11

991 77 74
                                    

"Is that all?"

Melynda mengangguk. Jejaka di hadapannya berkemeja kuning lemon dengan seluar warna coklat menyandarkan tubuhnya, menghela nafas lega. Matanya menyorot pada Melynda yang sedang menikmati teh tarik yang sudah suam suam kuku.

"Thank you for trusting me", balas Melynda menepuk beg berisi dokumen di kerusi sebelahnya.

"Next week I pergi U.S". Melynda menarik nafas panjang, baru sangat lelaki ini tiba di tanah air, mereka baru tiga kali bertemu, kini lelaki itu sudah mahu terbang lagi. Melynda menenangkan hati dan emosi.

"Don't worry. Everything will be settled within these few days. I will inform you later", janji Melynda melihat cawan lelaki tersebut telah kosong dan dia sedang menyalakan sebatang rokok.

"I count on you, Lyn".

Melynda tersenyum lebar, "Thanks again Doctor Nazarul".

"You ni kan, dengan I pun nak berdoktor doktor. Macam dulu kan lagi besttt...". Nazarul menarik hidung Melynda yang gemar mengusiknya sejak dari awal pengenalan. Melynda ketawa kecil. Dia tahu Naza takkan melakukan sesuatu yang melampaui batas di situ.

Restoran elit berkonsepkan melayu, menghidangkan sajian oriental dan barat sentiasa ada pengunjung dari dalam dan luar negara. Apatah lagi pada waktu tengah hari, waktu makan. Mereka berdua duduk di meja luar, di balik tiang batu besar. Pemandangan di sisi tak jauh dari meja mereka kelihatan kolam berserta air pancut manakala di hadapan adalah hotel bertaraf lima bintang.

"Berapa lama kali ni?". Perbualan mereka menjadi sedikit serius. Nazarul mencapai tangan Melynda lalu dimain jari jemari runcing yang sering diberi rawatan.

"Kali ni dalam sebulan, more or less"

Melynda mengangguk, melemparkan senyuman pada jejaka yang bibir nipis itu.

"Rindu? I belum pergi lagi tau", usik Nazarul, membuat aksi bibir seolah mencium Melynda.

"Rindu? Sebulan je kan. Yang selama ni, tak nak tau?", balas Melynda seolah merajuk.

"Yang tu I dah tau hari tu". Nazarul mengenyit mata.

"You!" Pantas Melynda mencubit lengan Nazarul.

"Nak order food sekarang?", soal Nazarul membuka buku menu.

"Naza, thanks tau sebab percayakan I", kata Melynda serius, tiada lagi usik mengusik. Nazarul mengalihkan pandangannya dari buku menu kepada Melynda.

"Lyn, kita dah kenal lama, luar dan dalam. You pun percaya kat I dulu kan? Masa first time kita jumpa", kata Nazarul sambil tersenyum, Melynda mengigit bibir.

"Mind you, I bukan gilakan harta tau. I just helping to manage".

"Hei hei, sayang... I tau la. Masa kita kenal dulu pun, you are already in this business. And I know, klien you bukan calang calang. I want to be in that circle".

"Enough ok. Lets check what you gonna eat. Air I pun dah habis ni". Nazarul memberi satu buku menu kepada Melynda. Sememangnya dari awal, ada dua buku menu diatas meja mereka sepertimana diminta oleh Nazarul dari pelayan.

Melynda menyelak halaman menu melihat apa air tambahan untuk dirinya dan makanan yang akan mengisi kekosongan perut.

"You!".

Melynda menoleh ke sisi bila ada sesuatu diletakkan di atas meja sebelah. Seorang wanita bertudung abstrak warna putih dan merah jambu serta berbaju kurung berdiri di hujung meja mereka. Mata wanita itu memandang tajam pada dia dan Nazarul. Di atas meja ada tas tangan merah jenama Hilde Palladino.

PilihankuWhere stories live. Discover now