dejavu : 003

86 30 54
                                    

"Boleh saya tahu nama dan nombor telefon encik?"

Terjungkit kening lelaki itu saat namanya disoal . Sedari itu , Yijung cepat - cepat membetulkan soalannya semula agar tak disalah erti .

"Encik jangan salah faham . Ini prosedur kedai kami untuk catat maklumat pelanggan . In case kalau encik datang ke sini lagi atau tak berpuas hati dengan kualiti bunga , kami boleh bagi diskaun dan ganti rugi." terang Yijung lancar dan tersusun . Takut pula jika lelaki itu tersalah faham .

Manalah tahu dia fikir Yijung nak mengurat nya . Manalah tahu , fikiran orang kita tak boleh baca kan ?

"Min Yoongi." ucap lelaki itu memperkenalkan namanya pada Yijung . Saat itu , bumi bagaikan berhenti berputar . Entah mengapa nama itu terasa familiar di pendengaran telinganya . Jantungnya juga laju bekerja .

"Yoongi?"

"Ya . Min Yoongi." ulang Yoongi lagi bila penjual kedai bunga itu menyoalnya , sedikit pelik . Kenapa ? Ada yang tak kena ke dengan namanya ? Lain macam je riak wajah penjual kedai bunga tu bila namanya disebut berulang kali .

"Kenapa cik ? Ada yang tak kena ke dengan nama saya ? Ke nama saya terlalu comel?" kata Yoongi lagi cuba untuk bergurau bila terasa suasana agak janggal antara mereka .

"Ani , saya rasa saya pernah dengar nama awak sebelum ni tapi tak pasti dimana." mendengarkan itu , automatik bibir merah Yoongi membulat membentuk huruf O .

"Bukan saya seorang je nama Yoongi dalam dunia ni . Lagipun saya baru datang hari ni . Baru je jumpa , cik Yijung . Ramai lagi yang nama sama dengan saya . Palli , saya nak bayar bunga ni." nyata Yoongi diselangi senyum manis buatkan hati gadis itu kuat mengatakan dia pernah bertemu dengan lelaki bernama Yoongi itu sebelum ini .

Bayangan Yoongi yang kian hilang dipandang dari jauh . Entah kenapa hatinya kuat mengatakan itu bukan kali pertama mereka berjumpa . Nama dan nombor telefon lelaki itu dipandang lama .

[C] Dejavu : Yoongi MinWhere stories live. Discover now