TEASER 4 : Penggoda Untuk Abang Ipar

1.6K 15 1
                                    


"SAYANG...sayang..."

Sambil mata melilau mencari isteri kesayangan, Hanif membutangkan lengan kemeja dengan tangan kiri. Mulutnya tidak henti-henti memanggil tapi langsung tiada sahutan. Awal pulak Adila menghilang.

"Abang. Morning!"

Langkah terhenti apabila dirinya dipanggil. Melihat gadis yang mendekat buatkan Hanif tidak senang.

"Hasya ada nampak kakak tak?"

"Jom makan, Hasya dah masak." Soalan tidak dijawab.

"Hasya masak?"

Hasya tersenyum manis. Rambut panjangnya yang melepasi bahu ditolak ke belakang. Terserlah bahagian dadanya yang putih lagi gebu. Sengaja mahu mengoda laki orang!

"Semalam kakak cakap abang nak makan nasi goreng cendawan, kan?"

"Memang abang nak makan tapi bukan Hasya yang kena masak."

"Tak apalah sekali sekala Hasya masakkan untuk abang. Bukan selalu kan abang nak rasa air tangan Hasya. Meh sini Hasya tolong..."

Tangan Hanif dicapai untuk dibutangkan lengan baju, tetapi cepat saja lelaki itu melarikan tangan. Dia senyum mengoda.

"Nak tolong pun tak bagi. Bukan Hasya nak buat apa pun."

"Abang nak cari kakak. Hasya pergilah makan dulu."

Hanif berjalan, dua langkah kemudian dia berhenti. Dipandang Hasya yang masih tersenyum memandangnya.

"Lain kali jangan pakai baju macam ni dalam rumah. Tak elok. Ingat, abang pun ada kat sini."

"Abang dah tergoda ke? Kakak kan dah ada."

Hanif mengeleng. Stress! Lain tujuan dia menegur, lain pula yang difahami gadis itu.

"Abang tegur untuk kebaikan Hasya. Hasya perempuan, tak manis pakai short pants, singlet. Abang pulak yang malu tengok Hasya pakai macam ni."

"Kakak tak kisah pun Hasya pakai macam ni, abang pulak nak menegur. Sebenarnya abang memang dah tergoda, kan?"

Malas melayan, Hanif bergerak.

"Abang gaduh ke dengan kakak?"

Langkah terhenti. Kepala dipaling pada gadis itu. "Kami okey je. Kenapa?"

"Oh, Hasya tanya je sebab kakak nampak tak happy. Dah beberapa minggu dia macam tu. Mungkin kakak ada terasa hati dengan mama abang. Al maklumlah mama abang tu kan ma..."

"Tak apalah, abang pergi cari dia dulu."

"Abang..."

"Apa lagi?"

"Nanti kita nak pergi pukul berapa?"

"Pergi mana?" Hanif tidak faham.

"Lah, ni mesti kakak lupa nak cakap kat abang. Hasya nak beli baju sikit. Kakak tak nak teman. Dia suruh abang temankan Hasya."

"Erm..." Hanif keberatan. "Kalau hari ni tak sempat. Abang ada tiga meeting."

"Kalau tak sempat pergi siang, malam ni pun boleh."

"Maksud abang, hari ni abang sibuk. Hasya pergi seorang boleh? Naik je kereta abang. Nanti abang tinggalkan kad."

"Erm, tak nak pergi sorang. Tak pe nanti Hasya paksa juga kakak teman Hasya."

"Eh jangan. Okeylah, abang teman."

"Terima kasih abang. Sayang abang..."

*Hi, jangan lupa tambah cerita ni dalam playlist reading anda dan jangan lupa vote⭐️

DUA KALI SAYANG  Where stories live. Discover now