TEASER 7 : Suami Yang Terasa

1.4K 9 0
                                    


"SAYANG, jomlah makan dulu. Abang lapar ni."

​Lamunan Adila berterbangan saat Hanif duduk di sebelah. "Abang makan dulu boleh?"

​"Abang tak nak makan sorang."

​"Saya panggil adik temankan abang ya."

​"Tak payah. Dia tengah merajuk tu."

​"Salah abang. Kan abang dah janji dengan dia. Lepas tu abang mungkir janji. Merajuklah dia."

​"Stop sayang." Hanif pamer muka bosan.

"Kenapa bila dia ada kat sini, kalau apa-apa yang jadi sayang akan salahkan abang? Selalu nak menangkan dia."

​"Dia adik saya."

​"Abang suami sayang."

​Adila meraup rambut.

"Please abang, adik tak lama kat sini.. Sementara dia ada ni abang layanlah dia baik-baik. Bagi dia selesa. Lepas ni tiga tahun saya tak boleh jumpa dia."

​"Sayang, dia selesa sangat tinggal kat sini. Abang yang tak selesa dengan dia."

​"Maksud abang?"

​Hanif terdiam. Dia sudah terlepas cakap sebenarnya. Dan sekarang mulutnya teragak-agak mahu memberitahu.

​"Kalau pasal pakaian dia tu nanti saya tegur."

​Ternyata ini yang difikirkan Adila. Bukan itu masalah yang bermain dalam fikiran dia. Ada satu masalah lain. Masalah yang lebih besar.

Dan jika dia beritahu Adila, dia tidak mahu berlaku retakan hubungan antara Adila dan Hasya. Dia tahu Adila sangat sayang dan sanggup untuk buat apa saja untuk Hasya.

​"Dia kat dalam rumah je pakai macam tu, bila keluar tak denya dia nak pakai short pants bagai."

​Tengok, belum apa-apa lagi Adila sudah mahu menyebelahi Hasya.

​"Sayang nak makan tak?"

Bosan, terus dia tutup cerita pasal Hasya. Buat masa sekarang dia akan rahsiakan dulu. Adila pun nampak tidak berminat pada perbualan mereka.

"Saya nak tunggu adik tu bangun dulu."

​"Dari tadi duk adik tu adik tu adik tu..." Hanif merungut lagi. Kadang payah juga dapat isteri yang terlalu memikirkan tentang orang lain.

"Dia tak akan boleh lari. Nanti dia bangun sayang boleh jumpa tapi kalau dia report polis kata kita culik dia abang tak tahu. Memandai-mandai sayang bawak orang asing masuk rumah kita."

​Adila senyap. Tiada idea untuk membidas apa yang dikatakan Hanif. Lelaki itu sejak awal memang tidak setuju dia bawa gadis yang bernama Nia itu ke rumah. Katanya kalau mahu tolong cukup sekadar hantar ke klinik, bukan bawa pulang ke rumah. Tapi dia ada alasan tersendiri kenapa mahu membawa gadis itu ke rumahnya.

​"Tak baik abang cakap dia macam tu. Dia tengah sakit, kan? Kesian dia."

​"Kita dah tolong dia, jadi tak perlu nak kesian lebih-lebih. Please sayang, baik bertempat," tegur Hanif.

Bukan dia tidak kenal perangai Adila. Seorang yang tidak boleh melihat kesusahan orang lain. Sanggup tolong walaupun tidak kenal.

*Hi, jangan lupa tambah cerita ni dalam playlist reading anda dan jangan lupa vote⭐️

DUA KALI SAYANG  Where stories live. Discover now