dejavu : 001

135 32 62
                                    

Seperti biasa , Yijung orang pertama yang akan tiba di kedai berbanding orang lain . Kunci kedai bunga yang diamanahkan pada orang lain kini berubah pada Yijung .

Maklumlah dia seorang saja yang teruja jika masuk kerja . Jadi , bos sendiri yang arahkan agar gadis itu uruskan hal kedai .

"Lalala," mulutnya menggumam kecil bersama hati yang gembira . Bunga - bunga kesayangan dihidu ala - ala princess dalam cerita dongeng .

"Kau ingat hidup kau fairytale nak hidu bunga macam princess Aurora tu." ujar Yuha di pintu , barusan baru tiba ke kedai . Kepalanya menggeleng lemah .

"Biarlah . Mana tahu tiba - tiba ada putera kayangan lamar . Ha kau jangan melopong kalau aku betul - betul kahwin dengan putera kayangan." balas Yijung lalu kembali meneruskan kerja menghidunya .

"Yelah . Teruskanlah dengan berangan kau tu . Takde maknanya aku nak cemburu kalau Jimin tu dah macam putera diraja." balas Yuha semula tak mahu kalah . Bibirnya sudah tersenyum lebar . Tahu dia takkan kalah jika bercerita tentang hubungannya dengan Jimin .

"Hm kau menang kalini . Sengaja je nak buat aku cemburu dengan hubungan korang yang manis dari gula tu kan." nyata Yijung seraya cebikkan bibir . Mulalah tu nak buat dia cemburu dengan hubungan manis mereka .

"Well,"

ting ! ting !

Loceng kedai yang berbunyi menghentikan perbualan kosong Yuha dan Yijung .

"Eum kedai dah buka ke?"

[C] Dejavu : Yoongi MinWhere stories live. Discover now