✦*͙*❥⃝∗⁎. ʚ 𝘐𝘧 𝘺𝘰𝘶 𝘢𝘥𝘰𝘳𝘦 𝘩𝘦𝘳, 𝐃ì𝐨𝐫 𝘩𝘦𝘳 ɞ .⁎∗❥⃝**͙✦
"Jadi, awak sepupu jauh Karl?"
Aku mulakan soalan.
Sedar tak sedar, berjam-jam aku luangkan masa dengan Lydia. Lydia, personaliti mesra dan ceria. Ramahnya dia tatkala berbicara membuatkan aku hanya diam membisu. Telinga tertadah untuk mendengar segala topik yang diceritakan. Jujur, aku suka. Tidaklah terasa sunyi seorang diri bertemankan kawan sejati.
"Exactly! Pandai pun you. I like." Kuku tangannya digores-gores bagi berkilat.
Lydia, tak banyak tumpu dengan soalan yang aku tanya. Setiap soalan yang aku utarakan mengenai Karl, dia menyuruhku agar tanya semula kepada Karl. Katanya, Karl mempunyai jawapan yang lebih jelas dan tepat.
Aku pasrah. Lagipula, ada betulnya.
"Rumah ni..."
"Rumah Karl. Well, he owns this house."
Besar megah rumah dia. Takkanlah?
"Living alone, more to privacy."
Aku mengangguk lemah.
Aku kira aku tak perlu terburu-buru untuk tahu semua jawapan dalam masa yang singkat kerana lambat laun semuanya akan lebih jelas terjawab. Masa yang akan menentukan segala-galanya, bukan?
Lydia merenungku. "So, you lah yang Karl selamatkan haritu kan?"
Aku mengangguk janggal. Itu menjadi satu persoalan yang musykil.
"You are being injected right?"
Aku mengangguk lagi. Macam mana aku boleh terlupa yang Karl cucuk di bahu?
"That's adrenaline inject. Avoid from any allergies. Good for your body."
Bingung aku dibuatnya. Kenapa sampai nak kena cucuk? "Untuk apa ya?"
Dia memandangku sejenak. "Protect you from, being...drugged."
Terkedu.
"But don't worry. Just to make sure you are being safe, Karl did his work."
Yang paling menggerunkan aku untuk mendengar adalah, dadah. Barangkali, ianya angkara syaitan bertopengkan manusia. Nama satu itulah yang berlegar di fikiranku. Aku yakin orangnya adalah Rafael. Aku tak tahu tekaanku tepat atau meleset tapi naluriku kuat mengatakan dia orangnya.
Dari lubuk hati aku, aku lebih rela berada di sini berbanding penjara neraka di bawah Rafael.
Rafael, nama syaitan bertopengkan manusia. Lelaki botak tua yang penuh dengan agenda gila. Segala amanat darinya mengundang kekejaman brutal. Yang aku tahu, Rafael, segala bapa kepada kerja eksploit manusia binasa besar-besaran. Aku, bukanlah mangsa pertama atau terakhir dia, tapi aku, adalah salah satu mangsanya. Berapa banyak yang mati kerana kejahilannya.
Dan rata-rata mereka adalah gadis sebaya aku.
Lambat laun aku juga mangsa seterusnya, bukan?
How about he cares for you so much that he asked me to take care of you since he left?
Sebenarnya dari tadi bait kata Lydia terngiang-ngiang di telinga. Masih segar dalam ingatan. Aku mengeluh panjang. Kadang ragu, kadang tidak. Patutkah semudah itu aku percaya?
Yang paling utama soalan aku ialah, kenapa?
Jika difikirkan balik, apa benar Karl memang nak aku terjaga?
Aku masih boleh bernafas sehingga kini. Aku masih diberi tempat tidur yang terlalu selesa. Aku masih diberi seorang kawan menemaniku. Aku masih diberi makan makanan yang dimasak Lydia. Aku masih diberi pakaian untuk aku pakai. Aku masih diberi kebebasan tanpa dilarang sesiapapun.
Jika Karl berniat jahat, pasti aku terlebih dahulu tak termampu untuk menikmati semua ni.
Mungkin betul apa yang dibicarakan Lydia yang Karl, memang baik?
Terlalu banyak soalan.
Aku sendiri tak terucap dimana aku perlu lontarkan terlebih dahulu.
Buat masa sekarang ini, aku tak nak berfikir jauh. Lambat laun kepercayaan aku musnah. Yang baik, aku tak percaya. Yang buruk, aku percaya. Untuk mengelakkan dari segala kebarangkalian yang berlaku, aku memilih untuk bersabar. Aku pasti, semuanya akan terjawab bila-bila masa yang sesuai.
Sebelum itu, aku ingin simpulkan yang Karl mungkin dan memang mempunyai niat baik. Cuma, kadang-kadang masih ada keraguan yang berbaki di dalam hati. Entah keraguan yang baik atau buruk. Walau bagaimanapun, aku tidak boleh menghukum atau menghakim terlalu cepat.
Dan yang paling penting aku selamat.
"I laparlah. You nak makan lagi tak? I masakkan lagi."
Lamunan terhenti. Aku terpandangkan Lydia yang tersenyum riang. Semangatnya berkobar-kobar membuatkan aku turut bersemangat. Agak lucu kerana aku dengan dia baharu sahaja makan.
"Nak masak apa?"
Ekspresi Lydia kini meneka-neka. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan sambil-sambil jemarinya mengusik dagu. Dia berpaling di belakang pula terpandangkan dapur di sana.
"Spaghetti?"
Kedengaran menarik. Aku tersenyum. "Saya masak, nak?" Teringin juga aku mulakan bakat memasak aku. Dah berabad tapak kakiku tidak ke hulu ke hilir, tercari-cari bahan masakan. Spaghetti? Hujung jari.
"You seriously?"
Aku mengangguk tersenyum. Belum dia lagi yang masak, barangkali Lydia, takkan henti makan.
"Tapi boleh ke saya guna barang dapur?" Aku bukanlah siapa-siapa untuk tiba-tiba guna barang bukan kepunyaan aku. Lebih baiklah jika diberi keizinan.
"Of course! Ni rumah Karl kot."
Aku bingung. Apa kena mengena rumah Karl dengan aku guna barang dapur? Belum sempat untuk aku berteka-teki, lantas dia menarik tanganku menuju ke dapur.
© missnyyna
YOU ARE READING
𝐃ì𝐎𝐑 𝐇𝐄𝐑
Romance𝐒𝐡𝐚𝐰𝐭𝐲 𝐥𝐢𝐜𝐤 𝐦𝐞 𝐜𝐥𝐞𝐚𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐡𝐞 𝐬𝐮𝐜𝐤𝐬 𝐦𝐞 𝐨𝐟𝐟. Dia memagut tali gaun yang kupakai sehingga jatuh ke bahu. Meleraikan atas badanku sebagai pemandangan indah di matanya. Kedua-dua tangan mengunci kemas tanganku di kat...