Hujan masih lagi menimpa bumi.
Bunyi hujan memenuhi sunyi malam.
Yuta bergerak ke kiri dan ke kanan. Tubuhnya dihempaskan tidak ke satu arah.
Peluh dingin menitik di dahinya.
Nafasnya menjadi laju.
Dahinya berkerut seribu.
Sejak kemalangan malang yang menimpa dirinya, Yuta sentiasa berjuang melawan trauma yang dialaminya.
Bukan sahaja trauma kecederaan menjejaskan hidupnya, akibat trauma daripada hentakan di kepala dia kehilangan kebolehan untuk bercakap. Dia juga mengalami trauma psikologi. Dan hidupnya berubah sejak detik itu.
Setiap kali malam dengan hujan turun, dia akan mengalami serangan panik yang agak teruk. Semakin dewasa dia semakin pulih namun tetap dia terseksa dengan trauma yang dihidapinya.
Bunyi hujan membuat degupan jantungnya semakin memecut laju. Nafasnya semakin laju dengan bunyi dengusan yang semakin kuat.
Yuta dan mimpinya.
Yuta berjalan seorang diri di bawah hujan. Dia membiarkan hujan membasahi tubuhnya. Peliknya dia tidak mampu merasakan basah dan sejuk daripada rintik hujan itu.
Dia berjalan seorang diri di bawah lampu jalan yang berkelip-kelip. Sedang dia berjalan dia terlihat asap yang berkepul keluar daripada satu lorong.
Dia segera berlari menuju ke arah asap itu.
Terlihat sebuah kereta yang terbalik. Degupan jantungnya menjadi laju. Dia segera memecut ke arah kereta tersebut. Sebelum dia menghampiri kereta tersebut dia membaca nombor plat pada kereta itu.Seketika jantungnya yang berdegup kencang terasa ibarat terhenti.
"Nombor plat, kereta pakcik."
Dia segera berlari menuju ke arah tingkap kawasan penumpang belakang.
"YUTA! TAEYONG!"
Dia memanggil namanya dan kembarnya. Kedengaran bunyi ketukan lemah dari arah dalam.Yuta meniarap dan melihat melalui tingkap yang sudahpun berlubang. Serpihan tingkap di mana-mana. Dia berhati-hati agar tidak terluka.
"Yuta, jawab lah saya panggil."
Yuta memanggil dirinya versi cilik.
Tiba-tiba dia tersentak.
Dia memegang lehernya."A-aku boleh bercakap?"
"A. A. Ahhhhhh"
Dia masih tidak percaya yang dia boleh berbicara.Yuta terus memanggil versi ciliknya. Ketukan lemah menyambut penggilannya.
Tangan kecil terhulur keluar.Yuta tertiarap dan nampak dirinya waktu itu dan abangnya Taeyong.
Keadaan Taeyong sama seperti waktu itu. Berlumuran darah.
Yuta cilik bergelimang air mata meminta dirinya versi dewasa itu untuk membantunya.
"A.aaa" suara Yuta cilik tersekat-sekat.
Yuta versi dewasa yang melihat kesusahan versi ciliknya turut berlinangan air mata. Dia dapat rasakan kesakitan yang dialaminya ketika itu.
Dan masib segar rasa sakitnya itu walaupun dia sudahpun berusia 20an.
YOU ARE READING
SILENT || YUTA NCT
Fanfictionnotes : this story was written in bahasa melayu^^ Tatkala malam yang dibasahi hujan secara ironinya dianggap romantis oleh sesetengah orang, namun tidak bagi seorang Na Yuta yang dikejar trauma ketika hujan di malam hari. Malam berhujankan darah di...