21.

17 2 0
                                    

"Yuta, bangun." Puan Na menggoncang perlahan anak lelakinya yang sedang bergulung seperti ulat di katilnya. Yuta berpaling ke arah lain selepas tubuhnya digoncang lembut oleh ibunya.

"Ish budak bertuah ni. Yuta, bangun hari ini kamu nak uruskan hal universiti kamu kan." Sekali lagi Puan Na membangunkan anak lelakinya itu. Yuta perlahan-lahan membuka matanya. Wajah ibunya menjadi pemandangan pertamanya tatkala celik dari tidurnya. Jarang sekali dia mendapat tidur yang nyaman seperti itu.

'Selamat pagi.' Tuturnya. Ibunya yang membaca gerak bibirnya itu membalas ucapan selamat pagi oleh Yuta.

"Pergi bersiap cepat, kakak tengah tunggu tu. Tengah angin dia baik tu kamu ikut je lah dia. Balik baru naik bas. Jimat sikit." Ibunya mendorong Yuta masuk ke dalam bilik air. Yuta berjalan lambat, dia mahu mengumpul nyawa terlebih dahulu namun akibat terlalu lambat eh didorong oleh ibunya.

"SIAP LAMBAT TINGGAL YA DIK!" jerit Yuna dari bawah. Yuta meraup-raup wajahnya yang masih lagi sembab akibat baru sahaja bangun tidur.

***

Di sisi lain pula Aera sedang merenung blouse berwarna kuning lembut bermotifkan bunga-bunga kecil yang tergantung rapi di almari.

"Kak, kau nak pergi tak?" Soal Renjun yang berdiri di hadapan bibir pintu bilik Aera. Dia ingin mengajak kakaknya untuk makan sarapan pagi itu. Namun entah kenapa kakaknya tidak terkutik langsung daripada merenung bajunya. Hinggakan dia yang berdiri hampir 5 minit itu tidak langsung disedari akan kehadirannya.

"Ha? Eh bila kau dekat sini." Soal Aera.

"Dah jadi tugu dekat sini pun kau tak perasan? Dah lah. Jom makan." Kemudian Renjun hilang daripada pandangan dan pintu tertutup perlahan.

Aera melepaskan keluhan. Dia bingkas bangun dan menuju ke dapur untuk sarapan.

***

"Nanti balik sendiri boleh kan? Jangan ikut entah mana-mana lorong tau!" Pesan Yuna kepada Yuta sebelum adiknya itu menjejakkan kaki keluar daripada kereta.

Yuta mengangguk faham, barangkali kakaknya masih lagi trauma dengan apa yang terjadi kepadanya tempoh hari.

"Kalau Abang John kau dapat balik awal boleh ah kau ikut je dia." Tutur Yuna dengan acuh tak acuh. Namun Yuta tersengih, bukan dia tidak tahu mereka berdua berjanji mahu keluar bersama hari ini. Johnny bukan main risau semalam hingga mengomel tidak berhenti kerana risau misi minta maafnya tidak menjadi dek kerana dia terlalu gugup.

"Apa sengih-sengih." Jerkah Yuna apabila dilihatnya adiknya itu tersengih ketika merenungnya.

"Alah orang bukan nak pergi main-main lah. Ada kawan ajak jalan." Yuta sekadar mengangguk dan membuat isyarat 'okay' namun sengihan mengusiknya tidak luntur.

"Ish budak ni, geram pulak aku tengok. Dah lah kakak gerak dulu tau." Yuta melambai kakaknya dan memerhatikan kereta kakaknya yang perlahan-lahan meninggalkan pandangannya.

Yuta memerhati suasana di pintu masuk universitinya. Ada sesuatu yang dia perlu uruskan, entah kenapa pensyarahnya mahu berjumpa dengannya hari itu. Ikutkan rancangan Yuta mahu berehat di rumah sambil membaca komik dalam talian namun apakan daya, pensyarahnya itu terlebih dahulu menghidu agenda cutinya itu.

Beberapa pelajar yang mungkin juga terlibat dengan aktiviti di universiti berlegar-legar di ruangan fakulti masing-masing. Tidak kurang juga mereka yang mungkin sedang berdating di dalam kampus. Yuta membaca pergerakan mereka semua satu per satu.

Di hadapan sedikit terdapat padang universiti yang luas terbentang, pasukan ragbi sedang membuat latihan. Melihat kelajuan bola yang memungkinkan terkena kepalanya dalam bila-bila masa, Yuta mengambil keputusan untuk berjalan mengikut laluan yang lain. Tidak mahu pula dia mengunjungi hospital buat kali kedua dalam tahun itu.

SILENT || YUTA NCT Where stories live. Discover now