19.

11 3 0
                                    

Hari ini sudahpun genap 2 minggu Yuta direhatkan daripada kerjanya di kafe. Untuk dirinya yang sudah terbiasa dengan kesibukan harian bekerja, menghadiri kuliah secara dalam talian dan ke sana ke mari bersama bosnya yang merangkap abang angkatnya itu, dia akui cutinya kali ini amat melemaskan dirinya.

Sejak tadi dia tidak berhenti mundar mandir di dalam bilik, naik turun tangga daripada tingkat atas iaitu biliknya ke ruangan bawah iaitu ruang tamu.

Apabila sudah muak di dalam rumah, dia akan pusing mengelilingi laman rumahnya. Kadangkala hanya terduduk di bawah pohon rendang di sisi kanan rumahnya sambil mengira dedaun kering gugur. Kadangkala dia terlentang di tengah-tengah laman di waktu senja cuba untuk berfotosintesis walaupun dia bukanlah tergolong dalam keluarga pepohon melainkan seorang homosapien.

Namun hari ini dia ingin mengubah kegiatannya.

Dia duduk bersebelahan dengan beberapa pasu bunga ros yang ditanam ibunya. Tangannya yang masih berbalut itu menyentuh daun bunga ros yang kemudiannya bergoyang manja akibat sentuhannya. Dia tidak berani untuk menyentuh batang bunga ros itu.

Mahu dia dibebel dek kakak kesayangannya itu. Tangan belum sembuh ditambah lagi luka lain.

Di belakangnya terdapat pohon beri kecil yang baru sahaja berbuah. Yuta mengubah tempat duduknya menghadap buah beri itu.

Terdapat seekor rama-rama di pohon beri itu. Sepasang anak matanya yang berwarna perang tertancap menumpu ke arah rama-rama berwarna putih itu. Sayapnya bergerak ke atas dan ke bawah perlahan-lahan.

Yuta melihat gelagat rama-rama itu sambil memeluk lututnya. Walaupun jam menunjukkan jam 1 tengah hari dan matahari masih lagi terpacak tegak di langit nan biru, memerhatikan rama-rama adalah lebih mengasyikkan menurut seorang Na Yuta.

Dia sudah muak menghadap layar skrinnya, pelbagai video telah dia lihat. Daripada tutorial memasak, menjahit, a day in my life vlog dan juga paling parah video beberapa orang yang membina rumah di tengah-tengah hutan. Ya, sebosan itu si Yuta.

Tugasan universitinya juga sudahpun dia siapkan, kelas tutorialnya juga sudah habis dia hadiri dan video kuliahnya juga sudah habis dia tonton. Tinggal hanya perlu menghadiri ke universiti untuk peperiksaan akhir. Dan waktu itu akan dimaklumkan apabila semester akan berakhir. Dia tidak menyangka sekejap itu semesternya. Dan berbaki 2 semester lagi dia akan menamatkan pengajiannya dan memperoleh ijazah. Biarpun lebih lambat daripada orang lain, dia tidak kisah.

Baginya, hidup seseorang di muka bumi ini ibarat buku. Setiap orang merupakan buku yang berbeza. Setiap buku juga memilik genre yang berbeza, ada yang kisah sedih, gembira, penuh drama, aksi dan sebagainya.

Dan setiap orang pastinya ada waktu konflik dan klimaks masing-masing. Begitu juga dia, waktunya akan tiba. Hanya perlu sabar dan jalani sahaja kehidupan ini sebaiknya. Andainya merasakan ianya tidak baik-baik sahaja, dia hanya perlu menyedapkan hati bahawa segala konflik pasti akan ada peleraiannya.

Rama-rama yang mengepakkan sayapnya itu perlahan lahan terbang mendekati Yuta. Yuta yang berasa teruja dan takjub dengan kejadian di hadapan matanya itu terdiam kaku sambil memeluk lututnya. Impian kecilnya untuk mendekati rama-rama akhirnya tercapai.

Yuta terkekek riang melihat rama-rama yang kini berhadapan dengan batang hidungnya yang mancung itu.

Hello? Sapa Yuta.

Walaupun dia tahu hanya dirinya sahaja yang akan mendengar dan mengetahui apa yang ingin dia sampaikan. Suara senyapnya tidak akan didengari oleh sesiapa pun.

Hai cantik. Senyumnya masih tidak lekang.

Akhirnya dapat juga saya melihat rama-rama depan mata hehehe.

SILENT || YUTA NCT Where stories live. Discover now