TEASER 3 : Jangan Ia terjadi

826 10 0
                                    


"TERIMA kasih sayang. Next time jumpa, kita buat lagi ya..."

​Mata terpejam apabila lelaki itu mencampak baju menutup badannya yang terdedah. Saat mata terbuka, dijamu dengan pemandangan lelaki itu yang sedang menyarung pakaian.
Nia kembali memejam namun air mata masih setia mengalir.

​"Hey, buka mata."

​Nia enggan. Bibir diketap menahan tangis apabila terasa bibir lelaki itu singgah ke pipinya. Sesaat kemudian telinga menangkap bunyi daun-daun kering dipijak.

Senyap.

Kesunyian mula mengambil tempat. Nia kembali membuka mata. Langit gelap terhidang depan mata.

​Dengan kudrat yang masih bersisa, dia cuba bangkit. Baju yang melorot ke tanah dicapai lalu menutup dada yang terdedah. Seluarnya yang berada tidak jauh cuba dicapai tetapi gagal apabila kesakitan mula terasa di bahagian bawah perut.

Nia cuba menahan tapi apabila kesakitan itu semakin terasa, baju yang menutup dada terus dilempar ke tanah. Tangannya mula memeluk lutut lalu tangisannya kuat kedengaran.

​Lelaki tak guna! Perempuan tak guna! Aku benci kau.

​"Nia bangun!!!"

​Nia terjaga. Tiada lagi kegelapan malam dan tangisan. Cahaya terang yang menerobos masuk buatkan matanya silau.

Nia lupa...lupa apa yang jadi. Apa dia hanya mimpi?

Dipandang mama yang bercekak pinggang.

​"Bangun, pergi mandi sekarang. Kemudian turun sarapan, papa dah tunggu nak jumpa Nia tu. Papa bising tau cakap dah dua tiga hari tak nampak Nia, padahal Nia ada je dalam rumah. Nia ni kenapa sejak akhir-akhir suka betul berkurung dalam bilik?"

​Bebelan mama masuk telinga kanan keluar telinga kiri apabila fikiran Nia kembali berfungsi. Itu bukan mimpi. Kejadian itu benar-benar berlaku dan menghantui hidupnya.

​"Jangan!"

Nia berundur ke kepala katil saat tangan mama mahu mengusap pipinya. Kepala digeleng. Dia tidak boleh merasa sebarang sentuhan. Dia takut. Dia akan teringat.

​"Nia  kenapa ni sayang? Mama tengok Nia lain macam je dalam sebulan ni. Nia tak suka ke nak kahwin dengan Ammar?"

​"Nia nak mandi."

Berat mulut mahu bersuara tapi dia gagahkan juga. Apabila mama mula mendekat, tangannya mengenggam kuat cadar. Cuba untuk tidak beraksi pelik lagi. Ciuman mama di dahi buat dia menutup mata.

Ciuman mama itu satu kebiasaan untuknya sebelum ni tetapi sekarang ciuman mama sesuatu yang menakutkan dia. Ciuman, sentuhan, pandangan semua dia takut untuk terima.

​Elok pintu tertutup, Nia menutup mulut apabila terasa ada sesuatu yang ingin keluar melalui rongga tekak. Sebelah tangan naik mengurut dada, cuba ditahan supaya tidak muntah tetapi gagal.

Comforter ditolak lalu berlari Nia menuju ke tandas. Di singki dia memutahkan segalanya sehingga tubuhnya lemah. Kaki yang gagal menampung berat badan buatkan dia terduduk di lantai.

​Kembang kempis hidungnya menghidu bau hanyir yang masih melekap di sekitar mulut. Tapi untuk berdiri dia tidak mampu. Seluruh tubuh terasa lemah. Rongga tekak kembali memuntahkan isi. Lantai menjadi tadahan apabila kaki tidak mahu untuk berdiri.

Selesai, lambat-lambat Nia menyesot ke dinding untuk menyandar.

​Kenapa? Kenapa dia berubah selemah ini?
Ini bukan dirinya. Dia bukan gadis yang lemah.

Tapi sejak kejadian itu...dia berubah. Kejadian itu perosak segalanya. Pemusnah hidupnya.
​Nia mengesat mulut yang masih berbaki sisa muntah. Tak pernah-pernah dia muntah di waktu pagi, tapi sekarang kenapa dia muntah?

Mahu kata tidak makan, dia sudah makan semalam walaupun hanya sekali makanan masuk ke mulut.

Apa dia...

​Automatik tangan naik mengusap perut. Laju kepala mengeleng.

Tak mungkin!

Tidak mahu fikir, digagahkan diri untuk bangun. Dia tidak mahu jadi lemah lagi. Dia akan bangkit, menjadi Nia Amira yang dulu.

*Hi, jangan lupa tambah cerita ni dalam playlist reading anda dan jangan lupa vote⭐️

DUA KALI SAYANG  Where stories live. Discover now