4

37 4 9
                                    

"Ha Adrian!Lambat balik.Kamu pergi mana?"soal Puan Syarifah.

"Alah mama dengan papa macam tak tahu pula kan lepas habis sekolah Adrian selalu lepak dengan geng Adrian."

"Memanglah tapi tak pernah kamu balik sampai nak masuk isya dah ni.Paling lewat pun pukul 5/6 petang."balas Tengku Rizal dingin.

"Adrian pergi makan lepastu hantar kawan balik rumah dia sebab dia tertinggal grab.Kereta driver dia pula rosak."jawab Adrian tenang.

"Eh bukan semua geng kamu ada kereta masing masing ke?Kamu tumpangkan siapa?"tanya Puan Syarifah.

"Dia budak baru.Baru masuk harini.Dia perempuan sebab tu Adrian tolong hantarkan .Bahaya lah perempuan sorang sorang kat sekolah."

"Perempuan?Huh baguslah.Mama setuju dengan tindakan kamu."Puan Syarifah mengusap usap bahu Adrian.

"Lepastu kamu dah solat maghrib ke belum"soal Tengku Rizal pula.

"Dah.Lambat sebab tumpang solat sana.Mama dia ajak.Parents dia orang baik dan ramah je.Dia orang ajak Papa dengan Mama datang sana nanti."

"Ha boleh.Mama nak jumpa dengan perempuan tu."ujar Puan Syarifah dengan nada sedikit gembira.

"Kamu pergilah naik mandi lepastu solat isya then kita dinner sama sama."kata Tengku Rizal.

"Takpelah ma,pa.Adrian dah makan dekat rumah Kayla tadi.Tupun parents dia yang ajak sebagai tanda terima kasih."

"Oh nama perempuan tu Kayla lah ye.Mama tak sabar nak jumpa dia."Adrian mengangguk dan berlalu naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya.

******
Adrian memusing musingkan badannya.Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan.Tanda dia tidak boleh tidur.

'Kenapa aku asyik terfikirkan dia je'

'Aku dah jatuh cinta dengan dia ke'

Soalan yang berlegar legar di kepalanya.Tidak mahu menambahkan pening memikirkannya,akhiranya dia memejamkan matanya dan tertidur.

********
"Hai korang!"sapa Kayla ceria.

"Hai Kayla!"balas Syira dan Aira.

"Ehem"deheman tersebut membuatkan mereka bertiga tersentak .Syira dan Aira bertindak memandang ke depan.Seram dengan muka Adrian!

"Ha kau duduklah."ujar Adrian dingin pada Kayla yang berdiri di hadapan mejanya dengan beg sekolah yang masih digalas olehnya.

Kayla tersengih lalu duduk di meja nya yaitu di sebelah Adrian.

"Ni botol air kau.Semalam aku lupa nak bagi."Adrian menghulurkan botol air tersebut pada Kayla semula.

"Wah!Saya lupa pasal botol air saya semalam .Siap isi lagi.Terima kasih Adrian!"Kayla tersenyum manis namun Adrian tidak beriaksi apa apa.

"Ha Adrian.Lupa nak bagitahu,esok parents saya ajak parents awak datang rumah saja berkenalan."

"Hm.Mama aku pun nak jumpa kau."

"Oh ok.Jangan lupa bagitahu ."

"Iyelah."

Syira dan Aira yang berada di hadapan mereka tergamam.Apa jadi dekat dia orang berdua semalam?Datang rumah?Apa ni?

Adrian bangun dan melangkah keluar dari kelas itu.Syira dan Aira pula pusing badan mereka dan memandang Kayla dengan penuh persoalan.

"Weh,apa jadi semalam?"soal Aira.

"Ye do.Kenapa sampai ajak ajak datang rumah ni?Ada apa ?"soal Syira pula.

His Precious WifeWhere stories live. Discover now