14

949 85 25
                                    

"Lyn, kalau pisang goreng boleh?".

Soalan Rizal tak berjawab. Rizal menoleh ke sisi, Melynda seolah mengelamun.

Soalan yang sama diulang lagi, disertakan sekali dengan tepukan perlahan pada peha Melynda. Dan ianya berjaya buat Melynda tersedar.

"Dah sampai?", soal Melynda. Dipusing kepalanya ke kanan dan kiri, didapati bukan kawasan perumahan keluarganya. Rizal menggeleng kepala  bagi menjawab soalan Melynda.

"Beli pisang goreng untuk bawa ke rumah parents you, ok tak?". Melynda menggangguk.

Tak berapa lama kemudian, Rizal memberhentikan keretanya berhampiran deretan rumah kedai. Di situ terdapat beberapa gerai berpayung menjual makanan di tepi jalan, food truck turut ada.

Dada Melynda berdegup kencang. Deretan kedai inilah tempat dia selalu membawa sepupu sepupu yang masih kecil dahulu. Ada satu kedai yang menjadi kegemaran mereka untuk membeli jajan dan aiskrim.

"Lyn, kita turun sekali?". Dan Rizal terpaksa mengulangi soalan yang sama bersama sentuhan. Malah pintu pun Rizal yang buka untuk Melynda keluar.

Mereka jalan beriringan. Hanya Rizal yang banyak berceloteh, sedang Melynda tak mendengar sebutir pun apa yang Rizal tuturkan. Dia hanya mengangguk dan berhenti bila Rizal berhenti.

"Cukup tak pisang goreng lima ringgit?". Melynda mengangguk, matanya tertarik pada food truck yang terletak bertentangan. Rizal mengeluarkan not lima ringgit dari dalam poket untuk membayar pisang goreng.

Pinnnnnnnnnnnnnnn
"Lyn!!"

"You ni kenapa? Tak nampak kereta tu laju?", kata Rizal masih memeluk Melynda. Hatinya bersyukur kerana menarik Melynda dari dilanggar. Pada masa yang sama, rasa marah ada juga. Di kawasan perniagaan sebegitu, masih ada segelintir manusia memandu secara laju dan membabi buta.

"You nak kemana?". Pelukan dilepaskan namun tangan Melynda digenggam erat. Rizal dapat rasakan ada sesuatu yang Melynda fikirkan sejak mereka keluar dari rumah keluarga Rizal. Hanya jasad Melynda yang ada di situ.

"I... I... nak beli tu". Rasa terkejut tadi masih ada, meskipun diselamatkan oleh Rizal.

"Putu Perak? You suka?". Rizal tersenyum lebar sambil bergandingan tangan dengan Melynda melintas jalan.

"Mak suka".

"Nak beli apa lagi?", soal Rizal setelah membayar kuih tradisi itu. Melynda menuding pada kedai runcit berhampiran. Dan mereka berdua melangkah ke sana.

Rizal menanti di luar kedai manakala hanya Melynda yang masuk. Rizal memerhati gelagat Melynda, membuka peti sejuk mengambil sebotol air mineral. Kemudian Melynda bergerak ke kaunter. Melynda mengamati keadaan dalam kedai yang selalu dikunjungi dahulu, sudah tak sama. Malah yang menjaga kaunter juga orang lain.

Dihadapan Melynda, ada dua orang kanak kanak perempuan. Mungkin dua beradik. Kelihatan wajah si adik muram apabila gula gula lolipop yang diambil dari awal, diletakkan semula ke dalam balang gula gula oleh kakaknya.

Keduanya berjalan keluar setelah membayar. Si adik berjalan lemah manakala si kakak laju berjalan membawa sebungkus keropok udang meninggalkan adik di belakang.

Melynda keluar dengan satu beg plastik. Dia melepasi Rizal yang berdiri di situ, mendapatkan si adik tadi. Tangan si adik dipegang, tapak tangan dibuka dan diletakkan sesuatu. Wajah muram tadi bertukar ceria. Melynda mencuit pipi gebu si adik sebelum si adik berlari menuju ke sebuah kereta terletak agak jauh dari situ.

Rizal mengamati kereta tersebut. Kereta itu adalah kereta yang nyaris melanggar Melynda tadi. Melynda berjalan menuju kepada Rizal.

"Bagi apa tadi kat budak tu?".

PilihankuWhere stories live. Discover now