26

1.5K 116 47
                                    

"Cantiknya kakngah pagi ni. Nak pergi pejabat agama ke?", sapa Azam berseloroh bila nampak Melynda menuruni tangga. Azam sedang duduk bersarapan pagi. Hari ini mak menghidangkan lempeng kelapa dengan sambal tumis ikan bilis bersama kopi O.

Melynda menarik muka masam. Dia tau Azam bergurau. Dia sendiri tadi pun berkali kali pakai dan buka semula pakaian yang disarung itu. Antara percaya atau tidak. Apa yang dipakai ini hanya khas untuk acara tertentu. Bukan pakaian hariannya.

"Kan manis macam ni Mel. Berbaju kurung, berselendang. Nanti kita pergi Bangi Sentral beli tudung. Mak tengok cantik cantik. Rozi tunjuk kat mak hari tu". Melynda mengangguk dan mengangkat kening kepada Azam bila mak menyebut Bangi Sentral.

"Lama ke Mel keluar ni?", soal mak.

"Tak kot. Kenapa mak?".

"Nak pergi beli kelengkapan untuk Mel la. Kan nak pergi umrah", jawab mak.

"Lambat lagi kan. Kursus pun baru mula ahad ni", celah Azam.

"Banyak la nak kena beli. Telekung mana cukup satu", balas mak menepuk bahu Azam.

"Mel ada telekung mak. Ada yang belum pakai pun. Yang baru ni Mel beli warna putih, selalu beli warna pastel".

"Haaa.. warna pastel lawa kan kakngah".

Melynda mengangguk bersetuju.

"Lawa memang lawa. Tapi mak lagi suka warna putih. Bersih suci je".

"Apa yang suci?". Suara abah dari arah pintu gelangsar.

"Ni ha.. nak ajak Mel pergi beli telekung kejap lagi ni. Warna putih. Budak sekarang suka warna warni. Tak khusyuk dibuatnya".

"Mmmm... elok la tu. Cadangnya nak balik Ipoh kejap esok. Sebelum hari kursus, kita datang semula", kata abah.

"La... buat apa nak balik. Tunggu la habis kursus nanti", pujuk Melynda. Kopi diteguk sedikit. Sebu perutnya pagi itu.

Mak dan abah saling berpandangan. Azam buat tak dengar. Dia boleh bekerja di mana mana, asal ada capaian internet.

**********************************

Enjin Honda Jazz cuba dihidupkan namun gagal. Melynda mencuba lagi, sama.

"Dah kenapa nak bawa kereta buruk tu? Jaguar ni ada. Lambo ada. Pelik betul la kau ni. Ada kereta cantik, mahal.. nak jugak drive kereta buruk", bebel Azam membawa bergugusan kunci kereta kepada Melynda setelah Melynda menghantarkan mesej di telefon.

"Momen terindah aku banyak dengan Jazz ni, kau tau apa", balas Melynda mengambil kunci Audi.

Hati Melynda kali ini berdebar laju padahal hanya untuk menemui Rizal. Mungkinkah rasa rindu yang tertahan selama ini buat rasa debaran sedemikian sekali. Perjalanan setengah jam dirasakan terlalu lama.

Kedai pilihan Rizal sudah nampak dari jauh. Malang bagi Melynda kerana tempat letak kenderaan berdekatan kedai sudah penuh. Sewaktu dia memandu mencari pakir, Rizal sudah melambai padanya. Melynda tau Rizal tiba awal memandangkan kereta Rizal berada tak jauh dari kedai.

Melynda meletakkan kereta agak jauh, blok bertentangan. Sebelum keluar, dibetulkan selendangnya. Anak tudung dipakai agar tiada rambut yang kelihatan. Mekap yang dikenakan sangat nipis, seakan tak bermekap. Bibir dikenakan gincu warna nude.

Tas tangan jenama Hermes digalas pada bahu kanan, tiga beg kertas yang sama seperti diberi pada maklong dan Datin Suzanne dipegang pada tangan kirinya.

Sebaik melangkah, sebelah kaki Melynda terpijak lopak kecil berisi air hujan awal pagi. Kasut kelabu knitted Prada yang disarung pada kaki, basah sedikit. Mulut Melynda mula membebel, menyalahkan diri sendiri.

"Mel!".

Melynda menoleh ke sisi. Faizul!

Melynda terus berjalan. Tidak lagi membebel menyalahkan diri. Yang penting, dia enggan menemui Faizul.

Lengan kanan dipegang Faizul kuat.

"Lepas la", jerit Melynda.

"Kau nak ke mana? Jumpa doktor keparat tu?", jerkah Faizul.

"None of your business. Suka hati aku la nak jumpa siapa".

"Lama aku perhatikan kau. Berapa banyak jantan dah guna kau. Ada diorang kawin dengan kau?"

"Apa masalah kau, aku kawin ke tak dengan diorang?", balas Melynda cuba melepaskan diri dari pegangan Faizul. Tali tas tangan sudah pun jatuh dari bahu.

"Kenapa kau susah sangat nak faham? Jodoh kau dengan aku. Aku ni! Tu sebab kau tak kawin dengan diorang tu".

"Kau bukan Tuhan la", bidas Melynda kegeraman. Dipandang sekeliling, entah kenapa tiada orang lalu lalang untuk dia meminta tolong. Dalam hati meminta agar Rizal nampak dia di situ.

"Aku memang bukan Tuhan tapi aku boleh buat jodoh kau hanya dengan aku".

"Mengarut! Lepas kan aku la", jerit Melynda dan merentap tangannya sekuat hati. Berjaya!

Sambil berlari selaju mungkin ke arah kedai, tempat Rizal menunggu, Melynda membetulkan tali tas tangannya. Sesekali dia memandang ke belakang, Faizul sedang mengejarnya.

Satu hon paling kuat pernah didengari, buat langkah Melynda terhenti untuk melihat. Apa yang Melynda nampak hanya putih kemudian merah, percikan darah. Semuanya spontan.

Dentuman yang kuat itu membuatkan pelanggan di sebuah kedai makan berhampiran bangun dan mencari arah bunyi dentuman tersebut.

Beberapa orang yang berada berdekatan dengan lokasi kejadian berkerumun di situ.

"Call ambulan cepat!". Beberapa orang terus menelefon talian kecemasan.

"Ya Allah. Teruknya. Orang perempuan jangan tengok". Satu suara mengarahkan demikian bila ramai wanita datang untuk melihat.

"Panggil doktor kat klinik tu", jerit seorang lagi, berlutut di sebelah mangsa kejadian. Seluarnya menyerap darah yang mengalir dari tubuh mangsa.

"Ikut saya mengucap ye". Kalimah Allah dibisikkan ke telinga satu persatu, air matanya mengalir bila melihat kepayahan yang dialami.

Rizal bersegera melajukan langkahnya bila terdengar ayat itu.

"Saya doktor". Laluan diberikan kepada Rizal.

Dada Rizal tiba tiba dipenuhi air bila melihat mangsa. Kaki yang tegap berdiri tiba tiba menjadi lembik.

"Lyn!!!".

-TAMAT-


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 04, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PilihankuWhere stories live. Discover now