Special Chapter.

19 3 0
                                    

Johnny berjalan keluar daripada rumahnya, tangan kanannya masih lagi menggendong anaknya yang separuh sedar akibat terlalu mengantuk untuk berangkat ke tadika.

Walaupun dia mengambil keputusan untuk menutup kafe untuk 2 hari akibat kekurangan staf dek kerana beberapa pekerjanya tidak berapa sihat tambahan Yuta juga masih lagi cuti.

Jadi dia mengambil keputusan untuk menyusun kembali pengurusan kafenya dan merancang beberapa event yang patut diadakan bagi menarik pelanggan.

Setelah Johnny meletakkan Haechan di kerusi penumpang dan memakaikan tali pinggang keledar, dia kembali tersandar. Hari ini dia berpakaian ringkas kemeja hitam yang dilipat lengan bajunya hingga ke siku. Rambut hitamnya dibiarkan jatuh ke dahi luasnya. Dia merapikan diri terlebih dahulu sebelum menghantar anaknya.

"Daddy, good morning." Sapa si kecil sambil menggesek perlahan matanya.

"Morning sunshine, nah minum dulu ni." Johnny menyuakan sekotak susu coklat kepada anak lelakinya itu. Dia sudahpun mencucukkan straw ke dalam kotak susu itu. Haechan mencicipi susu coklat itu sambil matanya masih lagi tertancap melihat Daddy nya itu mengemaskan kereta.

"Daddy nampak hensem."

"Am i?" Sengih Johnny sambil merapikan rambutnya.

"Yep." Angguk Haechan sambil menunjukkan thumbs up kepada Daddynya itu.

"Daddy, kenapa Chan tiada mommy?" Johnny yang sedang mengambil kunci kereta yang terjatuh ke ruangan bawah keretanya terdiam seketika. Entah kenapa anaknya itu tiba-tiba sahaja bertanya sedemikian. Selama hari ini dia elok sahaja.

"Kenapa sunshine Daddy tanya macam tu, hm?" Soal Johnny sambil membelai lembut rambut anaknya itu. Otaknya kini buntu menyusun kata agar dapat memberi kefahaman kepada si kecil yang menatapnya dengan penuh tanda tanya.

"Erm.... macam mana ya. Haritu kan, kawan Chan tanya. Kenapa tak pernah nampak mommy Chan ambil daripada tadika kan. Sebab mereka selalu nampak Daddy atau uncle Yuta sahaja ambil." Haechan berhenti berbicara dek kerana menghirup susu coklatnya terlebih dahulu sebelum menyambung kembali ucapannya.

"Lepastu bila Chan jawab Chan tak tahu, mereka kata mustahil lah. Kenapa Chan tak tahu? Chan anak pungut ke?" Tutur si kecil sambil menghirup airnya. Di riak wajahnya tidak timbul rasa sedih sedikit pun. Walaupun bagi Johnny soalan sedemikian amat melukakan hatinya sebagai seorang ayah.

"Why they say my sunshine ni anak pungut. Hey! Ni sunshine kesayangan daddy lah!" Tutur Johnny dengan nada keanak-anakkan sambil menyilangkan tangannya ke dada. Cuba menyorokkan rasa sedihnya.

"Kannnnnnnn, lepastu Chan cakap lah Daddy yang besarkan Chan daripada kecikkkk lagi. Chan tiada mommy pun okay je. Lagipun family uncle Yuta sayang juga pada Chan. Nenek Na pun sayang dengan Chan. See? Without mommy pun Chan happy." Anak kecil yang tidak mengerti apa-apa itu sekadar menuturkan apa yang terbuku di mindanya. Walaupun mimik wajahnya tidak terlihat sedih atau semacamnya pun.

Manakala, Johnny tersentak apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Haechan. Dia sedar, walaupun Haechan akan membesar dengannya anak itu masih lagi perlu mengenal siapa sosok seorang ibu. Rasa sedihnya bertambah lagi.

"Chan, kita dah lambat. Nanti malam daddy ajak borak lagi ya? Chan nak makan apa malam ni?" Soal Johnny. Dia tidak mampu lagi berbahas soal ini bersama Haechan. Hatinya sakit tatkala mengenangkan kisah silamnya. Perkahwinannya dahulu merupakan kesilapan waktu mudanya.

"Chan nak makan nasi goreng yang nasi dia tu kan daddy, dalam telur. Alahhhh yang bujur tu. Atas dia ada sos tu. Entah Chan tak tahu nak panggil nama dia apa." Si kecil cuba untuk memberikan gambaran kepada daddynya. Tangannya sibuk menggambarkan rupa makanan yang terbayang di mindanya.

SILENT || YUTA NCT Where stories live. Discover now