The war now begins. A war between good men, seizing the power of government in a country. A black organisation appeared and played the main role in the war. Is there someone who can stop the war?
"I'll protect her with my life, father."
-Raef-
"Th...
"Kepala otak kau! Cadburry lah!" Sumayyah yang dari tadi menunggu di atas motor pula menjerit. Dari tadi dia tunggu si Tiara ni bersiap, boleh pula dua orang adik beradik ni main loya buruk depan dia. Hampeh bethol!
Tiara ketawa tak ingat dunia. Ceh! Tak cover ayu langsung! Tajam matanya menjeling Tiara. "Cepatlah woi!" Jerit Sumayyah garang.
Tiara terkocoh-kocoh mendekati dan membonceng motor buruk Sumayyah. "Sikit hari lagi dah boleh jual besi buruk dah! Bila nak beli motor baru, Mayyah?" Usik Tiara.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Sumayyah buat muka menyampah. "Kalau kau tak sedar lagi kan, meh aku nak ingatkan kau yang motor buruk ni lah yang tolong aku cari makan tau!" Tiara tertawa terkekeh-kekeh. Suka betul mengusik Sumayyah!
Setelah memastikan Tiara duduk dengan selesa dan selamat di belakangnya, Sumayyah terus memecut laju motor buruknya menuju ke tempat kerja mereka. Fuh, macam minah rempit!
Sebaik saja sampai di Butik El Zahra Collections, segera Tiara melompat turun. Sumayyah meletak motornya agak jauh dari butik. Maklumlah mereka berdua sedar yang motor buruk itu mampu merosakkan imej baik butik itu di mata pelanggan.
"Timahhh!!" Suara Tiara mengisi segenap ruang dalam butik. Sumayyah mencubit lengan rakannya yang sorang itu. Suka la buat perangai tak senonoh tak kena tempat! Nasib baik takde pelanggan!
Ku Nur Fatimah El Zahra AKA si Lady Boss tersenyum manis. Arghh! Kalau laki yang tengok, confirm cair! Lelaki mana yang sanggup tolak bidadari dunia yang jatuh dari langit ni?
"Tiara comel!" Zahra turut menjerit. Acah-acah terkejut. Sumayyah menggeleng sambil tersenyum. Zahra kalau tak karenah gila si Tiara, confirm budak sengal ni takde kawan!
"Nak makan mana malam ni Mayyah?" Soal Zahra sopan. Zahra kalau dengan Sumayyah ni memang sopan santun sikit. Sumayyah garang katanya😆
"Malam ni ikut Zahra laaa, kedai makan yang Mayyah tahu semua kita dah pernah pergi." Sumayyah menggaru kepala yang tak gatal sambil tersengih.
"Haaa kita makan kat restoran yang baru buka kat simpang depan tu nak?" Tiara mencelah. Sumayyah jeling Tiara. Eh eh budak ni, suka suka je menyampuk orang bercakap!
"Haaa kau ada duit sangat ke nak pergi sana? Nampak macam restoran mewah je time kita lalu tadi. Dengan design ala-ala British gitu. Ingat kedai mamak ke?" Sumayyah buat muka garang. Tiara pula tayang sengih tak bersalah.
"Yeayy, Timah belanja!" Tiara buat gedik dia dah. Sumayyah dan Zahra tertawa dengan karenah Tiara. Dah boleh jadi bini orang pun, perangai tak pernah behave!
Bunyi pintu kaca butik dibuka membuatkan mereka berpaling serentak. Kelihatan seorang jejaka berkaca mata hitam masuk dengan selamba.
"Err..Encik...."
TBC
HOPE YOU GUYS ENJOY! SORRY KALAU ADA APA II YANG KURANG, I'LL TRY MY BEST TO WRITE BETTER! THANK YOU SUDI MEMBACA!