✦*͙*❥⃝∗⁎. ʚ 𝘐𝘧 𝘺𝘰𝘶 𝘢𝘥𝘰𝘳𝘦 𝘩𝘦𝘳, 𝐃ì𝐨𝐫 𝘩𝘦𝘳 ɞ .⁎∗❥⃝**͙✦
Lelaki berpakaian suit hitam berdiri lama. Badan tegap membawa aura mengancam. Rupawan segak lambang angkuh. Mata tajam menusuk dalam. Jiwa seram mengisi ruang.
Peluru yang tersusun rapi di atas meja ditenung lama. Peluru bukan sebarang peluru. Itulah umpan nyawa-nyawa yang mati di tangannya. Peluru bukan sebarang peluru. Itulah rahsia senjata kekejamannya.
Samurai berkilat di hujung turut ada. Samurai bukan sebarang samurai. Itulah kunci hayat manusia mati kerana tikamannya.
Peluru berwarna silver diambil. Dijilat pula ia.
"Karl, esok hostage tu sampai."
Kacau. Ganggu.
Fokusnya hilang.
"Apa lagi orang tua tu nak aku buat?"
Dia meletakkan logam silver di tempat asal seraya satu pesanan orang-orangnya terjah di pintu.
Lama dia menunggu jawapan. Pada akhirnya dia menggerakkan sedikit kepala petanda dia mahu orangnya balas soalan.
"Tembak kepala dia."
Mata mendarat tepat di Glock 17. Berkilat. Bersinar. Berkilau. Berapa banyak nyawa terbengkalai angkaranya.
Dia membawa diri langkah demi langkah menuju ke kerusi empuk. Punggung dilabuhkan. Kaki bersilang. Arahnya tepat menuju figura yang tercegat.
"Kau tahu aku tak buat semua tu dah kan?"
Lelaki yang berdiri di pintu mula melangkah setapak dua ke arahnya. Satu ekspresi yang naif mengharapkan ada pandangan positif daripada si dia yang duduk di sana. Kening berkerut seolah-olah sedang merayu bicaranya.
"RM20 juta kali ni, Karl. Kau takkan tak nak?"
Renungan tajam menghantar seribu satu persoalan. Jika dia bukan kawan, lama riwayat hidupnya terhenti di situ. Barangkali nafas tercungap-cungap meminta tolong di depannya.
"Apa yang dia nak daripada aku, Jo?"
"Karl..." Meleret panggilan nama yang sememangnya sudah masak dengan perangai keras kepala. Bukan apa, Karl adalah orang terpaling mahir. Pengalaman mengajarnya beribu pengajaran.
"Dia merayu, Karl. Dia betul-betul merayu."
Karl tersenyum sinis. Pantang dia mendengar jika mana-mana pihak melakukan tindakan bodoh sampai merayu. Salah satu faktor dimana dia tahu jika dia tidak menerima tugasan yang diberikan, buruk padahnya.
"Pukul berapa?"
"Malam. Pukul 9."
Karl berpeluk tubuh. Dia malas berdalih. Dia malas bertatih.
Tugasan yang tidak ada kesudahan. Berat bagi mereka, ringan baginya. Dia tahu, sebarang bantahan adalah satu tindakan yang tidak wajar. Prinsip perlu ada. Matlamat mesti ada.
"You've done the best, Karl. That's the reason."
Karl.
Seruan nama yang gerun didengar. Selok belok kerja dusta dia kerjakan. Kekejaman yang tiada kesudahan.
Mati di tangannya. Mati semuanya.
Dia, syaitan durjana.
© missnyyna
YOU ARE READING
𝐃ì𝐎𝐑 𝐇𝐄𝐑
Romance𝐒𝐡𝐚𝐰𝐭𝐲 𝐥𝐢𝐜𝐤 𝐦𝐞 𝐜𝐥𝐞𝐚𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐡𝐞 𝐬𝐮𝐜𝐤𝐬 𝐦𝐞 𝐨𝐟𝐟. Dia memagut tali gaun yang kupakai sehingga jatuh ke bahu. Meleraikan atas badanku sebagai pemandangan indah di matanya. Kedua-dua tangan mengunci kemas tanganku di kat...