dejavu : 008

86 31 81
                                    

Pagi itu , lain dari kebiasaanya Yoongi sudah terpacak awal depan kedai bunga . Dia bingkas bangun tatkala kelibat Yijung sudah kelihatan dari jauh .

Entah kenapa mimpinya semalam sedikit sebanyak menganggu tidur lenanya . Puas juga dia cari jawapan namun tak dapat . Dia yakin , yakin bahawa Yijung mengalami mimpi yang sama dengannya .

"Eh Yoongi , apa awak buat dekat sini ? Kitorang belum buka kedai lagi . Awak nak beli bunga ke nak sunting bunga?" soal Yuha bernada gurau di hujung ayatnya . Yijung di belakang sudah beri isyarat jelingan membunuh .

Pagi - pagi ni sengaja nak buat dia rasa malu .

"Saya nak jumpa Yijung kejap . Boleh?" pinta Yoongi meminta izin dari Kim Yuha . Lagaknya dah macam minta izin dari mak mertua- eh

"Boleh . Nak jumpa lama - lama pun takpe . Takpun , Yijung kau off jelah harini . Nampak macam banyak je yang nak dibualkan,"

"Jangan nak merepeklah . Nah , kunci . Pergi buka kedai cepat." halau Yijung cepat menghulurkan kunci kedai pada Yuha . Lagi lama dia biar Yuha di situ , lagi bertambah rasa malu dan gementarnya .

"Awak nak cakap apa?" soal Yijung usai Yuha masuk ke kedai . Yoongi usap lehernya sebelum membuka bicara .

"Saya mimpikan awak." jujur Yoongi buatkan mata gadis itu membulat . Hantu apa yang rasuk Yoongi sampaikan mimpi dirinya ? Mana ada manusia mimpikan orang yang baru beberapa hari dia kenal .

"Saya tak tahu kalau awak mimpikan benda yang sama tapi saya mimpi kita berdua , pasangan suami isteri . Tapi di masa lalu . Awak dan saya diburu . Salah seorang dari kita mati." terang Yoongi seraya merenung wajah Yijung yang sudah berubah rentak .

Sementara Yijung kaku . Adakah ini kebetulan atau takdir ? Mimpi yang dialaminya menyerupai Yoongi . Otaknya kembali mengimbas tebakan Yuha tempoh hari .

"Mungkin korang berdua pasangan suami isteri waktu kehidupan lampau . Masing - masing kongsi rasa cinta but terpisah disebabkan maut . Then , dilahirkan semula and pum ! Korang berjumpa balik dalam kehidupan masa depan . Sebab tu kau rasa semua tu."

Mereka berdua dilahirkan semula ?

"And i don't know why lately ni jantung aku laju berdegup bila berdepan dengan kau . I feels something wrong . Like a love feelings . Kau , rasa benda yang sama?" soal Yoongi lagi semakin keliru dengan apa yang dirasainya .

"Ya . Saya rasa kita dilahirkan semula dalam kehidupan masa depan . Apa yang awak nampak dalam mimpi tu semuanya sama macam saya." akui Yijung . Wajah Yoongi dipandang tanpa berkedip .

Jantungnya kembali berdegup laju . Itulah yang dirasainya tika kali pertama bertemu Yoongi . Begitu juga Yoongi . Degup jantungnya tak berhenti berdegup .

[C] Dejavu : Yoongi MinWhere stories live. Discover now