dejavu : 002

93 31 65
                                    

"Eum kedai dah buka ke?"

Dua gadis itu saling berpandangan sebelum Yuha mengangguk kecil , buatkan bibir pelanggan lelaki yang baru tiba itu tersenyum .

Lega mungkin kerana kedai bunga itu sudah dibuka . Entah bunga apalah yang dia carikan hingga awal pagi sudah terpacak depan kedai bunga itu .

"Boleh saya bantu encik?" ramah Yuha menyoal pada pelanggan pertama mereka . Lelaki itu sekadar menggeleng tanda tak mengapa .

"Tak apa , kalau saya perlukan apa - apa nanti saya panggil." ucap lelaki itu lantas Yuha mengangguk dan meminta diri untuk ke kaunter .

"Babe,"

"Kau jangan nak merepek kat sini . Ingat sikit kau tu dah ada Jimin . Ada hati nak curang . Jimin tinggal kang menangis tak berlagu kau nanti." cantas Yijung laju , seolah tahu apa yang bakal Yuha cakap .

Memang dia kenal sangat dengan si Yuha ni . Pantang saja jika ada pelanggan lelaki . Maklumlah kedai bunga seperti itu kan jarang dikunjungi oleh lelaki .

Disebabkan sifat ramah Yuha itulah , kawan baiknya itu bertemu dengan Jimin . Melekat sampai sekarang . Macam belangkas .

"Kau ni ada pulak ke situ . Aku tak cakap ape lagi . Kau tu fikir bukan - bukan." cebik Yuha serentak menopang dagu di kaunter . Matanya masih memandang lelaki di koleksi bunga .

"Yelah . Kau tu bukannya boleh dipercaya . Ada je idea dalam otak tu . Dah , pergi kemas stok sana . Aku report dekat bos kang baru tahu." halau Yijung sambil menolak tubuh Yuha perlahan . Bibirnya mengukir senyum bila terdengar dengusan kecil di bibir merah jambu Yuha .

"Ugut jelah yang kau tahu . Mentanglah pekerja kesayangan bos . Luku kang!" laung Yuha dari belakang . Yijung jelirkan lidah , gembira kerana dapat mengusik kawan baiknya itu .

"Eum boleh saya nak bayar?" soal lelaki itu mencelah antara pergaduhan kecil Yuha dan Yijung . Cepat - cepat Yijung mengangguk dan mengambil bunga yang dipilih .

"Boleh saya tahu nama encik?"

[C] Dejavu : Yoongi MinWhere stories live. Discover now