TEASER 5 : Bila Hati Rasa Bersalah

3.2K 15 0
                                    


SEGENAP penjuru rumah dicari sehinggalah kakinya melangkah ke halaman. Bibir tersenyum melihat wanita yang dicari sedang berdiri merenung kolam. Terjengkit-jengit dia berjalan, tidak mahu wanita itu sedar.
​Berdiri belakang, laju tangannya memeluk pinggang itu. Erat. Tidak menunggu lama, pipi dan bibir wanita itu dikucup lembut.

"Kenapa tinggalkan abang sorang-sorang dalam bilik?"

​Adila senyap. Sesaat memandang wajah Hanif kemudian pandangannya dilemparkan ke arah kolam. Pelukan erat di pinggang mula terasa longgar lalu tubuhnya dipusing ke belakang.

​"Sayang...look at me."

​Adila menunduk. Tak sanggup. Tahu sangat apa yang bermain dalam fikiran suaminya.

​"Nadira Adila."

​Apabila Hanif sudah memanggil namanya, lambat-lambat Adila mengangkat wajah.

​"Sayang ni kenapa? Takkan masih marahkan abang? Dah berpuluh kali abang minta maaf, kan?"

​Lembut tetapi tegas saja suara itu kedengaran. Adila cuba mengukir senyum tetapi gagal. Dia tidak boleh menipu yang dirinya bukan dalam keadaan baik.

​"Abang tak setuju bukan sebab abang tak nak. Tapi abang tak sedia. Ini soal tanggungjawab. Kalau abang gagal, abang yang akan berdosa. Abang tak nak aniaya sape-sape."

Dicapai tangan Adila, senyuman manis dilemparkan. "Sayang  bagi abang masa ya. Kalau ada rezeki kita, dapatlah kita ambik baby tu jadi anak kita. Kita hanya perlu fokus pada baby tu je."

​Adila mengangguk.

​"Kalau tak de rezeki ambik anak angkat, mungkin nanti Allah nak bagi kita anak sendiri. Siapa tahu, kan?"

​Adila menarik tangannya daripada terusan berada dalam genggaman Hanif. Dia boleh berdiam untuk topik lain, tapi bukan topik rezeki anak.

​"Sayang, janganlah macam ni..."

Hanif memujuk. Tahu dia terlepas cakap. Bab anak dia perlu berhati-hati. Isterinya sangat sensitif.

"Kita baru lima tahun kahwin. Orang yang
sepuluh tahun kahwin pun boleh dapat anak apatah lagi kita."

​"Tapi doktor sendiri sahkan saya tak boleh mengandung."

​"Doktor bukan tuhan. Kita ada Allah, kita berdoa, dan Dia akan tunaikan apa yang kita nak. Kita hanya tunggu masa tu tiba." Diusap perlahan pipi wanita itu. "Kita buat IVF, nak?"

​"Dah dua kali gagal."

​"Mana tahu yang ketiga berhasil."

​Adila mengeluh. Dia tiada jawapan.

​"Abang tahu sayang sakit. Abang tak nak paksa. Nanti kalau sayang dah sedia, sayang cakap."

Mata memandang wajah isteri. Pelik. Biasanya ada saja balasan wanita itu, tapi sejak akhir-akhir ini isterinya banyak berdiam diri.
​Kenapa?

Soalan itu bukan sekali ditanya, sudah banyak kali. Jawapan isterinya...tiada apa-apa. Dia tidak mahu bertanya banyak kali. Dia hanya akan menunggu, jika sudah bersedia pasti Adila akan bercerita.

​"Abang pergi dulu ya." Bibir wanita itu dicium. "Love you..."

​Pemergiaan Hanif dihantar dengan pandangan mata. Sebaik lelaki itu menghilang, Adila meraup wajah.

Ya Allah, dia isteri...kenapa dia melayan suaminya begini?

Lima tahun berkahwin, dia setia menghantar lelaki itu ke pintu. Tapi sejak peristiwa yang berlaku sebulan lalu, semuanya berubah.
​Suaminya tidak diendahkan. Dia sibuk melayan perasaan bersalah. Tetapi sabarnya Hanif tidak pernah mengeluh dengan perubahannya. 

Masih sayang, cinta dan melayannya sama seperti sewaktu mereka sedang hangat bercinta.

​Deringan telefon kedengaran.

Adila abaikan.

Apabila masih berdering untuk kali ketiga diheret kakinya menuju ke meja yang menempatkan telefon.

Melihat nama yang tertera, laju dia menolak skrin hijau ke tepi. Moga-moga ada berita baik.

​"Macam mana? Dah jumpa dia?"

​"Dah."

​Nafas lega dilepaskan. Sungguh dia mahu menangis. Akhirnya...

​"Maklumat yang saya dapat nama perempuan tu Nia Amira, anak sulung Datuk Hasbi. Mak dia Datin Juhara, wedding planner, mungkin puan kenal sebab mak dia selalu masuk TV. Umur Nia tu 24 tahun. Dia baru habis degree dan dalam proses nak sambung master tapi dia hold dulu sebab nak kahwin dan cari kerja. Dua minggu lepas dia patut tunang, tapi tak jadi."

​"Kenapa?"

​"Katanya masa tu dia tak sihat. Jadi family dia berpakat hujung bulan ni dia tunang sekali nikah terus. "

​Adila pasang telinga, setia mendengar maklumat yang diperolehi dari penyiasat upahannya.

*Hi, jangan lupa tambah cerita ni dalam playlist reading anda dan jangan lupa vote⭐️

DUA KALI SAYANG  Where stories live. Discover now