• hospital
"Setakat ini, pesakit dalam keadaan yang stabil. Cuma untuk dalam beberapa hari ini dia tak boleh buat kerja yang berat dengan kedua-dua tangannya disebabkan jahitan yang ada,"
"Untuk hasil ujian yang lain, kami akan maklumkan dari masa ke semasa ya cik." Aera mengangguk perlahan. Matanya mengerling ke arah Yuta yang kini terlena di katil pesakit. Wajahnya masih pucat, peluh sejuk masih menitis.
Jauh di sudut hatinya timbul rasa sesalan. Andainya dia tidak tertidur dan pulang awal. Andainya dia tidak berdegil menggunakan jalan singkat di taman perumahan itu tetapi guna jalan utama sudah pasti perkara ini tidak berlaku.
Tapi, nasi sudah menjadi bubur. Dia tidak mampu mengubah apa-apa.
Aera masih lagi mengerling ke arah Yuta. Betapa puluh kali dia telah susahkan hidup lelaki ini, daripada saat pertama kali mereka berjumpa sehingga kini.
Perasaan bersalah mengulit jiwanya.
"Cik, cik ni ahli keluarga pesakit ke?" Soal doktor yang melakukan pemeriksaan kali kedua terhadap Yuta. Jarinya ralit mencatat keadaan Yuta ketika itu.
Aera menggeleng lemah.
"Er.... kami perlukan waris ataupun ahli keluarga pesakit untuk melakukan negosiasi mengenai pesakit dan perbincangan tentang statusnya." Aera menyeluk sakunya mencari telefon bimbitnya.
Sungguh dia terlupa untuk memberi tahu khabar tentang Yuta kepada Johnny.
Apabila dia mahu menaip mesej kepada Johnny, suara derapan tapak kasut memecah keheningan antara Aera dan doktor di ruang wad itu.
"Kami keluarga kepada Na Yuta. " suara garau Johnny memecah keheningan.
Aera berpaling, terlihat dua sosok wanita berjalan beriringan dengan Johnny. Seorang sedikit berusia, sudah pasti dia ialah ibu Yuta.
Manakala seorang lagi wajahnya mirip dengan Yuta, cuma versi wanita kepada lelaki itu.
Johnny pula mendukung anak kecil di dakapannya.
Mereka bertiga berjalan mendekati doktor.
"Kalian waris, Na Yuta?" Seraya mereka bertiga mengangguk.
"Okay, kalau begitu kalian boleh ikut ke ruangan saya sebentar?" Tutur doktor.
"Ya, boleh doktor. Lead us the way." Dengan itu tinggal lah Aera dan Johnny.
"Maaf kan saya." Tutur Aera perlahan.
Johnny berpaling melihat ke arah Aera. Dia menghela nafas lalu tangan kekarnya menepuk-nepuk bahu Aera perlahan.
"Bukan salah awak-"
"Kalau saya tak balik lambat mesti tak jadi macam ni."
"Semua yang terjadi mesti ada sebab tersendiri, Aera. Jika awak balik awal sekalipun, if benda nak terjadi ia tetap akan terjadi, tetapi in different way." Tutur Johnny lembut, Aera pula masih teresak lemah.
Sejujurnya, Aera masih lagi rasa diselubungi rasa bersalah.
Johnny yang mulai rasa lelah mendukung anaknya memerhatikan sekeliling untuk duduk sebentar. Akhirnya matanya tertumpu ke arah sebuah kerusi yang terletak bertentangan dengan katil Yuta.
"Sini, kita borak-borak dulu, jom? Awak mesti terkejut lagi ni. Awak luahkan semuanya biar tenang, ok? Here, I'm all ears." Johnny menarik lengan baju Aera, berjalan menuju ke kerusi.
Kedua-duanya saling merenung Yuta yang sedang terlena bertentangan dengan mereka.
"Bukan salah awak Aera."
YOU ARE READING
SILENT || YUTA NCT
Fanfictionnotes : this story was written in bahasa melayu^^ Tatkala malam yang dibasahi hujan secara ironinya dianggap romantis oleh sesetengah orang, namun tidak bagi seorang Na Yuta yang dikejar trauma ketika hujan di malam hari. Malam berhujankan darah di...