Yuta POV
Hai! Namaku Na Yuta.
Ramai kenalan panggil aku Yuta.
Umurku 25 tahun.
Seorang barista di sebuah kafe dan juga seorang pelajar sambilan di universiti.
Jadi, aku menjadi bisu selepas terlibat dengan kemalangan semasa aku kecil.
Awalnya, aku normal seperti kanak-kanak biasa. Namun disebabkan trauma pada otak yang terjadi semasa kemalangan, aku tidak boleh bercakap. Syukur, aku masih boleh mendengar.
Aku mempunyai seorang abang kembar, namanya Taeyong. Namun, Taeyong sudahpun bahagia menjelajah langit sejak 15 tahun lalu.
Bos Johnny adalah bos di tempat kerja aku. Dialah yang paling banyak membantu aku daripada dulu. Kami kenal ketika bos Johnny sedang resah kedainya hampir lingkup sebab tiada sambutan. Syukurlah sekarang kafenya sudahpun laris dengan pelanggan.
Oh, aku masih single hehe.
Sebab iyalah, kebanyakan perempuan hanya memandang aku secara fizikal, namun apabila aku mula menggunakan bahasa isyarat semuanya lari.
Ya, aku tahu yang manusia sentiasa mengejar kesempurnaan. Justeru aku tidak pernah meminta untuk menjadi sempurna untuk mereka.Yuta bersiap seperti biasa sebelum memulakan tugasnya di Paradise Cafe. Kata-kata wanita tempoh hari masih lagi berputar di fikirannya.
Masih berbisa di hatinya.
Dia mengikat apronnya perlahan, lalu apabila dirasakan pakaiannya sudah cukup kemas, dia berjalan keluar menuju ke kawasan kerjanya. Dia membersihkan segala peralatannya dan mesin kopinya.
Dia mengeluarkan beberapa kotak barang daripada stor. Tiba-tiba bahunya ditepuk perlahan daripada arah belakang. Terlihat Johnny yang sedang tersengih menunggunya.
"Nak saya tolong." Yuta mengangguk. Masih lagi tertunduk.
Johnny tersenyum lemah melihat Yuta yang kerap tertunduk sejak diherdik oleh pelanggannya tempoh hari. Dia sedih melihat Yuta yang hilang semangat dengan sikap prejudis masyarakat terhadapnya.
Yuta menyuruh Johnny untuk mengangkat kotak yang berisi susu untuk ke bahagian kerjanya. Dia sendiri mengangkat sekotak serbuk coklat dan biji kopi.
Lalu mereka menyusun di rak yang ada di bawah kabinet.
"Yut." Johnny memanggilnya.
Yuta menghentikan kerjanya selepas dipanggil oleh bosnya itu. Dia memberikan sepenuh tumpuan kepadanya.
"Senyumlah. Saya rinduuu sangat baby boy saya ni senyum ala bucuk-bucuk." Johnny selamba sahaja menarik tepi mulu Yuta untuk membentuk senyum.
Akhirnya Yuta tertawa juga selepas berusaha untuk menolak Johnny yang gigih bergurau dengannya.
Melihat Yuta tersenyum semula, Johnny turut menguntum senyum.
"Meh duduk kejap." Johnny menepuk-nepuk lantai. Yuta memandang Johnny seakan tidak percaya.
(Dekat lantai?)
"Eh iyalah, nak duduk atas saya pun boleh. Nak?" Yuta laju menggeleng, bukan pertama kali dia melihat bos Johnny bergurau sebegitu. Johnny tertawa melihat reaksi Yuta.
"Yut, awak masih terfikir ya?" Yuta yang tertunduk, mendongak apabila mendengar suara bosnya yang berkata sedemikian.
(Takdelah.)
"Jangan tipu saya, awak tu dah bekerja dengan saya berapa lama? Ha?? Daripada tamat sekolah menengah kan? " Yuta mengangguk lemah.
(Saya dah biasa.)
"Awak dah biasa tersakiti macam tu?"
Yuta merenung kosong Johnny. Dia tidak tahu mahu membalas apa."Yuta, jangan pernah salahkan diri awak sebab tak sempurna. Bagi saya, awak dah cukup segalanya. Andai mereka mengatakan awak tak sempurna, bukannya salah awak. Tapi sikap mereka yang prejudis buatkan mereka tak nampak apa yang awak ada." Yuta masih lagi tertunduk.
YOU ARE READING
SILENT || YUTA NCT
Fanfictionnotes : this story was written in bahasa melayu^^ Tatkala malam yang dibasahi hujan secara ironinya dianggap romantis oleh sesetengah orang, namun tidak bagi seorang Na Yuta yang dikejar trauma ketika hujan di malam hari. Malam berhujankan darah di...