis.
"Tapi kan memang saya sampai dulu.Awak semua lambat nasiblah sapa suruh lambat."
The Star Boys sudah mula berang dengan gadis di hadapan mereka ini.
Danish hendak bertindak menengking gadis itu namun pantas ditenangkan Adrian.
"Dahlah korang.Biarkan jelah budak ni.Dah jom kita makan dekat bilik kita."ujar Adrian malas.
"Tapi bro—"kata Adam pula.
"Dah biar lah perempuan ni.Tapi kau ingat eh perempuan hari ini aku biarkan kau sebab kau baru tapi esok esok kau tak boleh makan dekat sini lagi faham?"
Adrian menjeling tajam Kayla dan berlalu pergi meninggalkan Kayla .Ahli geng nya yang lain turut mengikuti langkah Adrian.