2

42 5 15
                                    

"Kayla!Kenapa kau masuk lambat ?Nasiblah cikgu tak masuk lagi"soal Syira yang muncul di hadapan Kayla bersama Aira.

"Oh sebenarnya time aku tengah makan,ada sekumpulan budak lelaki ni datang dekat meja aku."

Mereka berdua membulatkan mata.

"Kau duduk makan dekat tempat yang jauh sikit dari kantin ke?"Kayla mengangguk dan membuatkan mereka berdua tersentak hebat.

"Weh itulah tempat The Star Boys yang kita orang cerita tadi"ujar Syira.

"Huh seriusly?Patutlah dia orang datang marah marah aku"

"Kau kata apa dekat dia orang"tanya Aira.

"Aku katalah yang tempat ni takdepun nama dia orang,jadi orang ramai boleh duduk di situ tanpa keizinan mereka.Lagipun ni kan pihak sekolah punya."cerita Kayla tenang.

"Habislah kau Kayla!Kau dah cari masalah dengan dia orang.Kau hati hati erk lepasni"ujar Aira lagi.

"Sebenarnya parents Adrian tu pengaruh besar dekat sekolah ni.Tu yang sekolah susah nak ambil tindakan.Budak budak sini pun takut nak tegur dia."ujar Syira pula.

"Oh.By the way,tempat kosong sebelah saya ni siapa eh?"

"Ni tempat Adrian.Dia ketua group The Star Boys.Uuu habislah kau."usik Syira.

"Yang sebelah kau ni tempat Damia and Irene".ujar Aira.

Kayla mengeluh.Nampaknya dia terpaksa duduk dengan Adrian aka leader The Star Boys.Dia dan Adrian duduk di meja yang hampir belakang tapi bukan belakang sekali.Nasiblah meja Aira dan Syira di hadapan meja dia dan Adrian sahaja.Dua meja kosong di sebelah kanan Kayla ialah tempat Damia dan Irene merangkap classmatenya.Dua meja belah kiri Adrian pula Haziq dan Danish.Mikael dan Adam pula kelas Kimia.

By the way,meja kelas mereka disusun dua - dua ye!

*********
"Oi!Kau pahal sesedap rasa je duduk tempat aku"ujar Adrian pada Syira.

"Erk maaf."Syira segera bangun dan duduk di meja asalnya.Depan meja Adrian je pun!

"Kau pula?Bila nak bangun"perli Adrian.

"Erk ni sebenarnya tempat duduk saya."balas Kayla gugup.

"Kau tahu kan yang aku tak suka orang kacau hak aku."Adrian mendekatkan wajahnya lalu berbisik pada Kayla.

"Tapi,cikgu yang suruh saya duduk sini memandangkan sini je yang kosong"

Adrian merengus kasar dan menjeling tajam Kayla.Kayla pula diam dan menundukkan wajahnya.

***********
"Ok semua boleh kemas barang dan balik ."kata Cikgu Aini dan berlalu keluar dari kelas tersebut.

Kelas 5 Saintifik apa lagi?Berebut rebutlah nak keluar dulu.Nak balik awal katakan.

Adrian and the gang sudah keluar terlebih awal.Macam tak tahu pula.Apa lagi kalau bukan ponteng!Mereka akan ponteng subjek Kimia kerana itu subjek yang paling dibenci oleh mereka.

********
"Weh Kayla,kita orang balik dulu ye"ujar Aira.

"Aik korang balik berdua?"

"Sebenarnya Syira ni jiran aku.Parent dia pun kawan parents aku.So aku pergi dan balik sekolah dengan Syira je senang.Parents dia pun tak kesah sebab kita orang dah kawan since form 1 lagi."

"Oh yeke.Kalau macamtu baliklah dulu.Aku kena tunggu Pak Samad ni."

"Oh ok bye Kayla!Hati hati"ujar mereka berdua pada Kayla.Kayla pula tersenyum ke arah mereka sambil melambaikan tangan.

'Huh.Mana Pak Samad ni!"rengus Kayla.Pelajar makin lama makin berkurang kerana sudah beransur pulang.

"Assalamualaikum Kayla!Pak Samad minta maaf ye lambat sebab kereta buat hal.Ni baru sampai bengkel.Kayla tunggu di sekolah ye"

Kayla mengeluh lagi.Sekarang dah nak pukul 1 and Pak Samad baru sampai bengkel.Pukul berapa aku nak balik sampai rumah?

"Waalaikumusalam.Err takpelah Pak Samad.Saya balik dengan grab atau taxi je."

"Oh oklah kalau macamtu bagus juga takdelah kamu panas panas tunggu di sekolah.Pak Samad minta maaf ye"

"Oh takpe.Terima kasih sebab maklumkan."

"Ok.Sama sama"

Kayla mengeluh lagi.Nampaknya dia kena call grablah.

"Eh mana botol air aku?"Kayla mencari cari botol airnya di dalam beg namun tiada.

"Aduh.Ni mesti tertinggal kat bawah meja dalam kelas."Kayla mengetuk ngetuk kepalanya perlahan.

Nak tak nak dia kenalah masuk dalam kawasan sekolah semula untuk mengambil botol air nya yang berada di dalam kelas.

******
"Aik,apasal pintu kelas berkunci?Ada orang kat dalam ke?"monolognya.

"Eh Adrian!Kau tengok sapa yang datang sini"ujar Danish pada Adrian sinis.

"Err boleh saya masuk?Saya nak ambil botol air saya yang tertinggal bawah meja"soal Kayla menunduk.

"Yang ini ke?"tanya Mikael sambil menunjukkan botol air tersebut pada Kayla.Kayla mengangguk.

"Kalau kau nak ambil kat sini"Mikael mengangkat tangannya tinggi membuatkan Kayla tidak dapat mengambil.

"Hahaha pendek!Nah ambil kat Adrian pula"ejek Mikael lalu membalingkan botol tersebut pada Adrian.Adrian pantas menangkap.

Adrian membuat benda yang sama dengan apa yang Mikael buat tadi.Dia mengangkat tinggi tangannya .

"Awak bagila cepat!Saya nak kena balik ni.Kejap lagi grab nak datang dah!"ujar Kayla dengan geram.

Namun itu membuatkan The Star Boys makin galak mengusik Kayla.

"Oh nak balik dah ye.Awal lagi baru pukul 2.15"

'Pala otak dia awal!Nanti kalau Mama dengan Papa balik lunch tengok aku tak balik lagi mesti kena bebel'rungut Kayla dalam hati.

Kringggg Kringggg

Telefon Kayla berbunyi......

"Hello.Saya dah sampai mana awak"soal pemandu Grab tersebut.

"Err saya masuk balik dalam kawasan sekolah sebab nak ambil botol air.Tunggu kejap ye"Kayla menyudahi perbualan itu.

"Adrian bagilah cepat!Saya nak balik dah ni"bentak Kayla.The Star Boys tergamam.Pertama kali dalam sejarah The Star Boys dibentak.Oleh Seorang Perempuan!

"Wow!Kau dah pandai naik suara dekat kita orang ye." Ujar Adam.

"Mestilah.Awak semua ni hanya manusia biasa sama je macam saya.Apa nak takut"selamba jawab Kayla sambil berpeluk tubuhnya.Sekali lagi The Star Boys tergamam.Tadi dibentak ni dilawan pula.

"Kau ni ka—"terhenti kata Adrian tatkala mendengar bunyi notifikasi telefon Kayla.Kayla pantas mengecek telefon pintarnya.

"Cepatlah sikit cik.Saya ada customer lain lagi nak kena ambil.Saya tunggu lagi 2 minit kalau cik tak datang saya pergi."

Kayla mengeluh kasar selepas membaca mesej tersebut.

"Adrian please bagi balik botol tu.Cepatlah saya nak balik dah ni!"

Kini hanya Adrian yang mengusik Kayla.Danish,Adam,Mikael dan Haziq pula bermain game tanpa menghiraukan Adrian dan Kayla.

Adrian berjalan mendekati Kayla.Kayla pula kebelakang kebelakang dan...

PUK

Dinding.......

"Kau dah buat masalah dengan aku lepastu kau nak blah pula?"bisiknya .

Jantung Kayla dah macam nak tercabut dah.Perasaan terkejut dan takut bercampur.

"Ish!Blahlah!"Dengan tenaga yang ada ,Kayla menolak tubuh Adrian membuatkan dia tertolak ketepu sedikit.

Kayla terus keluar dari kelas tersebut tanpa mengambil botol airnya yang berada di tangan Adrian.

His Precious WifeWhere stories live. Discover now