TEASER 1 : Cemburu Seorang Adila

1.7K 26 0
                                    


MALDIVES

BELUM lagi kaki menjejak pasir pantai, mata Adila terbeliak melihat puluhan manusia yang sedang berjemur di pantai. Bebola mata yang membulat makin hendak terkeluar bijinya apabila melihat pemandangan yang berlaku depan mata.

Mat saleh dan minah saleh selamba bercium di hadapannya. Bukan sepasang. Sana ada. Sini ada. Situ ada. Merata-rata.

Urgh! Mata sucinya telah dicemari.
Kenapa mesti ke tempat ini juga suaminya bawa?

Apa sudah tiada tempat menarik di pulau Maldives ini?

Tak sanggup memandang wayang percuma itu, Adila melarikan mata mencari wajah suaminya. Baru saja mahu meluahkan ketidakpuasan hati, tetapi melihat lelaki itu tersenyum memandang apa yang telah dilihat, buatkan dia pantas menarik tangan yang berada dalam genggam tangan itu.

Tidak menunggu lama, perut itu dicubit. Padan muka. Puas hati.

​Lelaki semua sama! Suka tengok perempuan seksi! Benci!

​"Auch!"

​"Jom balik!"

​"Kan kita baru sampai." Dikejar si isteri yang mula menjauh.

Ah, dia sudah buat silap. Bukan dia tidak kenal bagaimana sikap Adila. Boleh pulak dia hanyut memandang pemandangan depan mata. Mendapatlah kau kali ni Hanif.

"Sayang...sayang..."

​Ditepis tangan Hanif yang hingap di lengan. Dipandang wajah itu tidak puas hati.

"Patutlah abang tak sabar-sabar nak datang sini. Rupanya nak cuci mata tengok minah saleh pakai bikini. Saya ni tak cukup ke sampai abang nak tengok perempuan lain?"

​"Abang tak tengok."

​"Saya nampak abang tengok!" Garang.

​"Ya abang ter...tengok...tapi sumpah abang tak fikir lain. Abang cuma bayang itu sayang. " Jujur! Tangan itu dicapai. Mahu memujuk. 

"Sayang abang lagi cantik...lagi seksi."

​"Betul ni?"

Adila minta kepastian. Hanif tahu dia seorang isteri yang kuat cemburu. Suaminya hanya miliknya. Tiada wanita lain yang boleh memiliki Hanif melainkan dia seorang. Tapi dalam hal tadi, selain cemburu dia juga sebenarnya merajuk. 

Dia tidak suka suaminya memandang wanita lain. Apatah lagi wanita itu lebih cantik dan seksi daripadanya. Tidak boleh! Hanif hanya boleh memandang wajahnya. Apabila lelaki itu memandang wanita lain terasa ada sesuatu yang kurang pada dirinya.

Argh, tak mungkin dia ada kekurangan.
Kata Hanif, dia seorang isteri yang sangat sempurna dalam segala hal.

​"Sayang tahu kan dalam hati abang hanya ada nama sayang. Sayang seorang je yang paling abang sayang, yang paling abang cinta dan perempuan yang paling cantik pernah abang jumpa."

​Pujian itu buatkan bibir Adila mula melebar. Mana mungkin dia mahu meneruskan rajuk setelah dipuji begitu. Sekali lagi, nampaknya Hanif berjaya memujuk hatinya. Macam biasa!
Dia isteri yang suka merajuk dan pasti Hanif akan memujuk. Sampai dia cair! Bahagia sungguh menjadi isteri kesayangan suami.

Tapi bila Hanif merajuk, dia akan biarkan. Padan muka!

"Janji tau sayang jangan sesekali nak tengok perempuan lain." Entah kali ke berapa ratus dia meminta Hanif berjanji begini demi kepuasan hatinya.

"Janji! Abang tak akan buat mcam tu."

"Tengok pun tak boleh apatah lagi kalau nak suka perempuan lain. Kalau saya tahu, siap abang."

"Kalau saja-saja nak bercakap?"

"Abang nak tidur kat luar ke?"

Hanif ketawa. Cemburu isterinya itulah yang selalu dijadikan modal untuk dia mengusik. Tak pernah dia bosan melayan isteri kesayangannya ini.

Angin kuat membuatkan awning tudung isterinya kelepek. Pantas tangan naik untuk membetulkan tudung itu, lalu dilipat sedikit ikut suka hatinya. Ketawa kecil terletus apabila melihat wajah comel Adila. Kedua tangan mula mengusap pipi lembut itu.

"Abang hanya akan setia dengan sayang seorang. Sampai bila-bila. Tak akan dapat perempuan lain."

Senyuman Adila melebar.

Bahagia!

*Hi, jangan lupa tambah cerita ni dalam playlist reading anda dan jangan lupa vote⭐️

DUA KALI SAYANG  Where stories live. Discover now