|| 03 ||

188 4 0
                                    

✦*͙*❥⃝∗⁎. ʚ 𝘐𝘧 𝘺𝘰𝘶 𝘢𝘥𝘰𝘳𝘦 𝘩𝘦𝘳, 𝐃ì𝐨𝐫 𝘩𝘦𝘳 ɞ .⁎∗❥⃝**͙✦


Sedar dalam tak sedar, cahaya pagi menyinari di sebalik langsir bilik yang tinggi. Sejak dari tadi mata aku terasa ringan dan itulah penyebabnya aku tak tidur. Hanya terbaring di atas katil merenung kosong.

Adegan tadi, aku pilih untuk melupakannya.

Aku bangun. Ruang bilik berwarna kelabu menghiasi indah. Katil besar yang aku duduk kini, aku tenung lama. Perlahan-lahan aku mengamati sekeliling. Hujung sana terletak ruang yang pasti ia adalah ruang baju. Jauh dari sudut sana merupakan ruang kerja. Buku-buku tersusun rapi di celahan demi celahan dalam rak tinggi. Dia baca buku?

Tipikal bilik orang golongan kayangan. Yang menarik perhatian aku adalah terletaknya sebuah piano di tengah-tengah bilik.

Aku menyelak comforter lembut agar kakiku mencecah lantai.

Pagi siang menampakkan aku memakai gaun putih.

Siapa tukarkan baju aku?

Jadi selama ni aku memang pakai gaun putih tapi tak sedar?

Lama aku meneka yang tiada jawapan penyudahnya. Pada akhirnya, langkahku bersambung menuju ke piano berwarna hitam.

Dia pandai main piano?

Soal si dia, bilamana dia tersenyum sinis buat kali terakhir terhadap aku, itulah kali terakhir aku bersua muka dengannya. Seingat aku, dia tidak lagi menyergah masuk bilik.

Perlahan jemari aku menyentuh piano yang terbuka luas. Kekunci berwarna putih ada, hitam ada. Aku cuba menekan ia. Oktaf tinggi kedengaran samar. Aku tekan lagi ia, oktaf sederhana tinggi kedengaran samar. Tiba-tiba aku mengulum senyum. Seronok juga kalau main ni.

Tertanya aku rupawan si dia tatkala dia bermain piano.

Kakiku membawa pergi perlahan ke pintu bilik. Derapan langkah menuruni tangga satu persatu. Tercari-cari sosok figura yang sudah sebati dalam ingatan fikiran aku. Melilau mata ke kiri ke kanan. Terpampang kemegahan mewah rumah dihiasi barang-barang kaca. Serba-serbi dihiasi kaca. Lampu chandelier tergantung tengah megahkan lagi suasana ruang. Ibarat istana masyhur maha gah.

Terlalu menghargai dengan kemewahan yang ada, aku menghentikan langkah. Rata-rata dihiasi cermin. Refleksi diri menampakkan pantulan imej aku semula. Memang dia suka cermin?

Langkahku membawa pergi lagi menuruni tangga terakhir.

Anehnya, kesepian menggamit suasana.

Yang paling menarik, ada air terjun di tengah-tengah ruang tamu. Aku terpanar seketika cuma sebelum mataku kembali fokus sekeliling.

"Cari Karl?"

Aku menoleh. Terhidangkan gadis berambut pendek kira-kira sama tinggi denganku sedang tersenyum. Ramahnya dia bersuara ceria. Dengan hanya berpakaian tshirt tanpa lengan dan berskirt pendek atas lutut, dia mendekatiku.

"Karl tak ada."

Karl? Jadi nama dia Karl?

Dia menarik lembut lenganku berangkat pergi menuju ke dapur aku teka kerana terletaknya peti sejuk di penjuru dinding. Termangu-mangu aku dibuatnya.

Kerusi di kaunter bar yang ada, aku duduk sedang dia berdiri tersenyum merenungku di hadapan.

"You do look like her."

Look like her?

"Uh..sorry?"

Dia tersentak sesaat. Masih tersenyum memperhatikanku diam. "Tea or coffee?"

Aku tak salah dengar tadi kan? Aku yakin.

"Huh..hm tea?" Aku tersenyum.

Gadis di hadapannya ni...siapa? Lagaknya dia membuka peti sejuk sedang tercari-cari sesuatu. Tangkasnya dia seolah-olah sudah mahir dengan keberadaan dapur. Mahirnya dia mencari pisau lalu memotong diam buah lemon. Dia menghiris satu sebelum meletakkan pula dalam cawan kaca. Uncang teh yang tersimpan dalam rak dibawa keluar.

Barangkali renunganku mengganggu konsentrasinya, dia tersenyum.

"I'm Lydia. I will take care of you since Karl tak ada."

Lydia.

"Sayaㅡ"

"Sofea? Right? Right. I knew you." Cawan kaca yang disirami air teh ditala ke arahku. Fikiran aku sedang melayang. Terlalu banyak persoalan yang sedang bermain sehinggakan aku sendiri tak pasti dimana patut aku mula.

Air teh di atas meja kini tidak aku sentuh. Sebaliknya perhatianku masih ke arahnya.

"Dia..pergi mana?" Aku cuba mendapatkan kepastian. Bukan apa, teringin juga aku mengambil tahu.

"Karl?"

Kenapa dengar sahaja nama dia boleh membuatkan aku...tak apalah.

"Kerja. But don't worry. Nanti dia akan balik. I'll tell him you rindu dia."

Rindu what?

"Kidding." Dia ketawa kecil. Yang pasti, aku hanya tersenyum.

"Dia mesti nak suruh awak jaga saya sebab nanti dia akan bunuh saya juga kan?" Aku bukan apa, aku mengambil langkah berjaga-jaga. Soalan aku, kenapa dia tak bunuh aku tapi selamatkan aku? Perlahan-lahan aku usap di bahu kanan aku. Setidaknya, ingatan aku masih kekal. Di situlah, dia suntik. Tak pasti suntikan apa, tapi aku terus tak sedarkan diri.

"How about he cares for you so much that he asked me to take care of you since he left?" Dia tersenyum sinis dan aku tahu ada makna senyumannya.


© missnyyna

𝐃ì𝐎𝐑 𝐇𝐄𝐑Where stories live. Discover now