8

39 4 9
                                    

Hari ini merupakan hari yang mendebarkan buat Kayla dan Adrian.Hari pernikahan mereka.

"Mama,Kayla nervous lah."

"Takpe sayang.Mula mula memang macamtu.Kayla senyum je ok?"Kayla tersenyum memandang mamanya.

"Kayla!Omg lawanya kau hari ni!"ujar Aira.

"Iye do.Lawa gila !Serius!"ujar Syira pula.Kayla tersenyum memandang mereka berdua.

"Terima kasih korang!"Kayla memeluk kedua dua sahabat baiknya itu.

"Untunglah Adrian dapat isteri cantik macam kau."

"Ada ada jelah kau ni Syira."

"Nanti cepat cepat bagi kami anak buah.Mesti comel !"ujar Aira pula.

"Kayla,mari turun.Pengantin lelaki dah sampai."ujar Puan Syarifah.

"Jom turun.Huhu tak sabar nak tengok bestfriend aku ni kahwin."ujar Aira dengan keriangan.

Lalu mereka turun ke bawah untuk majlis pernikahan tersebut.Majlis itu diadakan sederhana sahaja.Hanya keluarga terdekat kedua belah pihak dan rakan rakan yang mereka rapat sahaja.

********
Suasana di majlis tersebut sudah pasti ceria.Danish,Haziq,Adam,Mikael juga turut hadir.

"Kamu dah sedia ke?"soal Tok kadi.Adrian mengangguk dengan sedikit gugup.

"Kita mulakan ye"Adrian mengangguk lagi.

"Bismillahirahmanirahim"

"Tengku Adrian Shah bin Tengku Rizal"

"Saya"

"Aku nikahkan dikau dengan Kayla Sofea binti Dato'Iskandar dengan mas kahwinnya RM 3000 ringgit tunai."

"Saya terima nikahnya Kayla Sofea binti Dato'Iskandar dengan mas kahwinnya RM 3000 ringgit tunai..."

Setelah selesai sahaja Adrian melafazkan akad,air mata Kayla menitis ke pipinya.Terharu.....

Tok Kadi menadah tangan untuk membacakan doa.Setelah selesai ,kini upacara pembatalan air sembahyang pula.

"Adrian,sarungkan cincin ni pada jari manis Kayla."bisik Puan Syarifah.

Adrian menyarungkan cincin yang mewah itu pada jari manis Kayla.

"Kayla,kamu pula sarungkan cincin ni pada jari Adrian"Puan Marissa menghulurkan cincin tersebut pada Kayla.Kayla menurut.

"Sekarang Adrian,kamu cium dahi isteri kamu."Terkelu Adrian dibuatnya.Kiss dahi perempuan??

Dengan tidak begitu rela,akhirnya Adrian mencium dahi Kayla.Maka berakhirlah sudah upacara pernikahan Kayla dan Adrian.Kini sesi bergambar dan makan makan pula.

"Kau nak makan kau pergila.Aku nak lepak dengan geng geng aku."Kayla mengangguk.

"Tahniah bro"ujar Haziq sambil menepuk bahu Adrian.

"Tahniah Adrian.Jadi suami yang baik ye."ujar Mikael pula.Adrian hanya mengangguk.

"Tak sangka ketua The Star Boys dah kahwin"Danish memandang sayu Adrian.Lepasni Adrian dah ada tanggungjawab yang lagi besar.

"Itulah.Kau bila pula?"sakat Adam pada Danish.

Danish menumbuk bahu Adam.

"Aku tak nak kahwin lagi.Tak enjoy"

"Haah betul tu"sokong Haziq.

"Lepasni kau kena ubah perangai kau.Dah tak boleh jadi badboy sangat dah"

His Precious WifeWhere stories live. Discover now