"Ha macam mana korang punya date ? Okay ke tak abang Yoongi tu ? Dapat tak jawapan yang kau cari?" soal Jimin menerjah kaunter tanpa beri kata pendahuluan .
Mahu je Yijung pukul lelaki itu guna batang bunga namun tak kesampaian bila si penyelamat , Kim Yuha muncul dari belakang .
Macam tahu - tahu je buah hati pengarang jantungnya ini nak dipukul orang . Jimin pula tak jemu melawat kedai bunga sedangkan dia masih ada banyak kerja di ofis .
Bak kata Jimin , dia kan bos . Biarlah pekerjanya yang lakukan kerja . Dia perlukan rehat .
"Dapatlah . Tak nampak dia tengah tersengih macam kera dapat bunga ? Maklumlah abang Yoongi kasi ayat sweet sikit , cair sampai tahap tak boleh nak beku balik." sampuk Yuha lalu ketawa kecil . Tangannya menepuk tinggi tangan Jimin lalu mereka berdua ketawa bersama .
Alahai , cemburu lagi Yijung dibuatnya . Dalam masa yang sama , geram dengan perangai pasangan tu . Suka sangat mengusik dirinya .
"Jadi betul lah korang dua pernah berjumpa sebelum ni?" soal Jimin ingin tahu . Keningnya sudah terjengket memandang Yijung .
"Aniya . Entahlah babe . Aku tak tahu nak describe perasaan aku ni macam mana . Susah tau . Dia macam dejavu . Bila aku tengok muka , dengar nama dia , aku rasa something dekat sini." kata Yijung menjelaskan keadaan dirinya . Tangannya sudah naik melekap pada dada kirinya .
"It feels weird tho . Kitorang tak pernah berjumpa tapi you know ? Susahlah nak terang." sambung Yijung lagi .
"Mungkin korang berdua pasangan suami isteri waktu kehidupan lampau . Masing - masing kongsi rasa cinta but terpisah disebabkan maut . Then , dilahirkan semula and pum ! Korang berjumpa balik dalam kehidupan masa depan . Sebab tu kau rasa semua tu." tebak Yuha lalu dipersetujui Jimin .
Hm Jimin tu apa yang keluar dari mulut Yuha , semuanya dia iyakan saja . Tak bantah satu pun .
"Yeke ? Tak rasa ke macam merepek ? Yelah kalau betul aku dengan dia suami isteri dalam kehidupan lampau , mestilah Yoongi pun rasa benda yang sama . Tapi aku tengok Yoongi macam tak rasa apa - apa pun . Relax je bila tengok aku." terang Yijung memandang Yuha dan Jimin yang dah berganti pandangan sesama sendiri .
"Kau tahu mana ? Lelaki dengan perempuan ni tak sama tau kalau melibatkan hati . Perempuan kalau dia malu ke apa , mesti ada perubahan dekat diri . Pipi merahlah , tangan berpeluhlah . Lelaki ni lebih suka tunjuk sifat tenang dia walhal dalam hati dah dup dap macam nak pecah . Sebab tu untungnya jadi lelaki." terang Jimin pula panjang lebar .
Pandai pula berkata - kata ya anak Park ni . Siap dengan dabik dada kononnya dah bagi nasihat paling bergunalah .
"Eleh lelaki cepat curang . Perempuan ni setia . Awak apa tahu?" balas Yuha lantas jeling Jimin sekilas .
"Itu lelaki jenis spesies tak tahu nak menghargai . Saya bukan macam tu okay . Kalau saya nak curang , dah lamalah saya curang dengan Yijung." usik Jimin sengaja mahu libatkan Yijung dalam pergaduhan mereka .
Yuha sudah menjeling sambil mencekak pinggang . Amboi , dah berniat nak curang dengan kawan baik dia ?
Sementara Yijung hanya menggeleng kepala . Itulah rutin harian mereka . Tak lengkap rasanya jika tak bergaduh manja depan Yijung . Kalau tak Jimin yang mulakan , mesti Yuha yang mulakan .
YOU ARE READING
[C] Dejavu : Yoongi Min
Short Storyit's an instinct for my heart to want you , i get deja vu