|| 0 1 ||

201 6 0
                                    


✦*͙*❥⃝∗⁎. ʚ 𝘐𝘧 𝘺𝘰𝘶 𝘢𝘥𝘰𝘳𝘦 𝘩𝘦𝘳, 𝐃ì𝐨𝐫 𝘩𝘦𝘳 ɞ .⁎∗❥⃝**͙✦


Lemah.

Lelah.

Tiada daya untuk aku bangkit. Tiada usaha untuk aku bangun.

Gelap gempita kaburi mata. Hitam suasana kaburi jiwa.

Nafas sesak melayang ke udara. Kain hitam yang tersarung menyukarkan iris mata hitamku untuk melihat sini sana. Kedua tangan terkunci ketat dengan logam besi. Kedua kaki terkunci rapat dengan logam besi. Tersemat kemas bersandarkan kerusi kayu tempatku duduk.

Entah apa tempatnya setelah aku dicampak di sini.

Aku teka dunia sudah tertunggu-tunggu menghantarku pergi ternyata tekaanku menjemputku kembali. Lagipula, aku dibawa ke satu sudut mati.

Sunyi bertemankan ruang. Sepi bertemankan gelap.

Air mata tumpah tak kenal kira. Aku terlalu penat untuk terima sejarah hidup yang tak tentu hala. Pada akhirnya, aku mula sedar selain tewas, tidak ada lagi pilihan lain. Selama aku memperjuangkan sisa tenaga, semuanya sia-sia.

Pintu besi bergeser memeranjatkan aku. Terkuak besar memuntahkan bunyi derapan kasut, satu persatu mendekati. Aku menahan diam. Mulut yang tersumbat kain digigit-gigit. Tak terdaya untuk aku merintih.

Kain tersarung kepalaku diangkat kasar.

Terpampang sosok figura lelaki tegap, segak berbaju hitam membawa aura gerun memandangku. Satu cahaya lampu yang memancar hanya di atas kepalaku menggagalkanku untuk meneliti siapa dia. Samar-samar rupawan mengancam mengamatiku.

Penuh gaya bilamana dia mula menarik kerusi yang ada di situ. Terseret laju agar duduk berhadapan denganku. Tersandar kini sambil menyilang kaki.

Rupawan tampan merenungku tanpa jemu. Panahan tajam mata bertaut. Aura mengancam.

Kaku.

Dia mengeluarkan pistol dengan selambanya dari poket belakang. Yang pasti, tattoo rama-rama di bahagian tangannya sempatku jeling sekilas.

Lantas mendekatkan kerusi yang didudukinya di depanku mematikan jarak yang ada antara aku dengan dia. Berair mata di pipi petanda ketakutan yang aku alami lebih dari itu. Jadi, kebebasanku kian bermula tapi bukan di alam dunia, barangkali di alam lain?

Aku menggeleng perlahan.

"Shh shh"

Kini, pistol yang dipegang diacu tepat ke bibirku.

Lidahku kelu.

Merayap pula perlahan-lahan ke pipi.

Sedari tadi aku tersedar aku menahan nafas. Degupan laju jantungku tidak sehaluan dengan rentak.

Dia bermain-main lagi bilamana jemarinya menyelit helaian demi helaian rambutku di belakang telinga. Terencat dek akal logam bersilver hitam yang digenggam kemas masih terpacu tepat. Entah bila-bila masa sahaja das tembakan boleh dilepaskan.

Berair sekali lagi air mataku.

Pada akhirnya, aku pasrah. Detik kematian yang mulai terhitung.

Sesaat rupawan segak mula mendekati.

2 inci,

1 inci.

Entah apa yang tercari-cari dalam mataku yang jelas cubaan untuk aku membalas panahannya itu gagal. Lama. Tajam mata membawa seribu satu signal tersembunyi.

Dia menyimpan pula pistol di tempat asal.

Lantas tangannya mengeluarkan picagari daripada poket seluarnya. Cecair putih kira-kira 1ml ada di dalam suntikan yang dipegang. Dia menyelak bajuku mendedahkan bahu kananku.

Satu renjatan elektrik mengalir deras di dalam badan seraya dia menekan picagari tadi.

Kaburi hitam menghiasi ruang bilik. Gelap gempita meleraikan pandangan ceruk kamar. Pada akhirnya, aku merasakan tangan sasa mula menangkap belakang kepalaku agar rebah di dadanya. Pelukan dada tegap si dia mematikan tingkahku.

"Good."

Sempat aku menangkap bisikan dia di telingaku sebelum pandanganku gelap semuanya.


© missnyyna

𝐃ì𝐎𝐑 𝐇𝐄𝐑Where stories live. Discover now