24

1K 112 65
                                    

"Serius ni rumah kakngah?". Mulut Azam terkumat kamit mengucap ayat yang sama berulang kali dari saat pertama kakinya melangkah keluar dari kereta.

Dilihat sekeliling, semua rumah berkembar dua, tiga tingkat tanpa pagar. Hanya ada tembok batu separas pinggang sebagai pemisah di antara rumah.

Dia mengekori abah dan mak, Melynda di depan sekali sebagai tuan rumah menyambut tetamu istimewa.

"Sini ada pintu juga mak tapi terus ke dapur", kata Melynda menuding jari ke arah pintu yang dimaksudkan.

"Haah la ada pintu. Tersorok", balas mak jelas tersenyum melihat apa yang anaknya tunjukkan.

"Lama dah beli rumah ni Mel?", tanya abah ketika Melynda menolak pintu utama berkonsepkan minimalis.

"Baru empat tahun", jawab Melynda tersenyum.

"Wow.... seberang tu kompleks kerajaan ke?", soal Azam kekaguman.

"Haah. Kalau tak nak drive pergi kerja, berenang la cross tasik tu", kata Melynda bergurau. 

Azam mengerling kemudian ketawa besar.

"Nak naik atas boleh?", tanya Azam teruja untuk menjelajah rumah Melynda.

Sejak dari hari kakngah lari, mereka sekeluarga tak tahu bagaimana kehidupan sebenar kakngah. Tau tau baru ini, kakngah menyuruh dia bawa mak dan abah ke rumah apabila tahu yang dia ada kerja di Kuala Lumpur.

"Naik la. Bilik atas ni yang mengadap tasik, untuk mak ngan abah. Level tu ada dua bilik lagi. Dah siap ada katil n almari, Azam pilih la nak mana satu. Tingkat atas sekali bilik dengan office kakngah", terang Melynda pada Azam yang mula mendaki tangga. Abah turut mengikut.

Melynda membuka pintu gelangsar kaca lalu menghidang pemandangan luas. Mak mendekati Melynda, mahu melihat bagaimana keadaan di luar rumah. Ada kolam kecil. Air terjun dari celah dinding jatuh ke dalam kolam tersebut memberikan bunyi asyik sebagai halwa telinga.

Halaman rumah Melynda sudah tersedia kerusi dan meja sesuai untuk minum di waktu pagi dan petang.

"Eh.. tu masjid Putra kan?"

"Tangga tu pergi mana?", soal mak bila ternampak ada pagar kecil dan tangga kecil di sudut halaman rumah Melynda.

"Tu untuk turun bawah tu mak. Mak nampak kan jogging track sebelah tasik ni". Mak mengangguk.

"Betul Mel beli rumah ni? Bukan orang bagi?", soal mak perlahan dan teragak agak. Bimbang Melynda tersingung.

"Betul la mak. Mel kerja untuk beli rumah ni", jawab Melynda memegang tangan mak erat.

"Mel kerja apa sampai boleh beli rumah juta juta harga ni?", soal mak ingin tahu. Banyak cerita kurang enak dia dengar tentang Melynda selama ini namun dia dan suaminya hanya menelan semua.

Melynda senyum lebar dengan soal mak, "Pengurusan harta mak".

Terus hati mak lega. "Kereta kat luar tu pun Mel beli sendiri?", tanya mak. Matanya memang tertarik melihat dua buah kereta mewah yang ada di porch rumah.

"Ye mak. Duit kerja sendiri".

"Mel kerja dengan bank ke?", soal mak.

Melynda mengeleng, "Mel buka syarikat dengan kawan, Fiona. Nanti Mel ajak dia datang sini".

"Kakngah, berapa juta harga rumah ni? Besar gila. Dah la kat Putrajaya".

Melynda hanya menyambut soalan Azam dengan ketawa. "Jom makan", katanya.

Di meja terhidang lauk pauk yang sudah Melynda pesan. Lauk pauk kampung kegemaran keluarganya. Tanpa berlengah masing masing mengambil tempat.

"Kakngah tau tak, selama ni kami ingat kakngah tinggal kat apartment".

PilihankuWhere stories live. Discover now