dejavu : 009

108 25 120
                                    

2 tahun kemudian,

Yijung dan Yoongi tersenyum manis . Rasa bahagia menemani mereka berdua tatkala pasangan bahagia itu menapak ke arah mereka .

"Chukkhahae . Moga berpanjangan sampai ke tua." ucap Yijung tersenyum manis ke arah pasangan sejoli itu . Tubuh Jimin dipeluk sebelum pelukannya berubah pada Yuha .

Tubuh kawan baiknya itu dipeluk lama . Tak sangka , Yuha yang berperangai sedikit budak - budak itu sudah bergelar isteri pada Park Jimin . Yelah gaduh je memanjang dengan Jimin , lepastu merajuk macam budak kecik .

Alih - alih dia juga yang tolong Jimin pujuk Yuha . Aiguu .

"Lepasni kurangkan merajuk tu . Penat Jimin nak memujuk." pesan Yijung lalu tersengih bila kawan baiknya itu cebikkan bibir . Alahai , nasib comel .

"Pesanlah dengan Jimin tu jangan buat aku merajuk . Aku tak kira kalau aku merajuk lepasni , aku cari kau je . Jimin tu biar je dia . Baru tahu rajuk Kim Yuha ni bukan senang nak dipujuk." balas Yuha lalu eratkan pelukan mereka .

"Amboi dah pasang niat nak lari ke Yijung . Habis tu kalau saya merajuk , siapa nak pujuk?"

"Tu!" jawab Yuha dan Yijung serentak . Bibir masing - masing sudah memuncung ke arah Yoongi yang kelihatan blur blur ikan . Terletus tawa dua gadis itu bila Yoongi menggeleng laju .

"Tak kuasa aku nak melayan rajuk kau . Tu , Yijung tu . Siapa nak layan?" nyata Yoongi seraya pandang Yijung yang masih memeluk Yuha .

"Eleh . Aku pun tak inginlah kau yang pujuk." komen Jimin dengan nada menyampahnya . Yuha sudah ketawa kecil . Pelukan dileraikan serentak kakinya menapak ke arah Jimin yang hanya beberapa tapak darinya .

"Yelah tu . Ke suka kalau Yoongi yang pujuk ? Boleh manja - manja kan?" nyata Yuha sengaja mahu mengusik suaminya itu .

"Awak jangan nak merepek eh ? Ni , dalam hati saya ni ada awak je tau . Nak manja - manja dengan awak je tau . Tak nak orang lain." luah Jimin sambil tundingkan jarinya pada dada kiri .

Berbulu mata Yoongi dan Yijung melihatnya . Manisnya tu dah sampai tahap potong kaki . Memuncung bibir Yijung dek kerana cemburu dengan kemesraan dua manusia itu .

Walaupun sudah terbiasa dengan kemesraan mereka dari dulu sampai sekarang tapi tak tahu kenapa lepas diorang kahwin tu lagi bertambah cemburunya . Mana taknya , Jimin dah bertambah manis , Yuha pula bertambah comel .

Ha memang padanlah untuk dicemburui .

"Ha mengutuk kitoranglah tu kan?" tegur Jimin bila nampak bibir Yijung mencebik semacam je .

"Cemburulah tu kan ? Ha kalau cemburu , cepat - cepat ajak Yoongi kahwin!" usul Yuha berani bersama suaranya yang agak lantang .

Nak bagi orang lain dengar gamaknya . Sementara Yijung sudah bagi isyarat jelingan mata . Ada pula sampai ke situ . Dia dan Yoongi pun tak terfikir nak kahwin lagi .

"Aku on je . Yijung ni susah sikit . Dia kena ambik masa nak bersedia . Maklumlah-"

"Eish apa awak ni." potong Yijung dan laju saja tangannya mencuit pinggang Yoongi buatkan lelaki itu mengaduh sakit . Lagi sakit dari pengepit ketam .

"Atototo malu pulak dia . Nak tunggu apalagi ? Korang memang dah bersedia dari dulu kan ? Siap ada mimpi yang sama . Bukan namanya sweet ke tu?" ujar Yuha sudah tersengih di sisi Jimin .

Yijung sekadar tersenyum sambil memeluk erat Yoongi yang juga ikut tersenyum . Disebabkan perasaan cinta yang bertandang secara tiba - tiba , dia dan Yoongi akhirnya bertemu .

Tak sangka dia dan Yoongi adalah kelahiran semula . Mimpi yang dia alami dan juga perasaan yang dia rasakan waktu pertama kali bertemu Yoongi ,

ianya bukan déjàvu tapi takdir yang terputus di pertengahan jalan .


- the end -

maka tamatlah sudah cerita cinta saya dan yoongi . maafkan min kalau sepanjang korang baca , ada terkasar bahasa atau menyinggung mana - mana pihak . maafkan min jugak kalau ada typo yang tak difaham . maafkan min jugak sebab buat korang terasa single AHAHAHAHAHAH anyways mind to drop your feedback as always ♡

you know i love u 3000 right ?

[C] Dejavu : Yoongi MinWhere stories live. Discover now