17

769 84 11
                                    

Tubir mata Melynda digenangi air mata tatkala melihat bayi Bel dan Naim dari luar bilik yang menempatkan kesemua bayi baru lahir di hospital itu. Dinding kaca itu disentuh seolah menyentuh kulit bayi. Satu rasa yang aneh muncul namun cuba dinafikan. Senyuman nipis terukir di bibir.

"Lyn, awal kau sampai", sapa Naim.

Melynda hanya tersenyum pahit di sebalik cermin mata gelapnya, menyorokkan lingkaran hitam di sekeliling mata.

"Aku nak pergi office terus lepas ni", jawab Melynda.

"Mak kau mana Naim?", soal Melynda bila perasan hanya Naim sendirian di situ. Semalam sempat Melynda bertemu ibu Naim sebelum pulang.

"Kat rumah. Ni nak minta nurse bawa baby ke bilik, parents Bel dah sampai". Melynda mengangguk perlahan, mengikut langkah Naim ke bilik. Tadi Melynda tidak singgah di bilik Bel dulu. Teruja nak melihat bayi baru yang lahir beberapa minit sebelum subuh.

"Kenapa makin kurus ni Lyn?", tegur ibu Bel setelah mereka bersalaman dan berpelukan.

"Ye ke kurus? Lyn rasa macam biasa je", balas Melynda, tangannya masih dipegang ibu Bel.

"Lyn ni nak kena ada orang jaga. Kalau tinggal sorang, memang tak lalu nak makan", tambah ibu Bel.

"Lyn, kurus sangat lelaki tak suka. Macam peluk tiang", usik ayah Bel. Usikan sebegitu langsung tidak menguris hati Melynda malah dia boleh ketawa kecil.

"Best tak bau baby?", tanya Bel bila mana Melynda mencium pipi bayi yang didukung ibu Bel. Melynda mengangguk.

"Nah, dukung sekali". Ibu Bel memberi bayi pada Melynda yang sememangnya kekok. Namun dia berhati hati.

"Rasa tak feeling lain?", tanya ibu Bel. Melynda mengakui rasa yang terbit tatkala bayi itu berada dalam dakapannya, berbeza.

"Maknanya dah ready nak kawin tu. Dah ada calon? Nanti bawak jumpa ayah tau". Berkerut dahi Melynda bila ayah Bel berkata begitu.

"Mana ada orang nak kat Lyn. Dah tua dah", balas Melynda bergurau.

"Siapa kata Lyn. Kawan sekolah mak, baru kawin bulan lepas. Kawin first time tau. Kita ni kan jodoh tak sama. Ada yang cepat, ada yang lambat. Paling penting jangan putus berdoa".

"Mana tau jodoh kau baru lahir", tambah Naim dan ianya disambut dengan gelak tawa.

******************

Pintu lif terbuka, beberapa orang yang berdiri di depan pintu melangkah keluar dan Melynda mengikuti langkah mereka. Rasa teruja dapat memeluk, mencium bayi Bel tadi masih melingkari dirinya, buatkan senyuman masih terukir di bibir.

"Lyn?".

"Rizal! You buat apa kat sini?". Berkerut dahi Rizal dengan soalan Melynda. Mereka berdiri berhadapan satu sama lain di tengah tengah manusia yang sedang bergerak - keluar masuk lif.

"Ini hospital kan?". Melynda tertawa kecil seakan terlupa yang Rizal seorang doktor. Ye la kalau dalam drama, stetoskop wajib ada di leher doktor. Tapi Rizal hanya berkemeja lengan panjang biru bersama seluar slack hitam. Tali leher pun tiada.

"So, you kerja kat hospital ni?", tanya Melynda. Dia bukannya ambil tahu latar belakang Rizal.

"Isnin dan Khamis I kat sini". Bibir Melynda membentuk O.

"You tu buat apa kat sini?". Rizal membiarkan pintu lif tutup semula membawa manusia manusia ke tingkat yang mereka inginkan. Sepatutnya dia bersama mereka, namun dek terjumpa Melynda, niatnya terbantut.

"Kawan I bersalin pagi tadi. So I datang visit dia". Rizal mengangguk sambil memandang jam di tangan.

"Are you rushing?", tanya Rizal. Melynda terkesima seketika sebelum menggeleng.

PilihankuWhere stories live. Discover now