Dikantin sekolah—
"Woah! masa untuk makan!" laung Hoseok tersengih-sengih lalu duduk di meja makan khas bersama geng-gengnya.
"Boleh tak kau duduk diam sikit bising betul" marah Yoongi yang duduk kakinya di letakkan di atas meja makan.
Semua pelajar melihat ke arah ke BTS dengan muka tidak berpuas hati.
"Weh! yang korang semua pandang sini kenapa? Tak pernah tengok orang makan ke apa?! " Sergah Rapmon dengan kasar.
Semua pelajar di kantin terkejut beruk , kantin menjadi sepi seketika , hanya bunyi sudu dan garfu sahaja yang kedengaran.
"Bagus hyung , muka sorang-sorang macam minta penampar!" Jimin bersuara.
"Ish, tepilah sikit tangan tu, sibuk je! " marah Jungkook yang sedang bermain piano tiles di dalam telefonnya.
"Ni tempat makanlah Jeon Jungkook! Bukan tempat main game!" marah Taehyung apabila Jungkook bersuara lantang kepadanya.
Serentak itu kedua mereka di pukul oleh Jin.
"Ahh , appo..hyung! Asal pukul kitaorang" marah Taehyung dan Jungkook apabila kepalanya disekeh oleh Jin.
"Diam boleh? Macam anjing ngan kucing je korang berdua ni" marah Jin , sambil memandang mereka berdua dengan tajam.
"Kau anjing Tae , aku kucing!" Jungkook mula memulakan pergaduhan.
"Aku lah kucing kau tu yang sesuai jadi anjing!"Taehyung pulak berkata sambil menolak Jungkook.
Semua melihat mereka dengan seram, BTS hanya bergurau tetapi di mata pelajar lain itu bukan gurauan sampai bertumbuk-tumbuk , itu macam real !!
Diorang ni lah BTS, bapak segala Kingka , jangan cari gaduh dengan mereka. Kepala dalam mangkuk tandaslah yang sekarang menjadi trend diaorang.
"Bisinglah diorang tu, kantin ni macam pasar jual ikan dah kalau mereka ada" keluh Suho kepada membernya.
Meja mereka makan hanya berhadapan dengan meja BTS.
"Kalau nak terpekit- terlolong tu dalam hutan lah" kata Kai.
Chanyeol ketawa," Macam monyet!" Ketawa Chanyeol seraya mengejek.
BANG!
Semua yang berada di kantin diam dan terkejut buat kali kedua.
Nampaknya peperangan akan dimulai sekejap lagi.
"Aku dengar lah apa kau cakap!" Marah Namjoon lalu berdiri di hadapan meja EXO.
"Apa kau dengar?" Soal Baekhyun.
"Korang kutuk BTS apa? Macam monyet , tak salah dengar rasanya" Taehyung berkata sambil mengorek telinganya
"Memang dia cakap monyet, wae terasa?" Balas Baekhyun.
Taehyung mengetap gigi geram.
Taehyung dan Baekhyun memang musuh sejak azali.
"Kau ni kan memang nak kena! " Marah Taehyung sambil membulatkan tanganya. Bila-bila masa sahaja tumbukan itu boleh melayang di wajah kacak Baekhyun.
BANG!
Buat kali ketiga, seluruh pelajar di dalam kantin itu terkejut.
Buku dihempas atas meja.
BTS menoleh ke arah Kyungsoo.
"Boleh diam tak? Ni tempat orang makan, bukannya tempat nak cari gaduh! " lantang suara Kyungsoo di segenap kantin.
Memang pantang ade orang yang mengganggunya membaca buku.
"Ntah..." Sehun berkata sepatah.
"Korang yang cari gaduh dulukan and ni tempat orng makan, bukannya tempat baca buku" Jin membalas.
Kyungsoo bangun lalu berhadapan dengan Jin , tapi... Kyungsoo terpaksa berjongket sedikit kerana paras ketinggian yang membezakan mereka.
"Ouh, di sebabkan bapak kau pengetua sekolah ni kau boleh buat sesuka hati , kau rasa kitaorang tak lawan? " balas Kai lalu menolak tubuh Namjoon.
Rapmon memegang kolar baju Kai
"Kau jangan nak libatkan bapak aku dalam situasi ni " bentak Namjoon agresif.Semua pelajar menelan liur
Kring, kring...
Bunyi loceng menandakan waktu rehat telah habis , semua pelajar mengeluh kerana tidak sempat menghabiskan makanan mereka kerana asyik melihat wayang percuma tadi.
Kai tersenyum puas.
Namjoon melepaskan kolar baju Kai
"siap kau" bisik Namjoon."Kitaorang tunggu" balas Suho selamba sambil melambaikan tangan , mengalu-alukan pemergian BTS.
Lalu mereka semua beredar ke kelas masing-masing.
****
First published—2015
Edit—2020Itsmaniesa.
YOU ARE READING
kingka ∽ BTS ✔
Fanfiction■ complete ■ BTS kingka of school - 2015 first published. Kingka - 2020 latest published with major editing. Ia bermula dengan satu kes pembulian , ikuti kisah remaja sekolah yang terlibat di dalam kes buli sehingga meragut nyawa. Cover by ∽ @coco...