TEASER 2 : Engkau Pemusnah Kebahagiaan

988 12 0
                                    

DALAM kereta yang dipandu seorang gadis, kedengaran lagu Beautiful In White nyayian Shane Filan. Bibir halus itu turut menyanyi sehingga deringan telefon mengganggunya. Skrin telefon dijeling.

Ammar!

Ah tahu saja lelaki itu yang dia sememangnya sedang menunggu panggilan. Perpisahan yang tidak sampai sejam antara mereka, sudah membuatkan rasa rindu mula terbit. Pantas earphone disumbat pada telinga.

​"Awak tertinggal sesuatu..." Tiada salam, suara sebelah sana kedengaran.

​"Tertinggal apa?" Mata memandang beg tangan di kerusi penumpang.

​"Saya."

​Bibir Nia tersenyum. Ah, lelaki itu mahu mengusiknya!

"Ada apa call ni? Takkan dah rindu?"

​"Macam cakap kat diri sendiri je?"

​Muka bertukar merah. Tahu-tahu saja Ammar. Apa mereka berkongsi perasaan yang sama? Maklumlah dua-dua tengah bahagia menyulam cinta.

​"Nia, minggu ni keluarga saya akan datang. Awak sabar ya."

​"Kalau saya boleh bersabar selama tiga tahun, setakat seminggu tak ada apa-apa untuk saya."

​"Saya janji, apa pun jadi saya tetap akan ambik awak isteri saya. Dah sampai masanya, saya kahwin dan awak yang calon paling sesuai untuk jadi isteri saya."

​Nia menutup mulut. Terharu! Sungguh dia terharu. Ikutkan hati mahu saja dia melompat, tapi apakah daya dia berada di dalam kereta. Kalau terhantuk bumbung boleh tahan besar benjol nanti.

"Ammar, thank you for everthing. Saya bahagia sangat malam ni. Tiga tahun saya tunggu awak, akhirnya hati awak terbuka untuk saya."

​Kini...dia hanya menghitung hari bergelar tunang seterusnya isteri kepada lelaki yang dicintai.

​"Saya sayang awak Nia. Maaf baru sekarang saya lamar awak. Awak tahu kan kenapa? I have own reason."

​"Saya tahu dan saya sanggup tunggu awak."

Mana mungkin dia tidak tahu. Mereka BFF- best friend forever. Segala masalah dialah orang pertama yang Ammar akan cari. Baru mahu menyambung bicara, dua buah kereta yang berhenti di bahu jalan membuatkan mata Nia memandang. Nampak macam ada yang tak kena.

​"Nia, saya ada benda nak..."

​"Ammar, nanti sampai rumah saya call awak balik."

Earphone terus dicabut lalu dilempar ke kerusi penumpang. Kereta yang bergerak berhenti mendadak apabila kaki menekan brek. Laju saja tangan membuka pintu apabila matanya melihat seorang lelaki menarik seorang wanita keluar dari kereta.

​Apa masalah mereka? Laki bini bergaduh ke?
Kalau betul pun janganlah buat drama di tepi jalan. Kang tak pasal-pasal sudah menarik perhatian dia. Rasa berdosa pula kalau dibiarkan saja. Paling kurang dia kena tahu apa masalah mereka. Mana tahu ada yang boleh dibantu.

​"Encik, puan kenapa ni? Ada masalah ke?"

​"Tolong! Tolong!"

​Berlari anak Nia mengikut lelaki yang mengheret wanita menuju ke semak samun itu.

"Encik lepaskan dia!"

Apabila permintaannya tidak diendahkan, Nia memandang sekeliling untuk mencari sesuatu. Nampak saja ranting kayu, segera dia mencapai. Mata mula mencari lelaki yang sudah ditelan kegelapan.

​"Lepaskan aku. Tolong!!!"

​Nia mencari arah suara yang mula sayup-sayup kedengaran. Dia yakin, wanita itu dalam bahaya.

Dan lelaki itu...lelaki itu bukan seseorang yang dikenali wanita itu. Dia yakin!

Langkah kaki Nia semakin masuk ke dalam hutan yang gelap. Hanya berpandukan naluri hati dan ditemani cahaya bulan.

​"Tak guna!"

Nia berhenti. Nafas tercungap-cungap menahan kelajuan degup jantung. Melihat lelaki yang menindih wanita itu, laju kakinya naik menendang. Ranting di tangan terus diangkat lalu dilibas ke belakang lelaki itu.
Ranting patah. Lelaki itu meringkuk menahan sakit.

​Dibantu wanita bernasib malang itu bangun.

"Akak...akak okey tak? Dia ada apa-apakan akak tak?" Lengan baju wanita itu yang koyak ditarik menutupi bahu yang terdedah.

​"Dik tolong akak dik....tolong...akak takut"

​"Akak tenang kak. Akak selamat."

Dipeluk wanita yang menggigil ketakutan itu. Tetapi tidak lama apabila telinganya menangkap keluhan lelaki tak guna itu.

"Jom kak..."

​Ditarik tangan wanita itu untuk segera pergi. Tetapi tidak sempat membuka langkah, kakinya yang ditarik membuatkan dia jatuh tersungkur. Pegangan tangan dengan wanita itu terlepas. Sempat mata memandang wanita yang masih ketakutan itu.

​Kaki kiri yang masih bebas ditendang ke muka lelaki itu. "Eh, lepaslah..."

Kaki kirinya ditangkap.

Nia kaku apabila sekelip mata lelaki itu bangun lalu menindih tubuhnya. Sepasang tangan yang bebas memukul bahu itu. Tak guna!

​Pang!!

​Pipinya ditampar. Bukan sekali tapi dua kali. Mata mula berpinar. Sakit! Bebola mata mula mencari wanita yang baru dibantu.

"Akak..."

​Wanita itu menutup mulut dengan tangan yang menggigil dan lutut yang longlai. Terkejut!

​"Akak tolong saya..."

Tubuhnya mula menampung berat badan lelaki itu. Entah kenapa, kudratnya tiba-tiba rasa lemah.

Zasss.

Bajunya dikoyak. Kulit sudah terasa tangan lain yang mula membelai.

​"Argh..."

Nia memandang wanita yang menjerit sambil menutup telinga itu. Kepala digeleng apabila melihat wanita itu berundur setapak ke belakang.

"Akak tolong saya..."

​Wanita itu mengeleng.

​"Akak..."

Tubuhnya mula diraba. Tangan mahu menolak tetapi gagal apabila sudah terkunci di dalam pelukan lelaki itu. Matanya terusan memandang wanita yang mula menjauh. Mata saling memandang. Berharap wanita itu akan membantu. Tapi sayang apabila wanita itu terus lari dalam kegelapan malam.

"Akak!!!"

​Jeritan Nia senyap apabila bibirnya dikucup. Air mata mula gugur apabila bibir itu mula bergerak ke lehernya.

*Hi, jangan lupa tambah cerita ni dalam playlist reading anda dan jangan lupa vote⭐️

DUA KALI SAYANG  Where stories live. Discover now