Pagi ini Kayla bangun awal sedikit tidak seperti biasanya.Dia bangun seawal 6 pagi untuk solat subuh dan membuat sarapan.
"Adrian."kejut Kayla sedikit berbisik.
"Erm"balas Adrian dengan mata yang masih lagi tertutup.
"Bangun.Solat subuh."Adrian terus mencelikkan mata.
"Kau pergilah ambil wuduk dulu lepastu kita solat subuh sama sama"Tersenyum Kayla mendengarkan perkara itu.
"Awak bersiap lah dulu.Saya nak buat sarapan."Adrian sekadar mengangguk.
Setelah selesai solat,Kayla turun kebawah untuk membuat sarapan.
Nasi goreng yang dibuat Kayla akhirnya siap.
"Adrian.Turun makan."jerit Kayla.
Adrian yang mendengar jeritan tersebut turun ke bawah bersama seragam sekolah yang dipakainya dan juga beg sekolahnya.
"Awak makanlah dulu.Saya nak mandi pula."Adrian mengangguk dan duduk untuk bersarapan.
**********
Kayla turun dengan seragam sekolah yang sudah dipakainya."Awak dah makan ke?"Kayla duduk di meja makan tersebut sambil mencedokkan nasi goreng ke dalam pinggannya.
"Dah.Kau makan lah pula"
"Ok"Kayla bersarapan dengan tenang.
Selepas selesai bersarapan,mereka berangkat ke sekolah menaiki kereta bersama.
*******
"Kenapa awak hantar ikut pintu belakang?"Adrian memandang Kayla."Kau nak orang tahu kita datang sama sama ke?"
Kayla menggeleng.
"Dah jom turun"
Kayla duduk di meja nya manakala Adrian di sebelah pula meletak kan kepala di atas meja.Kelas sunyi kerana tiada orang selain Adrian dan Kayla.Ada yang dah datang tapi melencong tempat lain.
"Adrian,Kayla bosan lah."
Adrian mengangkat wajahnya yang tadi di atas meja dan bangun menarik tangan Kayla.
"Eh nak pergi mana?"
"Kata bosan"
"Yelah,nak pergi mana?"
"Ikut je."Adrian menarik tangan Kayla mengikutinya.Sekolah masih sepi sebab baru pukul 7.00.Masuk sekolah pukul 8.
"Nak buat apa dalam ni?"soal Kayla setelah mereka sampai di bilik Adrian.
"Masuklah."Kayla mengikuti langkah Adrian.
"Bukalah tv.Sementara tunggu pukul 8.00.Aku nak tidur.Nanti kejut tau."Kayla sekadar mengangguk.
Jam sudah menunjukkan 7.40.
"Adrian bangunlah."
Adrian membuka matanya dan terlihat wajah cantik Kayla di hadapannya.Dia menarik Kayla dan memeluk gadis itu.Terkelu Kayla dibuatnya.
"Awak dah pukul 7.43 ni.Bangunlah"
"Yer.Kejap"Adrian mengusap usap kepala Kayla yang masih berpelukan.Setelah 3 minit macam tu,Adrian melepaskan pelukan.
"Dah jom."Adrian bangun sambil menarik tangan Kayla.
"Eh awak.Sekarang dah cerah mesti dah ramai orang.Nanti dia orang nampak"Terhenti pergerakan Adrian.
"Takpe bilik ni jauh dari orang .Nanti dah sampai kawasan yang ramai orang aku lepaskan kau."
"Sekarang aku nak pergi tandas jap"